Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
ULASAN KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 YANG BARU BERLANSUNG DI DEWAN SRI PUTRA, BUKIT JALIL PADA 14 MAC 2009 MULAI JAM 9.00 MALAM HINGGA LEBIH KURANG 11.35 MALAM. BAGAIMANAKAH PERSEMBAHAN 14 PELAJAR MUSIM INI DENGAN TUGASAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA DALAM KONSERT PERTAMA AF7? APA PULA KATA PENGKRITIK?
Pengacara Konsert AF7: AC Mizal
Juri-juri untuk Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia Musim Ke-7: & Edry Hashim, Dato' Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie.
Tema untuk Akademi Fantasia Musim Ke-7 ini adalah: TRANSFORMASI di mana terdapat banyak kelainan yang berlaku, misalnya 14 pelajar AF7 memperkenalkan diri mereka dengan lebih unik dan tiada tagline daripada setiap pelajar seperti musim-musim lalu Akademi Fantasia pada musim-musim lalu. Lagu persembahan daripada pelajar AF7 untuk konsert pertama adalah berdasarkan dari lagu kegemanaran mereka masing-masing.
*********************************************************************** APA KATA TIGA PENGKRITIK TETAP TENTAN PERSEMBAHAN 14 PELAJAR AF - Edrie Hashim, Dato' Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie
PERSEMBAHAN PERTAMA: ADILA
Edrie kata persembahan penuh keyakinan. Vokal yang bagus dan persembahan pembukaan yang baik Dato' Katty kata tak dapat dengar suara kerena ditenggelamkan muzik. Persembahan yang yakin. Tetapi bukan sekadar mencari penghibur, tapi mencari penyanyi Adlin kata nyanyian pembukaan lemah. Persembahan dan interaksi seperti sudah menyanyi dan memiliki 18 album. Agak berlebihan
PERSEMBAHAN KE-2: SIDI
Edrie mengingatkan bahawa Sidi merupakan orang pertama yang mendapat kad hijau ketika ujibakat. Tapi persembahan pada malam ini nampak gugup. perlu menyerap lebih banyak pelajaran di akademi Dato' Katty kata tumpukan kepada vokal dan jangan takut Adlin kata berikan leboh perasaan kepada lagu. Namun, tidak mengharapkan terlalu banyak untuk konsert pertama
PERSEMBAHAN KE-3: YAZID
Edrie kata nyanyian nampak penuh kejujuran. Tapi perlu belajar lebih tentang teknik nyanyian Dato' Katty kata Yazid berani memilih lagu nyanyian asal Jamal Abdillah. Tetapi perlu berlatih lebih lagi Adlin kata nyanyian verse lemah. Perasaan lambat datang
PERSEMBAHAN KE-4: ZIZI
Edrie kata persembahan dan suara yang baik. Namun ada kekurangan dengan persembahan pentas. Perlu memperbaiki kebimbangan yang jelas kelihatan Dato' Katty kata nampak pancit. Namun seorang penyanyi yang bagus, bertenaga dan lincah di atas pentas Adlin kata suara matang, bersemangat dan penuh keyakinan. Penuh perasaan dan bertenaga
PERSEMBAHAN KE-5: ISMA
Edrie kata sungguh bagus. Kawalan suara baik dan keseluruhannya baik. Dato' Katty kata lagu sesuai dengan suara dan menyanyi dengan baik. Vokal terbaik dalam pelajar AF Adlin kata permulaan yang hebat. Tetapi kena tahu kawal perasaan. Tenaga semakin berkurangan menuju ke penghujung persembahan. Kekurangan fokus
PERSEMBAHAN KE-6: AKIM
Edrie kata persembahan yang bersahaja. Lagu bersesuaian dengan imej yang ditonjolkan. tetapi perlu kawan suara ketika menjerit. Dato' Katty kata lagu ini terlalu tua dan perlu mencari lagu yang sesuai dengan imej. Kelihatan lagu ini terlalu berat. Namun nyanyian masih bagus. Adlin kata ada keberanian dan keyakinan tetapi tidak konsisten. Persembahan yang kontra dengan susunan lagu. Namun persembahan ada gaya
PERSEMBAHAN KE-7: CLAUDIA
Edrie kata nyanyian agak 'pitcy'. Suara agak garau. Persembahan seperti seorang profesional. penghibur yang cemerlang Dato' Katty kata dia suka dengan persembahan. Suara rock dan bersesuaian dengan lagu. Tetapi perlu kawal nota rendah Adlin kata persembahan yang baik. Tetapi persembahan perlu dirancang. Kekurangan imiginasi dan perlu lebih berimiginasi. Beri lebih warna dalam persembahan
PERSEMBAHAN KE-8: HAFIZ
Edrie kata persembahan yang sangat bagus. Ada pakej sebagai penghibur Dato' Katty kata persembahan yang bagus. Sangat hebat. Kagum dengan nyanyian Adlin kata imej sempoi, original. imej ini susah untuk dicari dan perlu dikekalkan
PERSEMBAHAN KE-9: RINI
Edrie kata karektor belum keluar. tempo lari dan patut disatukan dengan suara. Pilihan lagu tidak menguji vokal. Tidak menggambarkan imej yang dibawa Dato' Katty kata imej dan suara yang unik. Cuma kesilapan pemilihan lagu Adlin kata tiada impak luar biasa dan terlalu mengawal pergerakan
PERSEMBAHAN KE-10: OBRI - Tidak tercatat
PERSEMBAHAN KE-11: AISHAH
Edrie kata persembahan yang menghiburkan. Suara dan lagu yang bersesuaian dan nampak keyakinan diri Dato' Katty kata sangat berkeyakinan. Penggunaan pentas yang bagus. Adlin kata persembahan yang bagus, berkeyakinan dan berani. Menghiburkan dan nampak ceria. Nampak perbezaan dengan pelajar lain
PERSEMBAHAN KE-12: QHAUD
Edrie kata lagu yang susah. Tetapi bagus kerana berani ambil risiko. lagu tidak sesuai untuk konsert pertama Dato' Katty kata penghibur yang bagus. Cuma perlu tumpukan perhatian kepada nyanyian dan jadi diri sendiri Adlin kata ada dinamik yang berlainan. Persembahan yang keras, tegas, berani dan tepat. Lirik difahami dengan baik
PERSEMBAHAN KE-13: RUBISA
Edrie kata persembahan lambat. Mampu menahan nota tinggi dengan lebih baik. dato' Katty kata espresi yang baik tetapi tidak mampu mengawal nota tinggi dan rendah dengan baik. Mempunyai vokal yang baik Adlin kata persembahan yang baik untuk konsert pertama. persembahan dinamik dan romantik. Ringkas tetapi menarik
PERSEMBAHAN KE-14: ARIL
Edrie kata bagaikan Rockstar! persembahan yang baik dan bersesuaian dengan personaliti Dato' Katty kata seperti bintang Korea. Sangat bagus dan seolah-olah mampu menggantikan Allahyarham Sudirman dan mampu menari dengan baik Adlin kata nampak kesungguhan yang ditunjukkan. Tetapi kelihatan menonjolkan watak 'kaki perempuan'. Perlu lebih matang dalam membuat persembahan
*********************************************************************** 14 PELAJAR AF7 DENGAN LAGU PERSEMBAHAN MEREKA PADA 14 MAC 2009 DALAM KONSERT PERTAMA AF7 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI DEWAN SRI PUTRA, BUKIT JALIL MELALUI ASTRO RIA SALURAN 104:
ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
UNTUK MENGIKUTI KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 SILA KLIK LINK DI BAWAH INI:
1 comments :
hye
luv ur blog!!!
penuh informasi af7
Post a Comment