Wednesday, October 7, 2009

EPISODE 7 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 7 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 7 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 7

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me


Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************

Sambungan sinopssis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 pada 7 Oktober 2009

Episode 7

Tia diikat dan dikurung dalam bilik . Kendil dipukul dengan kayu oleh orang suruhan Romy tetapi dia dapat membela dirinya. Sewaktu Kendil duduk di tepi sungai, seorang wanita bernama Dina meletakkan bayinya dalam bakul dan hanyutkan di sungai, ia menuju ke arah di mana Kendil berada. Kendil menyelamatkan bayi tersebut dan membawanya pulang bersamanya.
Encik Martin menelefon polis untuk menangkap Kendil kerana khuatir anaknya diserang oleh Kendil. Kendil membawa pulang bayi itu dan dijaganya tetapi penduduk kampung menuduh Kendil menculik bayi itu dan masak hidup-hidup. Polis menangkap Kendil.

Dina, ibu kepada bayi itu ingin membunuh diri tetapi dia sempat diselamatkan dan ibu bapa calon suaminya merestui pernikahan mereka. Mereka ingin melihat cucu mereka tetapi Dina kata dia telah hanyutkan bayinya di sungai dalam hutan dan terdapat seorang lelaki yang berupa seperti monyet telah menyelamatkan bayinya. Pada waktu yang sama, berita mengenai Kendil menculik bayi disiarkan di televisyen. Dina ingin menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada pihak polis tetapi mereka terpaksa tunggu hujan reda dulu lagipun kampung mereka jauh dari tempat di mana Kendil dipenjarakan. Kendil terus dituduh menculik dan ingin merebus bayi untuk mendalamkan ilmu hitamnya. Kendil menjelaskan kepada pihak polis yang mengawal penjara itu bahawa dia tidak berbuat demikian, polis itu berkata mereka akan mendapatkan bukti tentang hal itu.

Tia pura -pura percaya tentang Kendil dan katanya dia amat bencikan Kendil dan tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Ibu bapanya percayakan Tia. Tanpa diketahui ibu bapanya, Tia bercadang pergi ke penjara menemui Kendil. Warti terdengar berita mengenai Kendil dan dia tahu semua itu adalah fitnah. Warti cuba pergi mencari Kendil tetapi dia terjatuh dalam hujan dan kakinya terseliuh. Dia terus berdoa kepada Tuhan dan kakinya yang terseliuh tadi smbuh. Hujan yang begitu lebat itu menyebabkan kampung itu banjir. Keadaan menjadi hur-hara. Warti panik bagaimana dia boleh meneruskan perjalanannya. Penduduk kampung menuduh Kendil adalah penyebab bencana yang telah melanda kampung mereka. Warfti tiba di penjara dan dia cuba membela anaknya tetapi dia tidak dihiraukan. Tia juga tiba dan menemani Warti di situ.

Romy menelefon Encik Martin mengenai Tia dan Encik Martin bersama isterinya dalam perjalanan untuk ke penjara. Di penghujung episode 7 menceritakan bahawa Dina dan calon isterinya diberi wang yang banyak. Mereka diminta memberi keterangan palsu bahawa Kendil telah menculik anak mereka.. Mereka tiba di penjara dan Dina fitnah Kendil menculik anaknya. Kisah "Si Cantik dan Si Buruk Rupa" Episode 7 berakhir di sini. Bersambung dalam Episode 8 pada hari esok, 8 Oktober 2009 pada waktu yang sama.





Gambar -gambar dari petikan sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 (sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Epiosode 7 versi gambar)

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 7 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by