Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sinopsis ringkas Aliya Episode 22
Dana memukul Faris dan berkata dia sudah mencurigai Faris sejak dulu lagi dan menuduh Faris menggunakan cara licik untuk rampas jawatannya dan dia tidak akan biarkan semua itu dan tinggal diam dan dia juga berhasrat untuk menghancurkan Faris.
Marina pura-pura berasa takut dengan Shinta yang garang padanya. Namun Wisnu minta Marina menghubunginya sekirannya dia berubah fikiran dan ingin tinggal bersama mereka lagi.
Sandra tertumpah minuaman pada kemeja Wisnu dan dengan ini Wisnu terpaksa gantikan pakaiannya dengan baju Galang. Marina menuduh Anjar ribut banget uruskan hal keluarga Wisnu. Kata Marina semua itu tiada kaitan dengan Anjar. Marina tanya sebenarnya apa hubungan Anjar dengan Shinta kerana dia kelihatan mencurigakan.
Marina mempunyai rancangan untuk mengenakan Wisnu dengan kemeja Wisnu yang baru digantikannya dengan kemeja Galang sebentar tadi.
Aliya membawa kueh pada Galang sebagai tanda terima kasih kerana dia telah menemukan cincinnya.Namun Galang menolak pemberian Aliya dan dia terus naik ke dalam mobilnya dan beredar dari situ begitu saja.
Aliya terpaksa buang kueh tersebut kerana kueh itu telah rosak sewaktu ditolak oleh Galang. Namun Faris mahu makan kueh itu dan memuji kesedapan kueh itu.
Aliya minta Gisha jangan salah faham sebab mama Gisha yang sakit tetapi Aliya yang berasa kurang enak. Aliya menyuapkan makanan pada Shinta. Gisha dapat rasakan mamanya akrab dengan Aliya seperti ibu dengan anak. Aliya tidak faham kenapa ibunya masih sakit malah dia ke rumah Shinta dan dekat sama dia lagi.
Shinta tanya baju siapa yang dipakai Wisnu. Shinta tanya apakah suaminya selingkuh. Anjar muncul pada waktu itu untuk melihat apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba Shinta berkata dia cuma bercanda tetapi wajah Wisnu kelihatan shock begitu.
Gisha dimasukkan ke rumah sakit dan dia memerlukan darah golongan O tetapi golongan darah Shinta berbeda dari golongan Gisha. Hendri terjaga dari tidur. Rupa-rupanya dia cuma bermimpi. Hendri pergi menemui Shinta dan Hendri dijemput masuk. Hendri tanya Gisha apakah dia mempunyai saudara lain selain dari dia. Namun kata Gisha dia tidak tahu menahu tentang hal itu dan ibunya juga tidak pernah menceritakan padanya. Hendri menunjukkan foto bayinya bersama Atikah pada Gisha. Shinta memulangkan foto itu pada Hendri dan suruhnya tinggalkan rumahnya.
Shinta menandatangani bungkusan untuk Wisnu. Dia terkejut mendapat tahu bungkusan itu daripada Sandra dan di dalamnya ada kemeja dan nota daripada Sandra. Shinta berasa sakit hati lalu dia terus pergi ke kantor Wisnu sambil memberi bungkusan tersebut pada Wisnu. Shinta tanya kenapa Wisnu bohonginya dan apa yang dia lakukan bersama Sandra sementara dia berkata bahawa dia sedang meeting bersama klien. Anjar muncul dan Shinta tanya kenapa Anjar tidak bersikap jujur padanya dan membohongi padanya tentang keberadaan Wisnu. Sambung Wisnu semua itu adalah kesalahannya dan Anjar tidak bersalah dalam hal itu. Shinta tidak mahu dengar dengan lebih lanjut lagi dan berkata mereka berdua itu pembohong.
Marina pergi ke kantor Sandra lalu memberitahu Sandra bahawa dia ada berita yang amat penting yang mahu disampaikan pada Sandra. Kata Marina ternyata Wisnu dan Shinta itu bertengkar. Sandra tanya Marina apakah cerita sebenarnya. Marina menceritakan pada Sandra bahawa dia ingin ke kantor Wisnu untuk ucapkan terima kasih kemarin Wisnu sudah menjaganya. Lalu Marina nampak Shinta bergaduh besar dengan Wisnu. Ternyata setelah Marina curi-curi dengar sedikit, Marina dengar Shinta marah sangat kerana dia tahu Wisnu datang ke rumah Sandra. Sandra terbangun dari tempat duduknya dan tanya dari mana Shinta tahu yang Wisnu ke rumahnya.
Menurut Marina mereka bertengkar disebabkan kiriman pos yang yang dikirimkan Marina menggunakan nama Sandra sebagai pengirimnya. Marina minta maaf kerana dia tidak minta izin daripada Sandra. Marina menunjukkan rakaman hpnya pada Sandra. Sandra tersenyum apabila dia melihat rakaman pertengkaran Shinta dan Wisnu. Sambung Marina lagi Shinta kelihatan cemburu kerana dia tahu Wisnu telah pergi ke rumah Sandra. Marina pura-pura tanya pada Sandra apakah dia salah berbuat begitu. Namun Sandra tidak marahkan Marina malah dia berterima kasih pada Marina kerana katanya dia telah melakukan hal yang paling benar.
Di rumah Shinta masih marahkan Wisnu dan enggan mendengar sebarang penjelasan daripada Wisnu. Shinta mengeluarkan selimut dan bantal dan diberikannya pada Wisnu lalu disuruhnya tidur di sofa. Wisnu tidak putus asa dan terus mengetuk pintu kamar Shinta. Wisnu tidak tahu harus buat bagaimana lagi untuk memujuk isterinya yang masih marahkannya. Anjar yang memandang dari jauh cuma dapat mengasihani Shinta.
Di dapur Wisnu tanya apakah Shinta masih marahkannya. Wisnu minta Shinta dengar penjelasannya tetapi jawab Shinta dia sedang masak dan tidak mahu diganggu. Wisnu minta maaf pada Shinta dan jelaskan semuanya pada Shinta kenapa dia berada di rumah Sandra. Namun Shinta tidak mendengar apa yang dijelaskan oleh Wisnu kerana dia sedang mengisar makanan, Wisnu mulai hilang kesabarannya dan tanya Shinta sampai kapan dia ingin seperti itu. Wisnu mengaku dia bersalah tetapi semua itu ada alasannya. Kata Wisnu dia mengambil berat tentang Marina kerana dia mengandungkan anak Gilang iaitu cucunya. Apakah Shinta akan izinkan kalau Wisnu cakap yang dia mahu menjenguk Marina. Apa lagi dia akan ke rumah Sandra pasti nggak mungkin. Sebab itu dia membohongi Shinta kerana dia tidak mahu Shinta marah.
Kemudian Wisnu pula salahkan Shinta katanya semua itu tidak akan berlaku kalau bukan kerana Shinta. Shinta memandang ke arah Wisnu tanpa berkata apa-apa. Wisnu tidak perlu ulang-alik jenguk Marina kalau Shinta tidak menghalaunya. Dan Sandra nggak ada alasan lagi untuk menyuruhnya ke rumahnya. Sambung Wisnu lagi. Shinta cuma beri jawapan pada Wisnu "Alasan saja kamu itu". Wisnu cuba terangkan pada Shinta itu bukan alasan tetapi dia omong apa adanya.Kenapa Shinta masih tidak mengerti. Namun Shinta sangka Wisnu sedang berbohong. Wisnu tidak mahu bercakap dengan Shinta lagi. Katanya susah hendak dia bercakap dengan Shinta yang tak pernah mengerti lalu dia beredar dari situ begitu saja.
Gisha cuba tenangkan mamanya dengan memintanya sabar. Jawab Shinta bagaimana dia tidak emosi kerana papanya telah membohonginya. Menurut Shinta dia tidak suka dibohongi oleh sesiapa pun. Kata Gisha dia faham perasaan mamanya tetapi dia yakin yang papanya nggak tega membohongi mamanya. Sambung Gisha siapa tahu mungkin papanya melakukannya kerana terpaksa. Gisha menasihati mamanya apa pun masalahnya jangan sampai itu berpanjangan. Gisha yakin papanya amat menyayangi mamanya. Buktinya kemarin papanya tidur di sofa apabila mamanya suruh dia buat begitu. Pasti papanya tidak mahu kalau dia tidak sayangkan mamanya. Pasti dia sudah pergi ke hotel. Jadi itu bermakna papanya mencintai mamanya.
Anjar ke ruangan Wisnu dan memberitahu Wisnu bahawa ada sesuatu yang ingin dia mahu bicarakan pada Wisnu. Namun Wisnu suruh Anjar bicaranya kemudian saja kerana dia lagi pusing. Menurut Anjar itu penting mengenai isteri Wisnu. Anjar mengatakan pada Wisnu ia punya hubungan dengan Shinta. Wisnu
sangat marah sekali mendengarnya. Anjar bilang Wisnu marah saat ia
bilang punya hubungan dengan Shinta, begitu pula dengan Shinta pasti
akan marah pada Wisnu jika Wisnu punya hubungan dengan perempuan lain. Anjar harap Wisnu mengerti kemarahan Shinta dan segera minta maaf padanya. Biar bagaimana pun kesalahan itu adalah kesalahan Wisnu. Setelah itu Anjar minta diri untuk meninggalkan ruangan Wisnu.
Shinta marah pada Anjar dan tanya Anjar kenapa dia sebut tentang masa lalu mereka. Kata Shinta lagi dia muak lihat muka Anjar dan dia halau Anjar dari rumahnya. Bersambung dalam episode seterusnya pada hari Isnin, 31 Disember 2012 waktu yang sama.
Sinetron Aliya Episode 22 pada 27 Disember 2012
Sinetron Aliya Episode 22 Part 1
Sinetron Aliya Episode 22 Part 2
Sinetron Aliya Episode 22 Part 3-3
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment