Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Sebuah sinetron yang berjudul Pengantin Kecil dengan barisan pelakon Nakita Willy dan Samuel Zylgwn dan lain-lain lagi. Pengantin Kecil mulai bersiaran di Astro Aruna Saluran 121 sejak 27 November 2008 pada jam 8.00 hingga 9.00 malam dalam episod pertama. Siaran ulangan sinetron ini adalah pada keesokan harinya iaitu jam 9.00 pagi selama sejam. Episode 8 pada 8 Disember 2008
Sinopsis sinetron Pengantin Kecil:
Sinetron yang pasti mencerikan hari shinystar dan semua peminat sinetron ini bermula dengan kisah persahabatan dua kanak-kanak kecil Cheril(Nakita Willy)dan Vito (Samuel Zylgwn) yang telah menikah dan mereka amat berharap persahabatan mereka akan kekal untuk selamanya.
Cheril dan Vito melakukan 'pernikahan' ini setelah mereka menyaksikan peristiwa pernikahan dari jiran tetangga mereka. Dengan kata lain mereka melakukan pernikahan tersebut agar persahabatan mereka akan berkekalan dan tidak akan dipisahkan.
Walau bagaimanapun, Cheril sekeluarga terpaksa berpindah ke Paris kerana pekerjaan ayah Cheril. Persahabatan di antara Cheril dan Vito terpaksa berakhir di sini apabila Cheril sekeluarga berpindah. Sebelum mereka berpisah, Vito memberikan salah satu daripada kalung burung merpati kecil pemberian daripada almarhum neneknya kepada Cheril dan mereka berjanji akan terus menyimpannya hingga mereka bertemu kembali 9 tahun kemudian.
9 tahun berlalu tanpa disedari dan dua insan ini bertemu di sebuah sekolah yang sama. Vito menjadi pemain basket handal yang juga merupakan bintang di sekolah sementara Cheril pula berubah menjadi gadis yang mempunyai paras yang bertumbuh bintik-bintik di mukanya. Pada mulanya Vito tidak mengambil kisah tentang Cheril hingga kedua ibubapa mereka mejodohkan mereka. Vito dipaksa bernikah dengan Cheril dengan harapan dapat membantu kewangan mereka. Apakah kesudahan kisah sinetron Pengantin Kecil ini?
Jangan lupa untuk mengikuti kisah selanjutnya dalam episod seterusnya di Astro Aruna setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 8.00 hingga 9.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya.
Lagu Tema sinetron Pengantin Kecil yang mula bersiaran di Astro Aruna Saluran 121 pada 27 November 2008
Sambungan kisah sinetron Pengantin Kecil Episode 8
0 comments :
Post a Comment