Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sinopsis Aliya Episode 20
Episode 20 bersambung dengan mengisahkan Marina kata biasanya ibunya yang pulang dulu. Menurut Marina dia tidak berniat untuk meracuni fikiran mama Galang. Marina rasakan Galang menjengkelkan tidak seperti mamanya.
Shinta masuk ke dalam kamar Gisha. Shinta susah hati melihat Gisha terus-terusan sedih begitu. Shinta pasti ibunya pasti pulang suatu hari nanti. Mungkin waktu itu masih belum waktu yang tepat lagi. Gisha tanya itu foto siapa yang ditunjukkannya padanya. Gisha tidak mengenali gambar bayi dalam foto itu. Atikah menelefon Shinta dan mohon agar Shinta dapat menjaga Gisha dengan baik. Shinta hairan kenapa panggilan dimatikan sebelum dia sempat habis bercakap dengan Atikah.
Hendri pergi menemui Shinta di rumahnya. Shinta tanya kenapa Hendri muncul dalam kehidupannya semula setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Shinta tanya Hendri apakah dia hairan melihat dia sudah menjadi isteri Wisnu. Shinta mengenangkan kembali waktu ibu Hendri mengusirnya dari rumahnya sendiri. Shinta berkata pada Hendri seharusnya dia sebagai abang tirinya harus menolongnya. Hendri terpaksa menolak menjadi wali nikahnya kerana katanya Anjar tidak cocok untuknya. Shinta mahu tanya kenapa Hendri pergi ke rumahnya. Shinta mahu dia pergi dari rumahnya. Hendri mahu memastikan identiti seseorang di situ iaitu Gisha. Kata Hendri kemungkinan besar Gisha adalah anak kandungnya. Tetapi Shinta mengaku Gisha itu anaknya. Shinta tidak mahu Hendri buat masalah di rumahnya dan terus mengusirnya. Hendri mahu menunjukkan sesuatu pada Gisha. Gisha melihat fotonya digendong ibunya, Atikah. Atikah mengaku itu memang gambarnya bersama ibunya. Apabila Gisha memberitahu Hendri bahawa Shinta ibu kandungnya, Hendri berkata itu mustahil dan dia mahu tahu di mana Atikah sekarang.
Doktor memberitahu Marina dia hampir keguguran. Sandra menampar Galang. Dia mahu Galang menjaga kandungan Marina dengan baik kerana katanya itu merupakan kesempatan untuk mereka lebih dekat dengan Gilang.Sandra menelefon Wisnu memberitahunya Marina mengalami pendarahan dan kini berada di rumah sakit.
Wisnu menjenguk Marina di rumah sakit. Galang mengaku dia sengaja menolak Marina dan menyebabkan Marina mengalami pendarahan. Dalam hati Marina dia tahu Sandra sudah baik sangat padanya dan tidak lama lagi pasti Galang juga akan baik padanya.
Shinta tanya Gisha kenapa dia menangis. Kata Gisha sebelum dia masuk ke keluarga mereka, dia cuma seorang miskin tetapi sekarang ada orang lain yang mengaku dia adalah anak kandungnya sementara dia tidak tahu di mana ibunya berada. Gisha tanya sebenarnya dia itu anak siapa dan siapa orang tua kandungnya? Shinta menjelaskan Gisha dia bukan anak siapa-siapa tetapi anak kandungnya.
Hendri tidak tahu kenapa tiba-tiba Atikah menghilang. Hendri fikirkan apakah itu hukuman dari Tuhan kerana selama ini dia telah mensia-siakan mereka. Diya memberitahu Aliya sejak pagi lagi dia mengurungkan dirinya dalam kamar dan tidak mahu makan.
Aliya pergi menemui Shinta. Namun Aliya tidak mahu Shinta menyentuhnya. Aliya tanya apakah Shinta tahu di mana papanya berada sekarang. Aliya mahu tahu kenapa Shinta masih mahu menerima papanya bekerja di situ lagi. Aliya minta tolong pada Shinta untuk menghubungi Wisnu memanggil papanya pulang.
Wisnu menerima panggilan daripada Shinta. Wisnu bohong yang dia masih ada meeting bersama klien. Sandra tanya kenapa Wisnu tega pulang sementara calon cucunya masih berada di rumah sakit. Wisnu suruh Anjar pulang dahulu memandangkan isteri Anjar sedang menunggunya di rumah dan dia juga mahu Anjar menyimpan rahsia bahawa dia sekarang berada di rumah sakit. Dia suruh Anjar bohong pada Shinta saja yang dia sedang meeting bersama klien.
Shinta rindu sekali dengan kedekatan Aliya.Gisha hairan kenapa dua gambar fotonya berbeda sekali. Gisha menunjukkan foto bayi yang Shinta berikan kepadanya dan satu lagi gambar bayi foto yang diberikan pada Atikah padanya. Kata Gisha raut wajah mereka berbeda. Shinta tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan lagi. Padanya gisha memang anaknya. Shinta berkata pada dirinya dia tidak boleh ragu. Shinta menjelaskan pada Gisha foto tersebut pasti beda kerana foto yang daripadanya sejurus selepas Gisha dilahirkan. Foto daripada ibu Gisha pula adalah waktu dia telah dibawa pulang. Jadi sudah pasti berbeda. Raut wajah bayi pasti berubah-ubah. Shinta tanya Gisha kenapa dia tidak mempercayainya. Bererti dia juga tidak mempercayai Ibu Atikah. Ibu yang sudah merawat Gisha, membesarkannya. Gisha minta maaf kerana telah meragui mamanya. Namun Shinta tidak menyalahkan Gisha katanya dia faham sekali kerana banyak hal yang baru telah berlaku dalam hidupnya. Jadi Shinta bisa maklum. Yang penting mereka sudah bersama-sama.
Babak yang lain menceritakan Aliya memberitahu papanya yang mamanya tidak mahu makan mahupun keluar dari kamar. Aliya mohon pada papanya agar dia turuti cakap mamanya iaitu berhenti bekerja dari situ. Namun Anjar keberatan untuk buat begitu. Aliya tanya papanya apakah dia mahu menyakiti mamanya lagi dan tidak peduli lagi sama mamanya.
Wisnu menelefon Anjar dan tanya padanya apakah dia sudah berada di rumah.Wisnu memberitahu Anjar bahawa kemungkinan dia tidak dapat pulang ke rumah pada hari itu kerana dia harus berada di rumah sakit tetapi Wisnu akan menghubungi Shinta nanti. Wisnu minta tolong Anjar untuk menjaga keluarganya. Wisnu minta Anjar uruskan dulu kalau ada apa-apa dan hubungi Wisnu. Wisnu tahu yang dia pasti boleh bergantung padanya. Aliya kecewa apabila dia mendapat tahu Anjar tidak dapat pulang bersamanya. Kata Aliya dia benci pada papanya kerana lebih mementingkan Shinta.
Aliya pulang sambil menangis memberitahu eyangnya yang papanya tidak mahu pulang. Aliya menangis dalam pangkuan eyangnya.
Shinta tanya Anjar di mana Aliya.Shinta lalu tanya Anjar di mana suaminya setelah Anjar memberitahunya Aliya sudah pulang ke rumah dan Aliya mencarinya tadi kerana ada pesan dari rumah. Shinta diberitahu Anjar suaminya sedang meeting bersama kliennya dan sebentar lagi dia akan menghubungi Shinta.
Shinta terdengar Gisha memanggil-manggil nama ibunya. Gisha mimpikan ibunya telah meninggalkannya hingga dia demam tinggi. Shinta risaukan keadaan Gisha. Hujan turun dengan lebat di luar. Anjar tanya Shinta di mana dia mahu pergi. Shinta mengatakan bahawa dia ingin pergi ke Bogor untuk mencari ibu Gisha, Atikah. Anjar melarang Shinta pergi dan sambungnya lagi dia mendapat tugas daripada Wisnu untuk menjaga Shinta dan rumah itu. Shinta terpaksa membiarkan Anjar mengikutnya ke Bogor kerana sekiranya Shinta enggan, Anjar akan menghubungi Wisnu.
Hujan turun begitu lebat sekali, terdapat kesukaran sewaktu Anjar memandu. Apakah mereka akan selamat sampai di Bogor dan bertemu dengan Atikah nanti. Jangan lupa untuk ikuti sambungannya pada keesokan hari dalam sambungan Aliya Episode 21 nanti.
Sinetron Aliya Episode 20 pada 25 Disember 2012
Sinetron Aliya Episode 20 Part 1
Sinetron Aliya Episode 20 Part 2
Sinetron Aliya Episode 20 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Gisha sedih mendapat tahu ibunya mematikan panggilan tanpa bercakap dengannya.
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sino...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment