"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - Episode 2 dan 3
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis Drama Lagenda "Cucu Betong" Episode 3 yang telah disiarkan pada 10 Disember 2009
Barisan pelakon/Dibintangi oleh:
Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Fimi Don sebagai Akmal
Daniel Zulkifle sebagai Irfan
Mohd Amir - Hafiz
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang
Ungku Faridah sebagai Ibu Melissa
Shanaross sebagai Bibik
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -Sinopsis Episode 2 Drama Lagenda Cucu Betong pada 9 Disember 2009:
Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?
Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong
Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.
12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..
Malika pulang ke kediamannya setelah tempoh bertapa sudah selesai dan Malika pulang ke kediamannya.
Jururawat bertanya kepada Jagat samada dia sudah makan ubat ke belum. Katanya sekiranya Jagat makan ubat dia boleh pulang ke rumah dan bertemu semula dengan keluarga dan rakan-rakannya. Selepas makan jururawat itu akan minta warden mandikan Encik Jagat sebab rambut dia tak terurus dan baju pun telah kotor.
Babak yang lain/A different scene
Malika: Aku masih memerlukan kau, Jagat. Kaulah satu-satunya harapan aku untuk merampas keris Solo Bima Sakti dari tangan Zaman. Ayuh bangkit bersamaku, Jagat.
Babak yang lain/A different scene
Zaman: Saya dah kira dah semalam. Biar cari mungkin terselit kat mana-mana. You nak guna duitkan. You guna duit ini dulu. (you want to use money right now, you use mine first. You can pay back later..)Bye. Malissa: I love you. Zaman: I love you too.
Babak yang lain/A different scene
Jururawat: Jomlah Encik Jagat, kita masuk mandi. Dah petang dah ni.
Babak yang lain/A different scene
Zaman melihat gambar-gambar teman wanitanya yang pertama (isteri ketiga Jagat yang telah meninggal dunia dalam Episode "Anak Betong")
Babak yang lain/A different scene
Zaman: Bi..
Bibik: Ya bapak.
Zaman: Buat apa tu.
Bibik: Ini kotorannya nggak mau keluar.
Zaman: Tak payahlah..( stop polishing it, it's not that dirty)
Bibik: Nggak apa-apa pak. Saya pun nggak ada kerja yang lain. Daripada saya duduk rehat biarlah saya bersihkan ya.
Zaman: Bi... saya.. saya nak tanya sikit kat bibi ni tapi bibi jangan ingat saya nak tuduh bibi pulak.
Bibik: Tentang apa pak?
Zaman: Sebenarnya ibu ada simpan wang RM10,000 dalam almari. Sekarang cuma tinggal RM8,000 saja. Bibi ada...
Bibi: Saya nggak tau pak. Saya kalau mau bersihkan kamar bapak harus minta izin dulu pak.
Zaman: Itu saya hairan ni. Tapi takpe kalau bibi terjumpa tercicirke duit itu bibi bagi kepada saya.
Bibik: Baik pak.
Zaman: Terima kasih. (Zaman naik semula ke atas)
Bibik imbas kembali sewaktu Raqib bisik sesuatu di telinganya dan teringat kata-kata Raqib pada nya. Bibi risau sesuatu yang tidak kena pada Raqib. Adakah wang yang hilang itu ada berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Raqib? Bibik fikirkan tentang hal itu.
Jururawat: Encik Jagat.. (warden) Jururawat meminta pertolongan apabila dia melihat Jagat tidak dapat kawalkan dirinya. Malika yang melihat Jagat di cermin ajaibnya terus minta Jagat bangkit. "Warden" di situ cuba tenangkan Jagat.
Malika tersenyum melihat keadaan Jagat dan terus minta Jagat bangkit semula kerana dia memerlukan pertolongannya.
Babak yang lain/A different scene
Cikgu Diana: UPSR dah tak lama lagi. Sekarang ini di tangan cikgu keputusan kamu semua. Kalau keputusan di tangan cikgu ni cikgu tak rasa kamu dapat capai cita-cita kamu semua. Sekarang ni dunia dah semakin maju. Semua orang kena ada pendidikan, semua orang kena ada pelajaran. Kamu semua nak sampai Darjah Enam saja. Lepas tu nak jadi apa? Minta sedekah?
Akmal: Macam dia cikgu. (jari dia menunjukkan kepada Raqib)
Cikgu Diana: Diam.
Cikgu Diana kepada Akmal: Kamu ni kenapa? Hah? Kamu ingat cikgu cakap ni kelakar? Kalau kamu nak tahu, kamu... (Akmal dan rakan-rakannya semua gagal) Tiga-tiga ni gang. Kamu dapat E. Tak ada satu pun A. Tak boleh ke kamu bertiga ni jadikan orang lain sebagai contoh?
Cikgu Diana: Angkat muka bila cikgu bercakap. Angkat muka. Ini boleh kamu jadikan Raqib sebagai contoh? Daripada semua kertas ujian satu saja dapat B yang lain semuanya A. (Cikgu Diana terdengar Akmal membisik sesuatu pada rakannya lalu Cikgu Diana menegurnya)
Akmal: Janganlah cakap pasal dia cikgu, dia kaya, dia pergi tuition..
Cikgu Diana: Raqib, kamu ada pergi tuition ke?
Raqib: Tak ada cikgu. Saya belajar sendiri.
Cikgu Diana: Kamu dengar? Kamu dengar Akmal? Dia tak pergi tuition. Dia belajar sendiri. Mulai dari sekarang, cikgu nak kamu, Hafiz dan Irfan belajar sama-sama belajar dengan dia. Kamu faham tak? Eh naik darah cikgu dengan kamu semua ni lah. Kamu tengok semua ni. Ambil ini. Keputusan kamu ni..
Cikgu Diana: Raqib, mulai daripada hari ini cikgu nak kamu belajar sama-sama dengan mereka, boleh? Bantu sama-sama buat kerja sekolah sama-sama.
Akmal: Class ke? (That's low)
Cikgu Diana: eh, class ke tak class cikgu nak kamu semua berjaya. Penat cikgu mengajar macam ni. Kesian kat orang tua kamu. Kamu ingat belajar ni percuma? .... selepas itu cikgu minta Fatin edarkan kertas ujian tersebut kepada murid-murid lain..
Babak yang lain/A different scene:
Malissa bertembung dengan Katrina di tempat meletak kereta. Malissa memberitahunya bahawa dia beli buku cerita Harry Potter untuk anaknya. Katrina kata dia adalah peminat setia "Harry Potter". Mereka berkenalan di sana dan Katrina memberitahu Malissa dia fan Malissa. Katrina memuji Malissa katanya dia nampak lebih cantik di luar.
Malissa memuji Katrina kembali. Katrina minta Malissa tandatangan untuknya. Katrina gembira dapat tandatangan daripada Malissa dan katanya dia nak letak dalam frame dan tampal di dinding biliknya. Katrina juga kata selama ini dia memang berangan nak berjumpa dengan Malissa dan hari ini dia begitu gembira dapat bertemu dengannya. Malissa minta Katrina panggilnya dengan panggilan Mel atau Lisa saja. Malissa kata kepada Katrina sebenarnya dia memang tiada kawan.
Katrina: Ya ke?
Malissa: Siapa nak kawan dengan I? Orang kalau jumpa cerita pasal business how to make more money and then cerita pasal gossip, orang tu dengan orang ni kan? Itu semua dah lame dah, you know. So at least I jumpa orang macam you yang very jovial.
Katrina: I dah train macam ni. (I used to be an airhostess, you know how much we talk) lepas itu bagi servis dekat orang, you know. Tapi I tak sangka lah dapat duduk dengan idola I sekarang ni.
Malissa: Jangan puji I lebih-lebih okey.. kita semua sama aje. Maybe hari ini nasib I lebih baik daripada you but in future (but we do not know the future, you might be luckier than me)
Babak yang lain/A different scene:
Hafiz dan Irfan, kedua orang rakan Akmal tanya Raqib samada dia dah siap buat kerja rumah Akmal. Kata Akmal sudah siap buat. Lepas itu mereka kata bagus, patutlah cikgu suka kepadanya. Mereka berdua pun ingin dapat A kata mereka lagi. Hafiz dan Irfan juga membagi alasan sama iaitu mereka tiada masa untuk buat kerja rumah. Mereka menyuruh Raqib saja yang buat kerja rumah untuk mereka. Apabila Raqib tidak mahu, mereka berdua ugut akan pukul Raqib dan lebam biji mata Raqib dan mereka juga akan menceritakan hal itu kepada Akmal. Raqib terpaksa menurut kehendak mereka kerana takut diketahui Akmal tentang hal itu.
Babak yang lain/A different scene
Malissa buat temu janji dengan Katrina dan mereka bercerita tentang Zaman. Malissa memberitahu masalah yang dihadapinya. Katanya ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Malissa memberitahu Katrina suaminya macam selalu lupa tentang harijadi dan anniversary mereka. Bila ditanya Zaman tak ingat. Mana favourite place, tempat makan semua mungkin pada Zaman tak penting tapi menurut Malissa dia adalah seorang wanita jadi perkara seperti itu adalah penting baginya. Malissa kata lagi, Zaman macam nak hafal sesuatu tetapi dia tidak tahu apa.
Katrina memberitahu Malissa dia tidak dapat komen apa-apa tentang hal itu kerana dia belum pernah berjumpa dengan Zaman in person dan dia cuma kenal Zaman melalui apa yang dibaca dalam surat khabar dan majalah saja. Katrina tidak tahu apa yang nak dikatakan pada Malissa. Tetapi menurut Katrina kemungkinan Zaman teringatkan tentang kisah silam bersama teman wanitanya yang dulu. Malissa tanya kenapa Katrina berpendapat sedemikian. Katrina jelaskan kepada Malissa dia rasa memang sukar untuk mereka lupakan seseorang melalui pengalaman yang pernah dilaluinya. Katrina dah break up dengan teman lelakinya selama lima tahun tetapi hingga ke hari ini Katrina asyik terfikir tentang dia sahaja. Katrina tak tahu kenapa kemungkinan ex-boyfriendnya adalah cinta pertama Katrina dan banyak yang dilalui bersama dengannya. Katrina rasa sukar untuk melupakannya walaupun Katrina tidak pernah bertemu dengannya lagi sejak mereka bereak-up sampai sekarang.. Perkara macam itu pun kemungkinan boleh terjadi.
Babak yang lain/A different scene:
Malika terus meneliti tentang Jagat. Jagat enggan makan apabila jururawat mahu suap nasi padanya. Jururawat itu menasihati Jagat makan sekiranaya dia ingin sembuh dan sekiranya Jagat sembuh tangannya tidak perlu diikat seperti sekarang. Jururawat yang merawat Jagat terus nasihati Jagat untuk makan.
Malika: Bangkit, Jagat.....
Babak yang lain/A different scene
Bibik: Sedap tak Raqib?
Raqib: Sedap.
Bibik: Tapi kok makannya sikit aja.
Raqib: Kenyanglah bi.
Bibik minta Raqib biarkan saja pinggannya di situ dan dia akan mencucinya. Bibik tanya Raqib sesuatu iaitu Raqib tahukan yang dia boleh simpan rahsia. Raqib kata mestilah bibi simpan rahsia dia dan dia akan simpan rahsia bibi. Bibi kata dia mana ada rahsia. Mungkin Raqib ada rahsia. Bibik kata dia rasa Raqib ada banyak rahsia tetapi Raqib menafikannya. Katanya cuma rahsia telefon papanya adalah. Yang lain tak ada. Bibik tidak memprcayainya dan tanya adakah Raqib cuba membohonginya.
Kata bibik, Raqib tahukan... berbohong itu adalah berdosa. Bibik memberitahu Raqib bahawa mamanya kehilangan wang sebanyak RM2,000 dari simpanannya. Bibik tanya adakah Raqib telah mengambilnya tetapi Raqib enggan mengaku dan kata untuk apa dia ambil. Bibik kata untuk gantikan handfone papanya yang telah diambil oleh temannya. Raqib terus enggan mengaku dan kata. Tak ada. Bibik tanya bagaimana dia hendak menggantikan handfone papanya. Bibik tanya Raqib sekiranya dia minta Raqib sumpah dengan nama "Allah" (if I ask you to swear in Allah's name that you didn't steal the money would you do that?) yang dia tidak mengambil duit mamanya, berani tak Raqib sumpah. Raqib kata (don't accuse and ask people to swear)tak baik minta dia sumpah-sumpah.
Babak yang lain/A different scene:
Raqib kembali ke biliknya dan ambil handfone keluar dari kotak handfone dan simpan kembali ke laci itu. Raqib ambil kotak kosong termasuk resitnya dan buang kotak tersebut di luar halaman rumah tetapi diambil semula bibi. Bibi masuk ke bilik Raqib sewaktu Raqib sedang mandi dan dia cuba mencari handfone Raqib. Tetapi Raqib keluar tidak lama selepas itu sebelum bibi berjaya menjumpainya dan tanya apa yang bibi sedang lakukan.Bibi kata dia ingin menukar cadar Raqib tetapi kata Raqib bukankah semalam baru ditukarkan cadar tersebut. Menurut bibi dia khuatir cadar Raqib terkena air kencing. Raqib kata ia akan berbau sekiranya terdapat air kencing. Tetapi tidak ada sebarang bau pada cadarnya. Lepas itu bibi kata pada Raqib dia keluar saja dan minta Raqib jangan lupa untuk solat.
Babak yang lain/A different scene
Malika tidak berhenti-henti melihat Jagat melalui cerminnya.
Malika: Bangkit Jagat, bangkit Jagat (Begitulah Malika yang terus minta Jagat bangkit) Bangkit bersama Malika. Jagat...
Jagat tidak dapat kawalkan diri sehingga perlu dibantu oleh "warden" untuk tenangkannya.
Di hospital, doktor memberitahu Zaman bahawa mereka dah lakukan apa yang sepatutnya tetapi keadaan Jagat masih seperti itu. Kata Zaman mungkin dia memerlukan satu bentuk rawatan lain daripada pesakit lain( maybe he needs a treatment different from the other patients) Zaman dan doktor ternampak keadaan Jagat dan mereka ke sana untuk membantu Jagat. Akhirnya Jagat menjadi tenang.
Malika berkata pada dirinya: Nya ratu, aku gagal..
Babak yang lain/A different scene:
(All the treatments we have given him for the past 12 years doesn't show any effects) Zaman berkata pada doktor bahawa perubatan yang diberikan di situ nampaknya tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Zaman: Doktor pun tahu kan apa punca yang menyebabkan abang saya masuk ke hospital ini.
Doktor: Sebab itulah saya mencadangkan supaya Encik Zaman membawa Encik Jagat keluar dari institusi ini. Mungkin dia perlukan alternatif. Secara profesional saya tak sepatutnya mencadangkan perkara ini. Tapi sebagai orang Timur saya percaya dengan perkara-perkara ghaib. Saya rasa itulah puncanya.
Imbas kembali di mana Jagat kata dia tak kira samada dia anak angkat atau anak kandung sekarang ni saya mahu wasiat itu ditukarkan. Selepas itu suara Malika minta Jagat membunuh.
Babak yang lain/A different scene:
Malissa minta suaminya lupakan tentang masa lalu dan apa yang penting sekarang ialah Jagat memerlukan mereka. Zaman tanya macam mana seandainya dia buat hal lagi tetapi menurut Malissa ia adalah mustahil kerana Tuhan dah cukup hukum dia. Tak kan mereka nak hukum dia lagi. Sekarang tanggungjawab mereka adalah mereka kena jaga Jagat. Zaman tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia rasa serba salah dalam hal itu. Malissa minta Zaman anggap semua itu adalah ujian Tuhan untuk mereka. Malissa tanya suaminya adakah dia masih ingat tentang Zaman yang pernah anggap Raqib merupakan beban pada mereka. Tetapi setelah Zaman fikir semula, secara tidak langsung Raqib ada kena mengena dengannya. Walaupun Raqib anak abang angkat Zaman dan Jagat bukan darah dagingnya, mereka dibesarkan dalam satu rumah yang sama dan oleh ibu bapa yang sama.
Kata Malissa lagi, sejak Raqib ada dalam hidup mereka rezeki mereka bertambah murah, business mereka bertambah maju dan mereka sepatutnya bersyukur dengan semua itu. Malissa juga kata Zaman kena sedar bahawa setiap kejadian yang diberi samada baik atau buruk ada balasannya. Begitu juga dengan Jagat. Malissa minta Zaman jangan khuatirkan tentangnya kerana dia akan hormat Jagat sperti abang iparnya sendiri. Malissa minta Zaman jaga Jagat sama-sama.
Babak yang lain/A different scene:
Malissa sedang berfikir bagaimana hendak menyambut harijadi Raqib. Bibi tanya apa yang hendak dimasak pada harijadi Raqib tetapi Malissa kata bibi tak perlu masak dan mereka akan
sambut dengan makan pizza saja. Lagipun mereka tidak menjemput sesiapapun melainkan mereka saja.
Bibi ada sesuatu yang hendak diberitahu Malissa. Malissa tanya apa yang hendak dikatakan padanya.. dan bibi minta maaf kerana dia ingin bertanya sesuatu. Bibi kemudiannya tanya wang yang hilang tempoh hari sudah ditemui atau belum. Malissa kata tak apalah dah bukan rezekinya. Bibi memberitahu Malissa kadang-kadang anak kecil akan melakukan perkara yang tidak wajar. Sekiranya ada sesuatu yang mendesak atau memaksa.
Malissa: Jadi bibi syak Raqib yang ambil duit itu?
Bibi: Kebelakangan ni perangai si Raqib tu anek kok bu.. Dia banyak masalah. Tapi ibu jangan bilang saya yang bilang sama ibu.
Babak yang lain/A different scene
Akmal: Aku nak bagi tau engkau sekejap lagi ada banyak lagi kerja nak bagi dekat engkau tau tak? Lepas rehat subject apa?
Raqib: (Dengan perasaan takut) Bahasa Inggeris.
Akmal dan rakan-rakannya: Bahasa Inggeris kau pandai pun... Bahasa Inggeris. Sekejap lagi aku nak kau buat kau boleh kerana kita tak buat lagi( Akmal terus buli Raqib minta dia buat kerja rumah untuknya)
Raqib: Aku dah buat kerja kau tak kan nak buat lagi.
Apabila Raqib kata semua itu, mereka mengugut kan pukul Raqib dan Raqib juga diberi amaran agar tidak memberitahu cikgu tentang hal itu atau matanya akan menjadi lebam. Mereka bertiga terus mengugut dan buli Raqib. Selepas itu mereka beredar meninggalkan Raqib.
Babak yang lain/A different scene:
Selepas solat, Malissa menuggu untuk bertanyakan sesuatu kepada Raqib.
Malissa: Raqib
Raqib: Ya ma..
Malissa: Mama ada benda nak cakap dengan Raqib.
Malissa: Mama tak kan marah Raqib kalau Raqib berterus terang dengan mama. Raqib: Ada apa ma? Malissa: Raqib ada ambil duit mama tak? Raqib: Ini mesti bibik yang cakap kan?
Malissa: Jawab dulu soalan mama. Ada tak Raqib ambil duit mama? Raqib: Mana ada Raqib curi duit mama? Malissa: Mama tak tuduh Raqib. Raqib, kadang-kadang dalam hidup kita ni termasuk mama sendirilah terpaksa buat benda-benda bodoh sebab terdesak.
Raqib: Sumpah. Raqib tak ambil duit mama. Malissa: Okeylah mama percaya Raqib. okey? Raqib kan anak yang baik. Tak kan Raqib nak buat benda-benda tak elok kan? Lepas ni kalau Raqib ada apa-apa masalah Raqib boleh cerita dengan mama. Mama janji mama promise mama akan rahsiakan. Kalau Raqib nak mama rahsiakan. Boleh?
(Raqib mengangguk kepala)
Setelah mamanya keluar, Raqib berasa lega kerana rahsia tentang duit yang dicurinya tidak diketahui mamanya.
Babak yang lain/A different scene:
Malika: Ratu Solowangi, ratu segala kuasa dari pundak Joko Sang Rateh yang menguasai nusantara ini....(I Malikat wants to see you)... ingin bertemu sama kamu. Wahai sangnya Ratu Solowangi menjelmalah kau, menjelmalah kau pada mata kasarku. Pada firasat aku, Jakat masih belum mampu menjalankan tugasnya. Aku memerulakan seseorang dari rumah itu untuk menjadi pengikutku. Wahai sangnya ratu.
Ratu Solowangi: (ketawa) Kumbang bukan seekor.
Malika tanya apakah maksudnya kerana dia kurang mengerti. Ratu Solowangi minta Malika lihat... Malika tanya siapakah budak kecil itu apabila Ratu Solowangi menunjukkan Raqib kepadanya.
Babak yang lain/A different scene:
Hari Jadi Raqib:
Malissa, Zaman dan bibik menyanyikan lagu "Happy Birthday" kepada Raqib.
Malissa: Mari sini, potong kek cepat.... mereka menyambut Hari Jadi Raqib dengan penuh kasih sayang dan gembira.
Bersambung
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment