Monday, March 9, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 188 YANG BERSIARAN PADA 9 MAC 2009, ISNIN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 9 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 188


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan sinopsis dan video klip kisah sinetron Intan Episode 188 pada 9 Mac 2009 jam 11.00 malam:


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 188 Part 1

Part 1 - Wina memilih calon isteri untuk Rado, dan akhirnya Wina memilih Lila. Wina memberitahu siapa yang ingin dia "kahwinkan kontrak" dengan Rado. Intan sedih mendengar Wina memberitahunya bahawa gadis itu adalah Lila. Wina menelefon Lila.. Lila menjawab panggilan dan Wina membuat temu janji dengan Lila.Lila memberitahu Kasih, mamanya bahawa menurut Wina ia adalah temu janji penting.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 188 Part 2

Part 2 - Intan nyanyi untuk menghilangkan rasa sedihnya kerana Wina membuat temu janji dengan Lila untuk makan malam bersama Rado. Nadine bertanyakan kepada Intan kenapa dia menyanyi berteriak-teriak dan menanyakannya lagi kenapa dia berbohong kepada Rado dia ada temu janji dengan Rena. Nadine memintanya untuk menceritakan hal yang sebenarnya tetapi Intan memberitahunya tiada apa yang berlaku. Nadine masih mencurigai dengan sikap Intan yang bukan seperti biasa.

Apabila Rado dan Lila mendapat tahu tentang cadangan Wina, mereka tidak bersetuju dan Wina berkata Intan telah bersetuju. Mereka terkejut mendengar apa yang telah dikatakan oleh Wina.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 188 Part 3

Part 3 - Rado begitu marahkan Intan kenapa dia sanggup membiarkan suaminya bernikah dengan perempuan lain. Setelah mendengar Intan menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat begitu demi Wina yang sedang sakit tenat. Intan juga menjelaskan dia tidak relah berbuat demikian tetapi dia terpaksa berbuat begitu. Rado juga memarahi mamanya yang terlalu mendesaknya bernikah dengan perempuan lain sementara mamanya tahu bahawa dia hanya mencintai Intan. Rado berasa begitu sedih sekali.

Lila memberitahu hal itu kepada papanya Dr. Frans dan mamanya.. dan yang paling menghairankan ialah Intan juga bersetuju. kasih menyalahkan dirinya yang menyebabkan Intan begitu. Nadine mundar-mandir tidak dapat tidur. Arman mengagak adakah dia sangat cemas menantikan kelahiran cucu mereka.. tetapi Nadine berkata bahawa dia sedang memikirkan tentang Intan. Nadine kesal kerana dulu buat pertama kali Intan berada di rumah mereka dia tidak menyukai Intan. Menurutnya lagi bahawa dia akan tetap membela Intan kerana menurutnya dia telah menganggap Intan seperti anak kandungnya sendiri.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 188 Part 4

Part 4 - Kasih meminta Wina supaya tidak terus memaksa Intan lagi kerana sejak kecil lagi Intan telah hidup menderita. Dia sanggup nyawanya diambil oleh Wina sahaja tetapi Wina tetap dengan keputusannya dengan "Kahwin Kontrak". Nadine tiba di situ dan dia juga tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap Wina itu. Wina berkata dia sibuk dan tidak ada waktu untuknya dan meminta dia keluar dari rumahnya. Nadine enggan keluar dari rumahnya. Mereka bertengkar. Rado cuba memberhentikan pertengkaran itu. Nadine menanya Rado adakah dia rela bernikah dengan perempuan lain. Rado menjawab "tidak" dan Nadine menyuruh Wina batalkan cadangannya. tetapi Wina tetap enggan. Nadine pulang dengan keadaan kesal dan marah. Hatinya terguris dan memberitahu Arman mengenai hal itu. Kasih faham apa yang dilakukan Intan bukan kehendaknya dan Intan juga berkata dia tidak ada pilihan lain lagi.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 188 Part 5

Part 5 - Nia juga kasihankan Intan yang terpaksa bersetuju untuk membenarkan Rado bernikah dengan perempuan lain. Dia turut sedih dengan nasib Intan. Intan memberitahu Lila dia tidak mempunyai pilihan lain tetapi Lila memintanya untuk berfikir yang sebaiknya dan memperjuangkan demi cintanya kepada Rado. Katanya lagi pernikahan yang sempurna lebih penting dari segalanya. Kata Lila, dia cuma memberi cadangan dan semua keputusan di tangan Intan. Dia berharap Intan akan memikirkan tentang hal itu baik-baik semula.


Bersambung...


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 188 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 188 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 188 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 188 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 188 Part 5


Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 189 yang akan disiarkan pada hari Selasa, 10 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 187 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

2 comments :

niza said...

hai shinny..
it me again,tersentuh sekali bila ibu nadine mengaku intan sebagai ank perempuan nya,menyampah sekali tengok muka wina,hehe...

Ety Adlene said...

hai shinny.......
saye pengikut setia intan..
x sabar rasenye nak tunggu ending cerite nie...
aper akan jadi pada intan selepas nie ye?
siape perempuan yg mengaku hamil anak rado tu?
tolong bagi tau ye.....

Online Visitors

Thank you for dropping by