Monday, October 19, 2009

EPISODE 13 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 19 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 13

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me

Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13

Orang-orang suruhan Romy terus menyeksa Arjuna. Warti terus dalam kesedihan mengenangkan nasih Kendil yang dikatakan sudah dibunuh oleh Arjuna. Tia pasti orang yang bunuh Kendil adalah Arjuna tetapi Dina tidak percaya pembunuhnya adalah Arjuna kerana dia telah pernah meyelamatkan mereka sekeluarga. Tia kata itu cuma helah Arjuna saja. Tia terus kata Arjuna sakit jiwa dan sentiasa mengaku dia adalah Kendil. Tia minta Warti bersabar dan sudah tentu Arjuna akan mendapat hukuman yang setimpal dalam penjara. Di kubur Kendil, Tia menangis kesedihan dan mengenang semula masa silam waktu dia bersama Kendil.

Suara Malaikat memberitahu Arjuna bahawa kekuatannya telah hilang dan Arjuna harus berjuang sendiri. Orang-orang suruhan Romy hairan Arjuna sedang bercakap dengan siapa kerana mereka tidak ternampak sesiapapun di situ. Romy mahu segera dinikahi dengan Tia. Dina ingin melawat Arjuna di penjara dan minta suaminya, Beram pergi bersamanya kerana dia telah pernah menolong mereka seketika dahulu. Pak Lurah dan orang-orang kampung suruhannya mengucapkan takziah kepada Warti atas kematian Kendil dan mereka kata bahawa mereka kesal atas apa yang mereka lakukan terhadap Kendil sewaktu dia hidup.

Romy berpura-pura berkata bahawa dia betul-betul berdukacita tentang Kendil. Romy mahu Encik Marten tanya Tia tentang pernikahannya dengan Tia sekarang juga. Encik Marten memberitahu Tia dia faham perasaan Tia dan Encik Marten kata dia masih muda dan perjalanannya masih panjang. Encik Marten kata Romy sangat mencintai Tia dan sentiasa berada di sisi Tia dan Tia bersetuju untuk menikahi Romy.

Dina dan Beram ke penjara ingin berjumpa dengan Arjuna. Penjaga penjara memberitahu mereka bahawa Arjuna masih jadi buruan. Dina dan Beram mendapat tahu memang benar Arjuna tidak dibawa ke penjara. Romy diberi keizinan untuk berjumpa dengan Tia di biliknya. Suara hati Tia berjanji untuk menyimpan lukisan dia bersama Kendil dengan baik. Romy memberitahu Tia dia akan terus mencintai Tia. Romy minta Tia simpan saja kenangannya bersama Kendil kerana dia harus teruskan kehidupannya. Tia katakan kepada Romy dia akan cuba lupakan Kendil dan belajar mencintainya. Dia berjanji dengan Romy bahawa dia akan menjadi isteri yang baik kepada Romy. Romy mahu Tia koyakkan lukisan itu walaupun permintaannya keterlaluan.






Tia: Er... tapi...
Dina: Kamu harus percaya sama aku. Arjuna benar-benar tak bersalah. Tia, kalau kamu dapat tahu berita tentang Arjuna segera beritahu aku.
Tia: Okey. Terima kasih ya..
Dina: Sepertinya Tia juga baru tahu Arjuna tidak ada di penjara.
Beram: Sekarang kita berdoa agar Allah melindungi Arjuna.
Romy: Siapa itu Tia?
Tia: Teman kuliah aku.
Tia: Rom.. kamu temui papa. Tetap tarikh yang baik untuk pernikahan kita. Sekarang aku mahu mandi dulu. Nanti aku turun ke bawah.
Romy: Yeap.

Tia mula mengoyak lukisan itu dan telefon berdering. Dina menelefon Tia dan memberitahu Tia bahawa Arjuna tidak berada dalam penjara dan Tia telah ditipu kerana polis masih belum menjumpai Tia kata Dina lagi. Beram dan Dina ingin berdoa Tuhan terus melindungi Arjuna. Tia tidak memberitahu Romy tentang panggilan telefon Dina mengatakan Arjuna tidak berada di penjara. Apabila Romy tanya siapa yang telah menelefonnya, Tia cuma kata panggilan itu adalah daripada teman kuliahnya.






Tia pura-pura gembira mendapat kalung daripada Romy. Setelah Romy beredar dari biliknya, dia menanggalkan kalung tersebut. Tia hairan kenapa Arjuna tidak berada di balai polis. Setahunya dia dibertahu Romy bahawa Arjuna sudah dibawa ke sana. Tia ingin tahu apa yang sebenarnya telah terjadi. Pasti ada sesuatu yang tidak betul. Tia ingin selidik di mana Arjuna telah dibawa tapi bagaimana caranya?



Tia pasti Romy telah menyembunyikan Arjuna dan dia ingin mengikuti ke mana perginya Romy. Encik Marten tanya bagaimana keadaan Arjuna dan adakah dia sudah dibunuhnya. Romy mintanya jangan khuatir kerana itu boleh dilakukan pelahan-lahan supaya Arjuna boleh menikmati detik-detik terakhirnya terpisahnya nyawa dari tubuhnya. Encik Marten juga ingin Warti disingkirkan malam itu juga kerana dia tidak mahu mengambil risiko. Katanya lagi, kalau anaknya iblis jadi-jadian apa lagi ibunya. Tentu sama saja. Romy setuju dengan cadangan Encik Marten dan kata itu adalah suatu idea yang bagus. Romy minta diri kerana dia ingin habiskan Arjuna. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kisahnya bersambung...






Gambar-gambar dari petikan sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 (sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 versi gambar)

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 13 Part 4

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by