Wednesday, November 25, 2009

EPISODE 35 (Misteri Gunung ES) - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 25 NOVEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3


Sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 - Misteri Gunung ES

***********************************************************************
Sinopsis ringkas Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 pada 25 November 2009



Tia dan Kendil tiba di sebuah desa yang kesejukannya amat luar biasa berbanding dengan tempat yang pernah mereka pergi.


Seorang ahli sihir terpikat dengan kecantikan Tia dan apabila dia melihat Tia dan Kendil melalui cermin ajaibnya dia berkata sendirian bahawa Tia sepatutnya menjadi miliknya.








Ahli sihir itu kemudiannya memanah Kendil dengan anak panah menerusi cerimin ajaibnya tempat ke belakang Kendil dan Kendil meninggal dunia. Penduduk di desa itu menolong Tia mengebumikan Kendil. Tia tidak rela meninggalkan Kendil yang baru dikebumikan dan dia menangis kesedihan. Tia tidak dapat hidup tanpa Kendil.


Penduduk Desa: Mari kita pergi dari sini. Upacara pengebumian mengikut adat kami semua dah selesai. Ayuh, kita tinggalkan tempat ini.
Tia: Tidak, saya tidak mahu tinggalkan dia sendirian. Bangun Kendil.



Penduduk di desa itu terpaksa membawa Tia meninggalkan tempat itu walaupun Tia tidak rela berbuat demikian. Ahli sihir itu berasa gembira dan katanya dia kasihankan Tia, kenapa dia menjadi sesedih sekarang. Ahli sihir itu berkata pada dirinya lagi bahawa air mata Tia membuat dia bertambah cantik.


Ahli sihir: Nasib baik aku ada anak panah ajaib. Jika dipanah, tepat menuju sasaran. Hahaha.....
Selepas itu ahli sihir bertukar rupa menjadi seorang lelaki muda yang tampan bernama Preja untuk mengaburi Tia. Bagaimanakah agaknya ahli sihir itu menipu Tia untuk mengikut kehendaknya?

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 berjudul Misteri Gunung ES pada 25 November 2009:


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 35 Part 4

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by