Wednesday, December 3, 2008

SAMBUNGAN TERKINI KISAH SINETRON RAHASIA PELANGI EPISODE 6 DI TV3 PADA 2 DISEMBER 2008 JAM 3.30 PETANG



Oleh sebab terdapat sedikit masalah teknikal, video-video episode 6 Rahasia Pelangi tidak dapat dimuatnaikkan. Oleh itu, saya akan menceritakan serba sedikit tentang perkembangan cerita ini. Harap maaf.

Sinopsis Episode 6

Pelangi tidak ingin ibu bapanya mengetahui bahawa Aldi belum lagi berubah menjadi anak yang baik. Oleh itu, dia telah meminta bantuan kedua-dua rakannya untuk mengawasi Aldi.

Dalam masa yang sama, Virgi semakin mencintai Pelangi dan Judith bertambah cemburu melihat keakraban mereka berdua. Judith bertemu dengan Karina dan bertanyakan tentang Pelangi. Karina menunjukkan gambar Pelangi kepadanya dan Judith akhirnya mengetahui bahawa Pelangi yang menjadi pemandu kepada Virgi merupakan Pelangi yang dikenalinya sejak kecil.

Ferry yang dalam perjalanan untuk bertemu dengan Virgi telah dicuri dompetnya. Mujur Pelangi berjaya mendapatkan dompetnya daripada pencuri tersebut dan dalam usahanya, hidungnya telah ditumbuk sehingga berdarah. Ferry berterima kasih kepada Pelangi dan memandangnya dengan penuh makna.

Cerita ini bersambung pada 3 Disember 2008 dalam episode 7. Teruskan mengikuti perkembangan sinetron ini.



(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.sinemart.com, TV3 dan semua sumber untuk maklumat sinetron Rahasia Pelangi)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by