Wednesday, January 23, 2013

Sinopsis Episode 36 (22 Januari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis Aliya Episode 36 pda 22 Januari 2013

Episode semalam berakhir dengan Gisha terus memberitahu mamanya bahawa semua itu kerana dia dan Shinta adalah ibu dan anak. Kata Gisha lagi dia amat menyayangi Shinta. Gisha terus minta mamanya tenang saja. Shinta memandang ke arah wajah Gisha sambil mengucapkan terima kasih padanya. 

Episode 36:

Gisha menemui Marina dan dia tanya apa maksudnya mengancam mamanya. Gisha marahkan Marina yang tidak mempunyai perasaan sedangkan selama ini dia amat mempercayainya. Tetapi jawab Marina dia tidak pernah menganggap Gisha sahabat baiknya. Gisha beri amaran pada Marina jangan hina mamanya atau dia akan lakukan sesuatu terhadapnya. Marina suruh Gisha sedarkan dirinya. Tanpa dia bagaimana Gisha dapat bertemu dengan orang tuanya. Namun Gisha terus mengancam Marina dia akan membalas semuanya. 


Gisha memberitahu mamanya bahawa dia telah memberi amaran jangan macam-macam sama mamanya. Gisha berjanji pada mamanya akan sentiasa melindungi mamanya walau di mana pun. Shinta memuji Gisha seorang anak yang baik.

Marina mempunyai tugas baru untuk Mutia.


Dita beritahu Galang dia sudah tahu segala masalah Galang. Kata Dita dia sudah memberi cek sebanyak Rp200 juta pada perempuan itu untuk menggugurkan anaknya. Dita fikirkan dia sudah setuju untuk menggugurkannya. 


Aliya menelefon Galang dan memberitahunya bahawa Dita telah memanggilnya sebagai seorang perempuan yang nggak benar. Aliya mahu memulangkan cek tersebut pada Dita. Galang minta Aliya tunggu di situ saja sementara Galang akan membawa Dita ke Aliya untuk dipulangkan cek itu. 


Shinta memasak bubur kacang hijau untuk Gisha. Gisha tanya apakah bubur kacang hijau tersebut tidak ada susu. Jawab Shinta dia tidak meletakkan susu dalam bubur itu. Namun tanpa pengetahuan Shinta dan Gisha, Mutia sudah meletakkan susu itu pada buburnya. Gisha alah pada susu dan apakah yang akan berlaku nanti setelah Gisha makan bubur tersebut.

Hendri pergi ke rumah Shinta dan dia tanya apa yang mahu Shinta bicarakan dengan Hendri. Tetapi menurut Shinta dia cuma mahu ngobrol biasa saja. Hendri tanya apakah tidak ada apa yang penting yang Shinta mahu dibilangkan padanya. Namun Shinta suruh Hendri pulang saja. Hendri hairan kenapa tiba-tiba sikap Shinta jadi aneh begitu. 


Tiba-tiba mereka kedengaran Gisha berasa mual-mual. Kata Gisha dia tiba-tiba mual setelah makan bubur itu. Hendri tanya Shinta apakah kebiasaannya Gisha akan berasa mual setelah makan bubur kacang itu.  

Galang membawa Dita pada Aliya dan beritahu Aliya yang Dita ada sesuatu yang hendak diomongkan sama dia. Kata Galang Aliya memang pacarnya Gilang tetapi dia nggak hamil anaknya Gilang dan Dita salah faham. Dita baru sedar bukan Aliya yang hamil. 


Aliya memulangkan cek tersebut pada Dita. Galang tanya sekarang Dita sudah jelaskan yang Aliya bukan gadis murahan seperti mana yang difikirkan Dita. Dita terpaksa meminta maaf tanpa kerelaan hatinya. 


Aliya hampir terjatuh tetapi sempat diselamatkan oleh Galang. Aliya memandang wajah Galang. Mereka bertatapan dan Dita berasa cemburu. Begitu juga Faris. 

Gisha menerima panggilan daripada Marina. Marina suruh Gisha sabar sahaja. Tanya Marina dia sakit itu kerana siapa. Kemudian Marina memberitahu sudah tentu dia tahu apa makanan yang disukai atau tidak oleh Gisha. Marina terus mengancam Gisha untuk berhati-hati. Gisha beritahu Shinta bahawa Mutia meletakkan susu dalam buburnya. Mulai saat itu Gisha tidak akan makan makanan yang dimasak oleh Mutia. 

Shinta hampir memberitahu Gisha yang dia bukan anak kandungnya. Kata Gisha lagi dia akan terus jaga mamanya dan Mutia tidak akan berpeluang untuk melukakan hati mamanya. Dalam hati Shinta dia berfikir bagaimanakah reaksi Gisha apabila dia tahu yang dia bukan anak kandungnya. 

Galang beritahu Dita dia tidak sukakan Aliya. Kata Dita kalau begitu itu bermakna Galang mencintai dirinya. Faris imbas kembali waktu dia hampir terjatuh dan diselamatkan oleh Galang. Faris rindukan waktu dia bersama Aliya.

Marina memberi bayaran pada Mutia kerana telah melakukan tugas yang disuruhnya. Anjar tanya itu bayaran apa. Jawab Mutia dia telah buat anak Anjar dan Shinta sakit kerana dia alah pada susu. Anjar anggap Mutia sudah keterlaluan. 


Mutia tidak menghiraukan Anjar malah dia memberi senyuman sinis sambil beredar dari situ. Anjar hairan kenapa Mutia menyakiti Gisha padahal Gisha tiada hubungan dengan dia dan Shinta.  


Shinta meneriman panggilan dari kantor Wisnu.  Intan sekretari di situ tanya Shinta apakah Shinta akan datang ke acara hari itu kerana acara akan segera dimulakan. Shinta yang tidak tahu-menahu tentang acara apa yang akan diadakan. Intan menjelaskan pada Shinta bahawa itu merupakan acara kesyukuran kerana Pak Galang bekerja sebagai eksukutif di hotel itu. Sambung Intan lagi acara itu dilakukan mendadak kerana ini permintaannya dari Pak Galangnya sendiri. 


Acara kesyukuran dimulakan: Sandra mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi datang. Sebagai wakil Galang, Sandra ingin mengucapkan terima kasih pada Pak Wisnu Wardhana yang merupakan ayah kandung pada Galang. Sandra juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan kesempatan untuk Galang bekerja di situ. 
Sandra: Mewakili Bapak Wisnu Wardhana, saya ingin mengumumkan terhitung mulai hari ini Galang Wardhana akan menjabat sebagai General Manager Eksekutif  (pengurus besar eksekutif) yang mengantikan posisi Bapak Wisnu Wardhana. 
Shinta sampai di acara tersebut dan sambung dengan mengatakan "untuk sementara".  Wajah Sandra terus bertukar apabila dia melihat Shinta muncul di situ. Semua yang hadir di situ memandang ke arah Shinta. Galang tersenyum melihat Shinta. 


Shinta: Maaf, bapak-bapak, ibu-ibu, perlu saya jelaskan sekali lagi di sini, bahwa kedudukan Bapak Wisnu Wardhana selaku General Manager Eksekutif di hotel ini, tidak digantikan oleh siapa pun.
Setelah Shinta mengumumkan hal itu, Sandra berasa kurang senang. 
Shinta: Berhubung dengan Bapak Wisnu yang sedang sakit dan di rawat di rumah sakit,  jadi beliau tidak bisa masuk ke hotel ini. Jadi untuk sementara, posisi beliau digantikan dulu oleh anaknya, Galang dan Galang sendiri juga sudah tahu. Iya kan Galang?
Galang: Iya, tante. 
Shinta: Sekali lagi saya tegaskan yang saya berharap jangan ada kesalahfahaman lagi di sini. Sekali lagi Bapak Wisnu Wardhana tidak digantikan oleh siapapun. Terima kasih. 


Setelah acara kesyukuran selesai, Sandra memarahi Shinta kurang ajar.Shinta cuba jelaskan pada Sandra dia harus memberi ucapan seperti itu di depan mereka kerana ucapan Sandra membuat mereka fikir yang Wisnu tidak akan kembali lagi sebagai General Manager Eksekutif di hotel itu. Shinta memberitahu Sandra bahawa itu akan membahayakan sekiranya para pemegang saham mendengar. Namun Sandra suruh Shinta nggak usah banyak alasan. Sandra menuduh Shinta memang nggak suka kalau ada keturunan Wisnu menggantikan posisi Wisnu. 

Sandra: Kamu pengen keturunan kamu gantikan posisi Wisnu kan?
Namun Shinta menafikannya dan katanya lagi fikirannya tidak sesempit itu. Justeru apa yang Shinta lakukan itu membantu hotel itu berjalan lancar. Kata Shinta dia cuma mahu membantu suaminya, Wisnu. Bagus juga buat Galang kalau hotel itu berjalan lancar. Galang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Shinta. Sandra tanya Galang kenapa dia membela Shinta namun menurut Galang apa yang dikatakan Shinta itu benar dan tidak berlebihan dan ucapan yang diberikan oleh mamanya, Sandra akan membuat orang salah faham. Orang akan fikir yang papanya tidak akan kembali ke situ lagi. Sandra tidak mahu dengar dengan lebih lanjut lagi apa yang Galang harus jelaskan. Sandra hairan kenapa Galang sepakat dengan Shinta. Sambung Sandra, dia ibu kandung Galang. Apakah Galang mahu melawannya. 
Sandra: Kalau kamu nggak suka apa yang aku lakukan tadi, fine, nggak ada masalah. Tapi kamu jangan harap mama akan lakukan sesuatu untuk kamu lagi. 

Dengan perasaan benci, Sandra beredar dari ruangan Galang.Sandra minta maaf pada Galang kalau dia sudah salah.
Galang: nggak, tante. Tadi akan kan dah bilang kalau tante ngggak salah. Err.. aku juga mau bilang sama tante kalau aku juga nggak mau ganti papa lama-lama di sini, tante. Aku permisi sebentar tante. 



Sewaktu Shinta menjenguk Wisnu di rumah sakit, dia menjelaskan pada Wisnu yang dia kecewa sama Wisnu. Jelas Shinta pada Wisnu dia kecewa kerana Wisnu tidak memberitahunya terlebih dahulu. Kenapa dia harus dengar dari orang lain yang Wisnu minta Galang  bekerja di hotelnya. Wisnu terus minta maaf pada Shinta kerana pada saat Wisnu membuat keputusan itu, dia lagi panik. Makanya dia langusng minta bantuan dari Galang tanpa memberitahu Shinta mahupun Sandra.Wisnu tanya apakah Shinta tidak mahu Galang bekerja di hotelnya. 
Shinta: Bukan, bukan itu maksud aku. Aku shih senang kalau misal Galang itu gabung ke hotel kamu. Berarti kamu itu bekerja sama dan itu kan bagus. Lagian kalau bukan Galang siapa lagi meneruskan usaha kamu itu, mas? Bukan itu maksud aku. Maksud aku itu didisklusikan masalah itu dulu...

Shinta mahu dia berbincang terlebih dahulu dengannya barulah Wisnu ambil keputusan. Shinta masih kecewa dengan Wisnu kenapa Wisnu tidak beritahunya sebelum buat  sebarang keputusan. Shinta harap itu tidak akan terjadi lagi tiba-tiba ada kesyukuran dikantornya tanpa pengetahuan Shinta sebelumnya. Shinta juga tidak mahu Sandra terlalu menonjol di hotel Wisnu kerana semua karyawan Wisnu tahu yang Shinta istri Wisnu dan bukan Sandra lagi.Apa kata karyawan Wisnu nanti itu kan mengenai imej Wisnu juga. Nama Wisnu sendiri yang rosak nanti. Wisnu faham apa yang Shinta cuba jelaskan padanya dan sekali lagi dia harap Shinta akan maafkannya. Kata Shinta dia tidak marah cuma dia berharap Wisnu mengeri maksudnya. Itu saja. 


Wisnu menelefon Sandra dan dia memberitahu Sandra yang dia telah dengar apa yang Sandra lakukan di kantornya. Wisnu berharap itu adalah kali pertama dan terakhir Sandra buat hal seperti itu. Dan lain kali sekiranya Sandra mahu melakukan kesyukuran atau apa pun di kantornya, Wisnu harap Sandra akan disklusikan hal itu dengannya atau Shinta, istrinya. Sandra tanya kenapa pula dia disalahkan. Jelas Wisnu pada Sandra dia tidak salahkan Sandra tetapi dia tidak mahu karyawan di kantornya mempunyai salah faham yang mantan istrinya lebih berperan di kantornya berbanding dengan istrinya sendiri. Wisnu minta Sandra hargai perasaannya dan Shinta dan Wisnu juga mohon jangan diulangi lagi kejadian seperti itu. 

Sandra berfikir itu pasti ulahnya Shinta yang telah mengadu macam-macam sama Wisnu sampai Wisnu menyalahin dirinya kaya begitu. 

Marina turut menghasut Sandra di rumah dengan mengatakan  bahawa dia sudah banyak kali dia bercakap pada Sandra yang Shinta memang licik orangnya. Kalau dia dah berani macam-macam pada Sandra, Sandra harus jadi lebih agresif dari dia. Dan kalau Sandra tidak mahu berani macam-macam lagi yang Sandra harus lakukan adalah mengambil hati Wisnu. Kalau sekiranya Wisnu tidak memihak Shinta lagi jadi lebih mudah buat Sandra untuk singkirkan Shinta untuk selama-lamanya. 


Penghujung Episode 36: Mutia menerima panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali. 
Mutia: Ini siapa ya?
- Kamu nggak perlu tau siapa saya. Saya ingatkan kamu. Segera kamu keluar dari rumah Wisnu Wardhana. 
Mutia: Sebenarnya kamu ini siapa sih? Kok berani-berani kamu mengatur saya? Saya mau tinggal di mana itu bukan urusan kamu. Itu urusan saya. 
Tetapi suara itu terus mengacam Mutia untuk menuruti kemahuannya. Kalau Mutia membantah, dia akan jadikan hidup Mutia menderita. Panggilan telefon dimatikan setelah itu. Tanpa berfikir dengan lebih dalam lagi Mutia terus menuduh itu adalah perbuatan Shinta. 

Sampai di rumah, Shinta ditegur dan dimarahi Mutia apakah dia menyuruh orang untuk menakut-nakutkannya agar dia pergi dari situ. Shinta tidak faham apa maksudnya Mutia. Namun kata Mutia dia tidak takut sedikit pun walaupun dia diancam begitu. Mutia menegaskan pada Shinta dia tidak akan keluar dari rumah itu sehingga dia melihat Shinta menderita. Kata Shinta pada Mutia dia baru saja selesai dari menjenguk suaminya di rumah sakit, jangankan telefon makan siang pun Shinta belum lagi. Shinta tidak peduli sama ada Mutia mahu tinggal di situ atau apa kerana dia telah penat mendengar Mutia. Shinta suruh Mutia gunakan otak kenapa pula dia harus menelefon Mutia. Mutia memandang ke arah Shinta dengan penuh dendam. 




Sandra menelefon Galang.  Sandra pesan pada Galang sebelum dia pulang bisa nggak kalau dia minta tolong Galang. Sandra minta Galang beli durian penkek di toko kue sebelum pulang. 
Galang: Durian penkek? Kan mama nggak suka durian?
Sandra: Bukan buat mama tapi buat Marina. Dia lagi pengen durian penkek. 
Galang mengatakan Marina itu menyusahkan tetapi menurut Sandra bukankah Marina lagi mengidam. Galang terpaksa menuruti kemahuan mamanya.  


Faris ternampak Galang di toko kue. Galang tanya ada acara apa dia beli kue. Faris memberitahu Galang bahawa kue itu untuk Aliya kerana dia akan ulang tahun pada keesokan hari. 



Di kamar, Galang terkenang semula tentang Faris memberitahunya bahawa esoka ulang tahun Aliya. Galang terfikir hadiah apa yang harus dia berikan pada Aliya nanti. Kemudian, Galang teringat pada kalung dan cincin Aliya. Apakah Galang akan memberikannya pada Aliya sebagai hadiah ulang tahun Aliya?

Dita mencari Sandra di kantornya membawa hadiah untuk Sandra. Kata Dita dia pesan hadiah itu khas untuk Sandra. Sandra tanya kenapa Dita menyusahkan dirinya membawa semua itu buatnya. Kata Sandra lagi hari itu bukannya ulang tahunnya. Jawab Dita takkan dia hendak beri hadiah pada calon mertuanya hanya pada hari ulang tahunnya saja. 
Dita: Tante, tante tahu kan, aku bisa kasi apa pun yang tante mau. Tapi asalkan tante mau ya.. bantuin aku balik sama Galang. Mahu ya tante?
Sandra: Maaf, Dita. Kali ini tante nggak bisa bantu kamu. 
Dita: Tante tolak permintaan aku?
Sandra minta maaf pada Dita kerana terpaksa kecewakan Dita. Tetapi menurut Sandra, Dita sudah membuang kesempatan itu ketika keluarga Dina menghina keluarganya dengan mengatakan keluarga Sandra tidak selevel dengan keluarga Dita dulu. 
Dita: Tapi tante, itu kan...
Sandra: Cukup.  Sayang, sorry ya. Tapi tante sudah tetap dengan keputusan tante untuk menikahkan Galang dengan Marina. 
Dita sedih kerana sudah dikecewakan. Dia mengambil keputusan untuk membalas dendam lalu dia mengupah orang untuk meneruskan rancangannya.



Babak akhir: "Jadi ini saingan gue". Kata Dita.Dia mahu rancangan itu dijalankan seperti biasa dan dia tidak mahu sampai tertinggal sedikitpun. Dalam hati Dita dia memberitahu dirinya dia akan mendapatkan Galang semula walau apapun caranya kerana dia hanya inginkan Galang. Itu cuma yang dia mahu. 



Marina sedang menunggu taksi. Tiba-tiba waktu dia ingin masuk ke dalam taksi seseorang yang tidak dikenali mengugut Marina dan disuruhnya Marina menyerahkan tasnya. Supir taksi ketakutan setelah diancam penjahat itu lalu meneruskan perjalanannya tanpa Marina. 




Marina berasa amat takut. Kebetulan Dita sampai di tempat kejadian. Dita pura-pura ingin menolong Marina. Penjahat (orang suruhan Dita) itu berasa takut pada Dita lalu melarikan dirinya apabila Dita mengancam akan mengorek mata penjahat itu dengan kedua belah kasut bertumit tinggi Dita. 


Marina mengucapkan terima kasih pada Dita kerana telah menolongnya. Dita tanya siapa namanya. Marina memperkenalkan dirinya dan Dita sebagai Anin. Mereka berjabat tangan dan menjadi teman. 

Marina mengucapkan terima kasih pada Ani (Dita) kerana mahu menghantarnya. Kata Dita pada Marina memang bahaya kalau perempuan seperti Marina naik taksi sendirian. Dalam hati Marina, dia memuji Si Anin itu cantik lagi baik. 

Episode hari ini berhenti di sini. Bersambung pada keesokan hari dalam Episode 37.

Sinetron Aliya Episode 36 pada 22 Januari 2013

Sinetron Aliya Episode 36 Part 1

Sinetron Aliya Episode 36 Part 2

Sinetron Aliya Episode 36 Part 3

Sinetron Aliya Episode 36 Part 4-4

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by