Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Video clips on How To Prevent and Recognize Symptoms Of Swine Flu (Thank you and credits to Howcast Channel)
A(H1N1): 3 lagi kematian dicatatkan pada 16 Ogos 2009, Ahad
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat Influenza A (H1N1) menjadikan kematian akibat wabak itu kini meningkat kepada 62 kes.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada tiga kematian itu, dua adalah disebabkan kelewatan mendapat rawatan - dua kanak-kanak lelaki berumur enam dan tiga tahun serta lelaki berumur 50 tahun.
"Kementerian akan menyiasat punca di sebalik kelewatan itu," katanya.
Liow berkata, sebanyak 283 jangkitan baru dikesan menjadikan jumlah kes kini meningkat kepada 3,857 kes.
Seramai 33 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi sementara 213 pesakit ditempatkan di wad biasa.
Liow turut memberi amaran kepada sesiapa yang dijangkiti wabak itu tetapi tidak mengasingkan diri dan menyebarkannya kepada orang lain boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara.
0 comments :
Post a Comment