Wednesday, March 19, 2008

SIAPAKAH DUA PENASIHAT DARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 6 DAN APAKAH TUGAS MEREKA?



Hi hi, apa khabar semua, dah sarapan kebelum? Mesti makan sarapan jangan tak makan sarapan ya. Selalaunya saya akan memberi maklumat dari masa ke semasa mengenai Akademi Fantasia Musim 6 dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi kali ini saya akan cuba menulis dalam Bahasa Malaysia pula. Sekiranya terdapat kesilapan dalam bahasa harap maafkan ya. Masih ada banyak yang perlu saya pelajari lagi.

Berita terbaru dalam Akademi Fantasia 6

Dua Penasihat Residen, seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Mereka ditugaskan untuk menjaga segala kebajikan serta disiplin 14 pelajar di Akademi Fantasia. Kedua-dua orang Penasihat ini terpaksa tegas terhadap kesemua pelajar tersebut untuk membentuk disiplin yang baik di kalangan mereka.

Anda mungkin tertanya tanya siapakah mereka?

Penasihat Residen Lelaki

Nama Penuh: Mohd. Shafieq Bin Isam (atau nama panggilan di akademi - abang Shafieq atau Shafieq).



Mohd. Shafieq, 25 tahun berasal dari Johor yang merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia merupakan seorang usahan dan peragwan sambilan. Selain itu, jejaka tampan ini pernah muncul dalam Macam-macam Azinil dan rancangan Oh Lelaki.


Dia juga pernah muncul dalam beberapa iklan komersial tempatan di tv dan lain-lain lagi. Selain itu Mohd. Shafieq perlu memastikan kesemua pelajar terutama sekali pelajar lelaki mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan sepanjang masa mereka berada di situ.

Penasihat Residen Wanita

Nama Penuh: Siti Mariam Binti Rahman @ Aman (atau nama panggilan di akademi - kak Mariam).

Siti Mariam, 24 tahun berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik dalam keluarganya. Dia bekerja sebagai seorang usahawan muda dan peragawati sambilan untuk majalah Harmon.

Siti Mariam, pernah muncul dalam beberapa rancangan teribitan Astro. Dia juga pernah berlakon dalam drama bertajuk Rabunnya Cinta yang ditayangkan di Astro Prima.

Dia perlu memastikan kesemua pelajar terutama sekali pelajar wanita mematuhi segala peraturan dan jadual yang terlah ditetapkan sepanjang masa mereka berada di akademi.

Semoga Mohd. Shafeiq dan Siti Mariam berjaya menjalankan tugas mereka dengan sempurna dengan disiplin mereka yang tegas.

Sekian, hingga ketemu lagi. Saya akan cuba kemas kini blog ini apabila ada berita terkini mengenai Akademi Fantasia Musim 6. Silap dan salah dalam bahasa dan ejaan harap maafkan.


Terima kasih kerana terus klik iklan nuffnang di sebelah kiri blog Sapphire Blu. Banyak yang terdapat di iklan tersebut.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by