Diari minggu pertama hari pertama untuk 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-7: Datin Seri Tiara Jaquelina telah diumumkan sebagai pengetua AF7 dalam Diari AF7 sebentar tadi pada 8 Mac 2009.
Datin Seri Tiara Jaquelina dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an lagi. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee.
Klip video Diari AF7 Minggu Pertama - Hari Pertama: Memperkenalkan pengetua AF& kepada para pelajar.
Video klip lagu tugasan 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 untuk konsert minggu pertama yang akan diadakan pada 14 Mac 2009, Sabtu
Lagu tugasan untuk 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 yang telah diumumkan melalui Astro Ria Saluran 104 dalam Diari Minggu Pertama pada hari pertama sebentar tadi - 8 Mac 2009: Semoga mereka akan membuat persembahan yang sebaiknya dalam konsert minggu pertama nanti.
Pelajar Lelaki
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
Pelajar Wanita
ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
ZIZI - Molek (Elyana)
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria, http://www.murai.com.my, http://romizunaidi.blogspot.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment