Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sinopsis penghujung Episode 36 pada 22 Januari 2013
Seperti mana yang sedia maklum episode semalam berakhir dengan Marina mengucapkan terima kasih pada Dita kerana telah menolongnya. Dita tanya siapa namanya. Marina memperkenalkan dirinya dan Dita sebagai Ani (nama penyamarannya). Mereka berjabat tangan dan menjadi teman.
Marina mengucapkan terima kasih pada Ani (Dita) kerana mahu menghantarnya. Kata Dita pada Marina memang bahaya kalau perempuan seperti Marina naik taksi sendirian. Dalam hati Marina, dia memuji Si Ani itu cantik lagi baik.
Sambungan sinopsis Aliya Episode 37
Kisah Aliya hari ini mula menceritakan tentang Dita yang membawa mobil dengan laju tanpa memikirkan keselamatan Marina. Marina menjerit agar mobil itu segera diberhentikan. Dita pura-pura tidak tahu tentang Marina sedang hamil lalu meminta maaf padanya. Marina panik sebentar. Dalam hati Dita dia berkata pada dirinya dia tidak akan membenarkan Marina merebut Galang daripadanya.
Hendri tanya keadaan Gisha. Hendri ingin membawa keluar Gisha sebentar dan dia berjanji sebelum mama Gisha pulang, dia akan hantarnya pulang. Gisha setuju. Mutia berasa ada sesuatu yang mencurigakan. Hendri ingin meneruskan rancangannya dan harus buktikan yang Gisha adalah anaknya.
Shinta mencari Gisha namun Mutia memberitahu Shinta bahawa Gisha telah pergi bersama saudara Shinta yang namanya Hendri. Shinta menelefon Gisha. Gisha memberitahu mamanya dia sedang bersama Om Hendri. Kata Gisha lagi dia akan ke lembaga tes DNA. Shinta tanya kenapa Hendri membawa Gisha tes DNA tanpa pengetahuannya. Hendri mohon pada Shinta untuk menyetujui tentang tes DNA dan kalau hasil uian negatif dia tidak akan ganggu mereka lagi. Namun Hendri sudah dalam perjalanan dan dia harus lanjutkan rancangannya. Hendri meneruskan perjalanan.
Shinta cuba menghalang Hendri daripada berbuat demikian dan di sudut yang lain dia fikir apakah itu sudah saatnya dia memberitahu Gisha tentang dia adalah anak kandung Hendri. Namun apabila sampai di tempat itu, dia memohon pada Hendri untuk tidak jalankan tes tersebut kerana Gisha memang anak Hendri dan Atikah. Hendri terharu mendapat tahu kebenarannya dan dia tanya Shinta kenapa Shinta telah membohonginya. Menurut Shinta ibu Hendri selalu cuba menghalangnya dari berbuat begitu dan sekiranya Shinta mendesak untuk melakukannya, ibu Hendri akan cuba mengusir Gisha nanti dengan apa cara pun sepertimana dia lakukan pada Shinta.
Shinta mohon pada Hendri untuk berjanji padanya yang dia telah tahu Gisha adalah anak kandungnya. Shinta tidak mahu Gisha mengetahui tentang hal itu lalu dia berkata yang dia cuma omong sama Hendri mengenai hotel. Hendri memeluk Gisha.
Gisha hairan dan Shinta terpaksa membohongi Gisha yang Om Hendri mempunyai anak seperti Gisha dan dia merindui anaknya.Kata Shinta lagi mungkin Om Hendri rindukan anaknya jadi dia peluk Gisha.
Hendri senang hati akhirnya dia dapat bertemu dengan anaknya dengan Atikah. Ibu Puspa menyedari hal itu dan tanya kenapa dia kelihatan senang sangat. Namun Hendri menafikannya dan berkata dia kelhitan biasa saja. Ibu Puspa tetap fikirkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Hendri.
Hendri menelefon Gisha. Hendri tanya keadaan Gisha. Kata Gisha dia baik-baik saja. Ibu Puspa tanya siapa yang Hendri telefon. Hendri terpaksa mematikan panggilan telefon kerana dia tidak mahu ibunya mengetahui tentang hubungannya dengan Gisha. Namun ibunya curiga tentang hal itu lalu dia meminta Dana untuk selidiki tentang sahabat karib papanya.
Galang menelefon Aliya untuk bertemu. Aliya terpaksa pergi ke taman menemui Galang dan setelah itu baru pergi menemui Faris. Galang ingin memberi Aliya sesuatu pada Aliya untuk ulang tahunnya.
Aliya terharu apabila dia mendapat kembali kalung dan cincin pemberian Gilang. Aliya tanya bagaimana Galang tahu esok ulang tahunnya. Galang tidak mahu Aliya tanya dengan lebih lanjut katanya yang penting mereka sudah bertemu. Galang mengajak Aliya ke suatu tempat.
Babak yang lain menceritakan Faris sedang membuat pesiapan sambil menunggu ketibaan Aliya. Faris memberitahu pelayan tersebut untuk melepaskan bunga api tersebut pada jam 12.00 malam nanti. Suara hati Faris berkata dia akan menyampaikan perasaannya pada Aliya nanti. Kasihan Faris tidak tahu yang Aliya sedang bersama Galang pada waktu itu.
Galang membawa Aliya untuk makan malam. Kata Galang dia telah meminta anak buahnya untuk menyiapkan hiasan tempat makan khusus untuk Aliya. Aliya mengucapkan terima kasih pada Galang dengan semua yang telah dilakukan Galang. Apakah Aliya sudah terlupa tentang temujanjinya bersama Faris?
Faris mulai risau di mana perginya Aliya. Faris menelefon Aliya tetapi bateri hpnya kehabisan jadi tidak aktif. Galang menyanyikan lagu ulang tahun buat Aliya. Aliya begitu senang dan dia benar-benar terlupa pada Faris yang sedang menunggunya.
Faris yang sedang menunggu Aliya terpaksa meniup lilin kue ulang tahun bagi pihak Aliya apabila Aliya masih belum muncul juga. Faris sedih kerana Aliya tidak berada di situ. Faris sedih sambil melihat bunga api yang dilepaskan di udara.
Galang sedang meraikan ulang tahun bersama Aliya dalam suasana yang romantis. Galang menyuapkan kue ulang tahun untuk Aliya. Faris pulang ke rumah dengan perbagai soalan kenapa Aliya tidak datang. Aliya cas semula hpnya. Aliya terus minta maaf pada Faris kerana melupai tentang hal itu. Faris mengucapkan hari ulang tahun pada Aliya. Kata Aliya dia sangat bahagia kerana mempunyai sahabat baik seperti Faris.
Anjar pergi ke tempat pemakaman anaknya bersama Diya, mertuanya. Dalam hati Diya dia minta maaf kerana telah menyembunyikan hal itu dari Mutia.
Shinta membaca surat yang dituliskan oleh ibunya padanya.
Shinta terus terkenang tentang apa yang telah dikatakan pada ibunya tentang anaknya yang telah diberikan pada orang lain.
Galang dipukul oleh calon suaminya Dita. Galang membawa Ruben pergi menemui Dita. Dita panik dan dia cuba elakkan diri dari berjumpa dengan Ruben. Ruben mengetuk-getuk pintu kamar hotel Dita tetapi Dita tiada di situ. Ruben tanya apakah benar itu kamarnya Dita. Jawab Galang kenapa dia harus bohong. Galang juga turut hairan di mana perginya Dita. Ruben tanya Galang apakah dia cuba membohonginya dan apakah dia yang memeberitahu Dita tentangnya. Galang tidak tahan dengan sikap Ruben itu lalu tanya padanya apakah Ruben nampak dia telefon Dita kerana dia sedang bersama Ruben sejak tadi. Menurut Galang daripada Ruben membuat bising di situ lebih baik dia pergi cari calon isterinya. Sebelum Ruben pergi, dia memberitahu Galang yang urusan mereka masih belum selesai.
Galang tahu Dita sedang bersembunyi di kamarnya. Akhirnya Dita keluar dan Galang tanya Dita apakah dia gila. Kata Dita Ruben yang gila bukannya. Dita tanya di mana Galang berada semalaman. Dita marah-marah mendengar hal itu. Galang beredar dari situ dan Dita cuba mengejar Galang.
Dita pergi bertemu dengan Aliya di hotel sewaktu dia sedang bertugas membersih. Dita mengucapkan "Selamat" pada Aliya sempena ulang tahunnya. Dita memberi amaran pada Aliya yang hati Gilang mungkin buat Aliya tetapi hati Galang bukan buat Aliya. Dita mahu Aliya tahu membezakan yang mana Gilang dan yang mana Galang.
Aliya berlinangan air mata dan dia tahu ada benarnya dengan kata-kata Dita iaitu Galang itu bukannya Gilang dan Aliya harus sadar tentangnya. Anjar membawa hadiah untuk Aliya. Kata Anjar itu adalah hadiah daripada mama dan papanya. Aliya memeluk papanya sambil mengucapkan terima kasih. Aliya ingin minta satu hadiah lagi iaitu menghantarnya ke rumah sakit di mana dia dilahirkan.
Sampai di rumah sakit, Aliya minta kebenaran untuk masuk ke dalam sendirian sementara Anjar tunggu di luar.
Shinta sedang berjalan-jalan di rumah sakit dan dia memandang ke arah ruangan bayi dan dalam hatinya dia berkata di situlah dia berpisah dengan putrinya 18 tahun yang lalu. Aliya menemui Shinta di situ. Shinta tanya Aliya kenapa dia berada di situ.
Belum sempat mendenar apakah jawapan Aliya, episode hari ini berhenti di sini dan sambungannya cuma dapat diikuti pada keesokan hari dalam Episode 38 nanti. Sekian daripada sapphireblu buat kali ini.
Sinopsis Aliya Episode 38
Sambungan sinopsis sinetron Aliya Episode 38 pada 24 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 37 pada 23 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 37 Part 1
Sinetron Aliya Episode 37 Part 2
Sinetron Aliya Episode 37 Part 3
Sinetron Aliya Episode 37 Part 4-4
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment