Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)
Pelakon/Pemain
- Nia Ramadhani sebagai Kirana
- Randy Pangalila sebagai Galang
- Kiki Farrel sebagai Baim
- Tsania Marwa sebagai Riana
- Mama Dahlia sebagai surti
- Revand Narya sebagai Raka
- Poppy Bunga sebagai Nadira
- Yatti Surachman sebagai Sita
- Arthur Tobing sebagai Rama
- Erly Ashy sebagai Aida
- Emma Waroka sebagai Sandra
- Annie Anwar sebagai Linda
- Fandy Christian sebagai Choky
- Unang sebagai Tejo
- Indah Ayu Putri sebagai Joana - (sumber: http://id.wikipedia.org/)
Synopsis
It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.
Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.
Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.
Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.
Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.
Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 32 Part 1
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 32 Part 2
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 32 Part 3a
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 32 Part 3b
Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 32 Part 4
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 32
Fara pergi ke tempat kerja Kirana untuk mencari Kirana tetapi Jono memberitahunya Kirana tidak berada di situ dan cuma akan pergi ke sana pada keesokan hari. Fara terus berdegil untuk menunggu Kirana di situ sehingga menyebabkan sekuriti datang dan meminta mereka pergi. Jono akhirnya membawa Fara pergi meninggalkan tempat itu walaupun Fara tetap enggan.
Kirana panik apabila Galang hilang dari rumah sakit. Raka yang tiba di situ pada waktu itu menolong Kirana dalam pencarian Galang. Kirana salahkan dirinya yang menyebabkan Galang pergi dari situ.
Kirana: Aku terlalu memaksa Galang untuk mengingati semuanya. Sepatutnya aku tak boleh begitu. Sekarang dia mulai takut. Kalau terjadi sesuatu pada Galang ini semua salah aku.
Raka: Ya, ya aku janji kita akan cari Galang sampai ketemu, okay!
Sewaktu dalam kereta Fara terus mengatakan bahawa Piyu adalah miliknya selama-lamanya. Walaupun Jono menasihati Fara dan berkata Galang itu mempunyai keluarganya sendiri dan juga mempunyai seorang tunang yang telah menunggunya selama dua tahun, Fara tidak mahu mendengar penjelasan Jono dan histeris hingga dia cuba keluar dari kereta itu. Jono berusaha untuk mencegah Fara dari berbuat demikian... Ini menyebabkan mereka hampir ditimpa kemalangan jalan raya.
Fara ternampak Piyu. Pada waktu yang sama, Kirana menemui Galang lalu terus keluar dari kereta, pergi ke arahnya dan memeluk Galang.
Piyu berlari ke arah Galang dan terjatuh. Galang ternampak Fara dan dia khuatir dengan keadaan Fara hingga melepaskan pelukan Kirana dan memeluk Fara. Kirana sedih dan patah hati kerana Galang lebih mementingkan Fara daripada dirinya.
Raka cuba menasihati Galang tetapi apa yang dapat Galang beritahunya cuma:
Raka: Ingat atau tak, kamu itu Galang!
Kirana: Dahlah Raka, lepaskan.
Raka: Dia ini tunang kau. Tunang yang selama dua tahun ini menderita kerana kehilangan kau. Tunang yang selalu setia menunggu kau. Tunang yang selalu berharap kau akan kembali.
Fara: Dia bukan Galang.
Raka: Dia Galang!
Raka: Dan dia adalah tunang Kirana. Satu saat dia akan sedar dan masa itu dia akan tinggalkan awak. Dia akan kembali ke sisi Kirana kerana tempat Galang memang di sisi Kirana. Apa kau tak dapat lihatkah pengorbanan Kirana? Dia itu sangat mencintai kau. Dia mencintai kau dengan sepenuh hati. Sanggupkah kau melihat dia terus menderita?
Galang: Maafkan aku. Aku tak dapat menjanjikan apa-apa. Mungkin dulu aku pernah mencintai Kirana. Tapi sekarang yang ada di hati aku cuma Fara. Aku tak dapat mencintai Kirana. Aku selalu rasa takut kehilangan Fara. Aku selalu merindui dia. Aku selalu cemas sama Fara. Maafkan aku Kirana. Aku tak boleh biarkan kau terlalu banyak berharap. Aku tak boleh berada di samping kamu. Aku tak dapat rasakan getaran masa berhadapan dengan kau. Getaran cinta yang aku rasaa cuma untuk Fara.
Jono berasa lega kerana Jono akhirnya memilih Fara dan memutuskan untuk kembali ke kampung bersama Farah.
Kirana berasa amat kecewa dan patah hati dan pergi dari situ dengan kesedihan. Raka mengejar Kirana. Kirana minta Raka melupakannya kerana dia tidak akan dapat memberi apa-apa pun kepada Raka. Kata Kirana, sebahagian dari dirinya telah mati dan hilang bersama Galang.
Kirana: Kalau kamu ada terus di sisi aku, aku cuma akan terus-menerus menyakiti kamu dan kamu itu terlalu berharga untuk disakiti. Kamu terlalu baik untuk aku, Raka.
Kirana yang berasa begitu kehilangan Galang mengurung diri di kamar.
Aida dan Sita risaukan keadaan Kirana meminta Baim untuk menghiburkan Kirana. Akhirnya Baim berjaya membuat Kirana tersenyum semula.
Benny menerima panggilan daripada Linda yang bertanyakan tentang khabar mengenai Raka.
Benny: Tadi dia pulang sebentar tetapi dia terus ke rumah Pak Imran pula.
Linda: Terima kasih Pak Benny.
Benny: Ya, sama-sama, bu.
Selepas itu Linda kata pada dirinya:
Linda: Bukannya nak bercakap dengan mamanya tapi pergi ke rumah Imran pula. Otak Raka sudah diracuni semua orang. Termasuk papanya yang lemah itu.
Kirana: Kenapa Galang, susah sangat aku nak melupakan kau.
Baim masuk ke pejabat Kirana dan dia ternampak bingkai foto Galang yang telah pecah. Baim tidak dapat berkata apa-apa. Kisah Cinta Kirana akan bersambung pada hari Isnin, 27 September 2010
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment