Monday, March 9, 2009

AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 MULA MENEMUI PENONTON SEKALI LAGI SEJAK 7 MAC 2009 - KONSERT MINGGU PERTAMA PADA 14 MAC 2009


Akademi Fantasia Musim Ke-7 2009 memperkenalkan dua program baru iaitu Diari EXT AF7 dan Diari INT AF7. PENGACARA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - AC Mizal dan Sarimah Ibrahim - Akademi Fantasia musim ke-7 telah mula menemui penonton pada 7 Mac 2009 pukul 9.00 malam dengan Tirai Akademi Fantasia 7. Diari bermula 9 Mac 2009 manakala konsert pertama pada 14 Mac 2009.

UNTUK MENGIKUTI VIDEO KLIP KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SRI PUTRA, BUKIT JALIL - 14 MAC 2009 MELALUI ASTRO RIA JAM 9.00 MALAM SILA KLIK DI SINI

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI ULASAN KONSERT MINGGU PERTAMA AF7 YANG TELAH BERLANSUNG DI DEWAN SRI PUTRA, BUKIT JALIL PADA 14 MAC 2009 - GAMBAR &VIDEO KLIP KONSERT PERTAMA AF7

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT POST - MEMPERKENALKAN 14 PELAJAR AF7 DAN LAGU TUGASAN UNTUK KONSERT MINGGU PERTAMA DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA PADA 14 MAC 2009 JAM 9.00 MALAM


Diari minggu pertama hari pertama untuk 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7

Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-7: Datin Seri Tiara Jaquelina telah diumumkan sebagai pengetua AF7 dalam Diari AF7 sebentar tadi pada 8 Mac 2009.

Datin Seri Tiara Jaquelina dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an lagi. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee.


Klip video Diari AF7 Minggu Pertama - Hari Pertama: Memperkenalkan pengetua AF& kepada para pelajar.


Video klip lagu tugasan 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 untuk konsert minggu pertama yang akan diadakan pada 14 Mac 2009, Sabtu

***********************************************************************
Lagu tugasan untuk 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 yang telah diumumkan melalui Astro Ria Saluran 104 dalam Diari Minggu Pertama pada hari pertama sebentar tadi - 8 Mac 2009: Semoga mereka akan membuat persembahan yang sebaiknya dalam konsert minggu pertama nanti.

Pelajar Lelaki

AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)

Pelajar Wanita


ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
ZIZI - Molek (Elyana)

***********************************************************************


Daripada 20 calon pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 - 14 telah layak menjadi pelajar musim ini dan mereka adalah:


14 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7

Senarai nama dan profile/biodata 14 pelajar yang layak masuk ke Akademi Fantasia Musim ke-7






Gambar/foto 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 sewaktu keputusan diumumkan.


3. AKIM

Nama Penuh: Afiq Hakim bin Ahmad
Umur: 18
Asal: Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir: 18 Jan 1991
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Lepasan SPM


4. OBRI

Nama Penuh: Ahmad Sobri bin Hasmuni
Umur: 24
Asal: Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir: 8 Mei 1985
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Pegawai Kanan Bank


6. ARIL

Nama Penuh: Khairil Azam bin Pilus
Umur: 24
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 5 Nov 1985
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Pereka Grafik


7. HAFIZ

Nama Penuh: Mohd. Hafiz bin Mohd Suip
Umur: 19
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 27 Feb 1990
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Pelajar


8. QHAUD

Nama Penuh: Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid
Umur: 25
Asal: Selangor
Tarikh Lahir: 7 Nov 1984
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Ahli Perniagaan


9. SIDI

Nama Penuh: Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa
Umur: 27
Asal: Ipoh, Perak
Tarikh Lahir: 23 Sep 1982
Status: Berkahwin
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Ejen Perkapalan



10. YAZID

Nama Penuh: Mohd. Yazid bin Ibrahim
Umur: 22
Asal: Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir: 12 Feb 1987
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Juruteknik


3. CLAUDIA

Nama Penuh: Claudia Fay Geres
Umur: 24
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 5 Nov 1985
Status: Berkahwin
Bangsa: Bidayuh
Agama: Kristian
Profession: Pelukis Pelan


4. ISMA

Nama Penuh: Ismaliza binti Ismail
Umur: 30
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 21 Mei 1979
Status: Berkahwin
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Penyanyi


6. ADILA

Nama Penuh: Nas Adila binti Mohd Dan
Umur: 23
Asal: Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir: 20 Sep 1986
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Penyanyi


7. ZIZI

Nama Penuh: Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil
Umur: 24
Asal: Semporna, Sabah
Tarikh Lahir: 23 Jan 1985
Status: Bujang
Bangsa: Bajau
Agama: Islam
Profession: Penyanyi


8. RUBISA

Nama Penuh: Rubisa binti Tiasin
Umur: 23
Asal: Kota Marudu, Sabah
Tarikh Lahir: 18 Jul 1986
Status: Berkahwin
Bangsa: Bajau & Banjar
Agama: Islam
Profession: Pelajar


9. AISHAH

Nama Penuh: Siti Aishah binti Bujang
Umur: 18
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 14 Jan 1991
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Lepasan SPM



10. RINI

Nama Penuh: Zuzafrini binti Zulkifli
Umur: 26
Asal: Kajang, Selangor
Tarikh Lahir: 11 Jun 1984
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Profession: Eksekutif Pemasaran

***********************************************************************

1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
4.HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor)
8. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
9. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
10.ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
11. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah)
12. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
13. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
14. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Hingga ke hari ini, cuma tenaga pengajar yang telah diumumkan. Bagaimana pula dengan pengetua. Siapakah agaknya yang akan menjadi PENGETUA AF7? Soalan ini sering kali bermain di fikiran shinystar. Adakah beliau seorang lelaki atau perempuan? Jawapannya pasti akan diketahui juga pada hari Isnin, 9 Mac 2009 melalui Diari Pertama Akademi Fantasia Musim Ke-7 pada jam 9 malam.

UNTUK VIDEO KLIP TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 PADA 8 MAC 2009 SILA KLIK DI BAWAH INI:


P1/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

P2/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

P3/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

P4/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

P5/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

P6/6 TIRAI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 - 8/3/09

UNTUK MENGIKUTI KETERANGAN LANJUT MENGENAI 20 CALON PELAJAR TELAH DIPILIH UNTUK AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 SILA KLIK DI SINI

***********************************************************************


Gambar Hos/Pengacara Konsert Mingguan AF7 - AC Mizal
Gambar Hos/Pengacara Diari - Sarimah Ibrahim


Gambar Tenaga Pengajar Akademi Fantasia Musim Ke-7

Tenaga Pengajar:

Guru Vokal Persembahan: Siti Hajar Ismail
Guru Vokal Teknikal: Cikgu Shafi (Shafizawati Sharif )
Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris: Fatimah Abu Bakar

Tenaga Pengajar Baru Untuk AF7:

Hashridz Murshim Hassim (Acis) sebagai Pengarah Muzik
Ida Nerina (Guru Seni Persembahan dan Lakonan)
A. Aris A. Kadir sebagai Guru Koreografi

***********************************************************************

APA KATA HOS/PENGACARA DAN TENAGA PENGAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7

AC Mizal

"Saya sedar tentang spekulasi yang mengatakan Aznil mungkin kembali sebagai hos program ini. Malah, saya dan Aznil ada menghubungi antara satu sama lain dan bercakap tentang perkara ini dulu. Sejujurnya, saya tidak begitu risau dengan spekulasi yang timbul. Bagi saya, tidak kiralah Aznil atau pun saya kerana masing-masing ada cara tersendiri.

"Aznil memang tidak boleh lari dari sejarah AF lagi, tetapi peluang yang saya dapat sekali lagi ini akan saya gunakan untuk terus berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar AF7 seperti saya lakukan tahun lalu. Tidak kiralah siapapun pengacara kerana apa yang penting dalam AF ialah pelajar-pelajarnya."

Sarimah Ibrahim

"Saya rasa tanggungjawab saya memang semakin besar. Bersesuaian dengan tagline, saya sebagai hos juga perlu membuat transformasi untuk musim baru ini."

Syafizawati Sharif

"Sebelum saya sediakan 'syllabus', saya kena lihat dulu tahap pelajar-pelajar itu nanti. Buat masa ini, saya tidak tahu lagi siapa pelajar-pelajar yang terlibat, jadi sukar untuk saya bercakap tentang persediaan saya. Tetapi, seperti musim terdahulu, saya berharap mampu berikan yang terbaik buat mereka.

Fatimah Abu Bakar

"Saya tidak sabar untuk melihat pelajar-pelajar tahun ini. 'I'm looking forward to have fun with them'. Saya perlu melihat tahap tenaga mereka dan mengukur tahap kebolehan Bahasa Inggeris masing-masing."

Ida Nerina

"Ini adalah kali pertama saya terlibat di belakang tabir dalam program realiti. Saya memang cukup teruja untuk mencari bakat-bakat baru. Mungkin ketika saya terlibat pada 'preliminary session' sejaka beberapa tahun lalu, pihak Astro nampak yang saya memang berminat dengan usaha mencari bakat baru dan sebab itu mereka tawarkan jawatan ini kepada saya.

"Sejujurnya, saya melihat AF sebagai satu platform yang baik untuk mereka yang 'lapar', maksudnya mereka yang mempunyai bakat tetapi tidak ada medium untuk tonjolkan bakat mereka."

Acis

"Saya memang gementar sebenarnya apatah lagi inilah pembabitan pertama saya dalam program seperti ini. Sebagai pengarah muzik, saya akan cuba buat susunan lagu nanti mengikut kesesuaian pelajar-pelajar tersebut. Dan sepanjang berlangsung konsert mingguan itu, kita akan gunakan 'live band' yang mana seramai lima pemuzik akan terlibat."

A.Aris Kadir

"Saya sedar mungkin ada yang akan membuat perbandingan antara saya dan Linda Jasmine. Kami mempunyai pendekatan yang berbeza. Saya akui, ini adalah pendedahan pertama saya di dalam program seperti ini. Sebelum ini, saya lebih banyak terlibat dengan produksi teater.

"Tetapi sebagai orang baru, saya akan cuba berbincang dengan tenaga pengajar yang lain meskipun kami berbeza tugas."

Siti Hajar Ismail

"Saya sebenarnya berdebar untuk buat persediaan bagi 'transformasi' yang pihak penerbitan mahukan. Seperti biasa, saya akan cuba berkongsi ilmu dengan mereka sebaik mungkin."

***********************************************************************

Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:

Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian Pertama/Part 1) pada Sabtu, 7 Mac 2009 jam 9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7.

Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian Kedua/Part 2) pada hari Ahad, 8 Mac 2009 jam 9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7.

Diari Akademi Fantasia mulai 9 Mac 2009 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-7 akan memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia untuk musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga jadual kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi.

Diari EXT AF7 mulai 13 Mac 2009 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam

Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini.

Konsert Akademi Fantasia Musim Ke-7 akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam mulai 14 Mac 2009

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

Diari INT AF7 mulai 15 Mac 2009 pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam

Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasia pada malam sebelumnya.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria, http://www.murai.com.my,http://romizunaidi.blogspot.com, http://photoselebriti.com, http://www1.mstar.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by