Monday, November 30, 2009

EPISODE 112 & 113 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 30/11/09: SYIFA MENJADI BUTA DALAM EPISODE 113


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 112 & 113 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam


Gambar dan Biodata/Profile Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://id.wikipedia.org)

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

Sinetron SekarEpisode 112 pada 26 November 2009

Sekar memberitahu keluarga mereka bahawa mereka akan bernikah pada 9 haribulan. Kata Rimba segalanya sudah terkumpul termasuk wang yang mencukupi. Karina dengan tidak rela mengucapkan tahniah kepada mereka. Mirta pura-pura gembira mendengar berita itu juga. Mirta beritahu Karina dia ingin ke rumah sakit. Karina hairan kenapa mamanya ingin pergi ke sana. Doktor memeriksa Mirta yang telah mengadu sakit kepala yang teramat sangat. Dia ingin dirawat lagi walaupun doktor kata dia berada dalam keadaan baik saja. Doktor minta Mirta rehat dahulu sementara tunggu laporan kesihatannya.

Karina minta wang daripada Andrean lagi untuk membayar kos perubatan Mirta di rumah sakit. kata Karina itu adalah untuk mencegah Rimba dan Sekar daripada bernikah. Karina pura-pura menangis dan kata mama mereka tiba-tiba pengsan dan dia bingung kerana mama mereka asyik memanggil nama Rimba saja. Mirta minta Rimba tundakan pernikahan mereka hingga dia sembuh. Sekar mendapat tahu mama Rimba pengsan. Kata Rimba mamanya lemah. Sekar rela tunggu hingga mama Rimba sihat untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Karina gembira rancangan mereka berhasil. Dia beritahu mamanya Rimba dan Sekar telah batalkan pernikahan mereka. Di rumah sakit, Sekar hairan mama Rimba kelihatan begitu sihat tetapi menurut Rimba mamanya sedang sakit. Sekar tidak faham. Mirta pura-pura baring dan kelihatan sakit apabila Rimba dan Sekar tiba. Kata Mirta dia tidak dapat berjalan. Dia cuba berdiri tetapi dia tidak kuat. Rimba minta mamanya sabar saja dan harap-harap mamanya cepat sembuh.

Sekar cuba menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada Mirta tetapi Rimba rasa marah kepada Sekar dan kecewa terhadapnya dan Rimba salah faham. Sekar jelaskan kepada mamanya dia tidak berniat langsung berfikiran jahat tentang Mirta. Di penghujung episode 112 menceritakan Rendra dan Syifa menunjukkan bukti kepada Rimba bahawa mama Rimba pura-pura sakit. Bagaimanakah kesudahan cerita ini?
Video klip sinetron Sekar Episode 112


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 112 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 112 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 112 Part 3

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 5


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 113 Part 6

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by