Main cast and characters/ Pelakon
Sebagai Christian Soriano-Seorang yang mewah dan berjaya dalam perniagaan dan hidupnya. Pertemuan dengan Arabella telah mengubah persepsi dirinya terhadap wanita. Beliau mengetahui kebenaran dan saat kebahagiaan mereka punah setelah mengetahiu bahawa keluarga Arabella adalah apa yang didendaminya selama ini. Beliau hampir gila apabila mengetahui Arabella telah mati dan bertindak untuk membunuh diri namun, Ara diselamatkan oleh orang lain yang terperangkap dalam sebuah kecelakaan kemalangan keretapi. Beliau kemudiannya bertemu dengan Mary Ann iaitu seorang wanita muda, berbakat cerah yang akan mengubah wawasan hidupnya tetapi bagaimana sekiranya Arabella kembali semula?
Kristine Hermosa as Arabella Grace Garcia - She also happens to be the daughter of Elizabeth who grows up without knowing the love of her mother. She falls in love with Christian, not knowing that this will cause her great pain.
Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia-Seorang wanita muda yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan membesar bersama ayah dan nenek angkatnya. Mendapat pendidikan yang tinggi serta berhati luhur. Sanggup mengorbankan dirinya demi kebahagiaan ayah dan neneknya. Bartuah kerana bertemu dengan Kristian yang menjadikan beliau kekasih sejati. Namun disebabkan salah faham, Kristian bertindak menghalau beliau dari hidupnya. Konflik menjadi lebih rumit lagi apabila Arabella bertemu kembali ibu kandungnya yang selama ini adalah ibu angkat Christian. Arabella kemudian bertemu dengan Leonardo yang berjaya mengubati lukanya bersama ketika Christian.
Diether Ocampo as Leonardo Madrigal III - Leo is the eldest grandson of Don Marcelo, a wealthy plantation owner. And Ramon is his younger brother. They are a product of a broken family since their mother left them at an early age to marry someone else in America. Both brothers were left under the care of Don Marcelo. Leo is also an artist and would rather follow his passion on arts and music rather than manage the hacienda. He is a loving grandson, and is brave enough to fight for what he believes in or for the woman he would eventually fall in love with.
Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III-Jejaka kacak dari keluarga kaya yang telah bertemu dengan Arabella. Beliau telah menyelamatkan Arabella dan ibunya semasa kecelakaan kemalangan keretapi dan menyembunyikan identiti Ara serta ibunya dari pengetahuan umum begitu juga Christian. Keikhlasan beliau bertukar menjadi cinta terhadap Ara lebih-lebih lagi apabila datuk beliau menganggap Ara adalah bakal isteri beliau. Namun Leo terpaksa memendam perasaan disebabkan Ara masih menyayangi Christian. Walaubagaimana pun Ara bertindak menerima cinta Leo disebabkan terhutang budi terhadap Leo walaupun hatinya masih mencintai Christian.
Angelika dela Cruz as Mary Ann Santos - Mary Ann is a very cheerful person. Everyone around her is affected by her gaiety. In spite of her troubled past. Her mother was a GRO, who married a man who would do anything for money even if meant, “selling” his stepdaughter. Having escaped her past, she is determined to fulfill her dream of becoming a recording artist. Brave and street mart, in spite of not being able to finish her studies, she would do everything to attain her goals and would do everything for the man she would eventually fall in love with.
Angelika Dela Cruz sebagai Mary Ann Santos-Penyanyi wanita kelab malam di mana tempat Shane bekerja. Beliau merupakan seorang wanita yang berbakat besar dan bersungguh-sungguh di dalam hidup dan pekerjaannya. Beliaulah yang telah menyelamatkan Christian daripada membunuh diri akibat kehilangan Ara. Sejak dari itu beliau dan adiknya telah tinggal bersama-sama di rumah Christian. Disebabkan rasa terhutang budi, Christian telah merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Bait-bait cinta antara mereka mulai berputik namun Christian tetap menganggap beliau hanyalah rakan baiknya kerana perasaan cintanya terhadap Ara masih utuh dan melihat diri Ara ada dalam diri Mary Ann. Mary Ann terpaksa akur kerana perbezaan darjat dan statusnya berasal dari dunia yang berbeza.
Synopsis:
Falling victim to a freak accident on a ship sailing, Christian (Jericho Rosales) and Ara (Kristine Hermosa) get trapped in an isolated island and fell in love. Reality stepped in when they were rescued and had to go back to their own lives. She felt the difference in their social status. Despite all odds, he promised his eternal love for Ara, unaware of her family’s involvement in his painful past.
Upon discovering the truth Christian was driven with anger, which made Ara and her family decided to escape his revenge. This tragic journey leads Ara to meet a rich and carefree painter, Leo (Diether Ocampo). She learned to bury things as they are. And Leo’s unconditional love helped her to start anew. Christian, on the other hand, finds comfort with kindhearted Mary Ann (Angelika dela Cruz), an amusing friend who slowly wins Christian’s trust and affection.
When romance seems perfect for estranged lovers, fate stepped in and brought Christian back into Ara’s life. Ara must now confront her unfinished business with Christian…
What lies beneath their intertwined past? Will Christian and Ara’s romance bind together again?
Sinopsis Sana'y Wala Nang Wakas
Cerita ini mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama Kristian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan. Namun takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai jurucakap pelancong di Pulau Corregidor.
Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari pulau tersebut, Ara dan Kristian memulakan hidup masing-masing di kota Manila. Kristian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah ditinggalkan ibunya kira-kira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di penjara.
Hidup Ara dihiasi dengan suka dan duka turut ditemani rakan-rakan baiknya iaitu Shane dan Newton. Pertemuan demi pertemuan antara Ara dan Kristian telah menerbitkan bait-bait cinta antara mereka. Sikap romantis seta penyayang yang ada pada diri Christian telah membuka pintu hati Ara untuk menerima Christian sebagai kekasihnya. Bagi mereka, cinta yang agung ini tidak akan terpisah dan mereka percaya bahawa cinta suci ini akan tetap kekal abadi walaupun pelbagai halangan dan rintangan di dalam perhubungan mereka.
Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Kristian telah nekah memutuskan hubungan mereka. Namun rahsia ini terbongkar apabila nenek kepada Christian dan adiknya Rain iaitu Dona Veleria Velencia ( Gloria Ramero) mengkucar kacirkan keadaan dengan menuduh ibu kandung Ara iaitu Elizebeth@Yvette yang telah membunuh Emilio Soriano dan Rhodora Soriano pada malam dia ingin lari bersama Richard. DVV yang sememngnya berdendam kepada Elizabeth kerana anak kesayangannya iaitu Richard telah memilih Elizabeth perempuan sederhana dari kampung sebagai kekasihnya dan menolak Bettina gadis pilihan beliau.
DVV merupakan bekas perempuan simpanan Nicanor Soriano iaitu datuk kepada Christian dan Rain melahirkan Richard dan tinggal bersama keluarga Soriano sanggup mengambil upah sebagai orang gaji keluarga tersebut kerana semata-mata ingin berada bersama Soriano. Namun luka menjadi lebih parah buat DVV apabila Soriano tidak meniktiraf beliau sebagai isteri dan tetap menyayangi isterinya sehingga ke akhir hayat beliau. Dengan itu DVV tekat untuk membalas dendam terhadap keluarga Soriano dengan mengadakan pelbagai rancangan dan tipu helah untuk menghancurkan Christian dan Arabella.
Setelah Elizabeth mengetahui bahawa Ara adalah anak kandungnya yang ditinggalkan selama 15 tahun, dia kembali bersama keluarga Ara, Choleng dan Anton dan tinggal bersama mereka. Namun kebahagiaan itu tidak lama kerana DVV mengadakan pelbagai rancangan untuk menghancurkan mereka sehinggalah mereka lari meninggalkan tempat tersebut.
Sewaktu di dalam perjalanan, keretapi yang membawa mereka telah mengalami kemalangan sehingga mengorbankan Choleng dan Anton, namun Ara dan Elizabeth telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang ketika itu bersama-sama menaiki keretapi tersebut iaitu Leo@Leonardo Madrigal III ( Diether Ocampo ). Leo telah menyembunyikan identiti Ara dan Elizabeth dari pengetahuan umum sehinggalah Christian, DVV dan rakan-rakan Ara menganggap mereka semua telah mati semasa kemalangan itu. Leo telah membawa Ara ke kediamannya dan memperkenalkan Ara bersama keluarganya. Datuk Leo iaitu Don Marcelo Madrigal telah terpikat pada Ara dan menganggap bahawa Ara adalah kekasih sebenar cucunya-Leo.
Sementara Christian yang kecewa nekad untuk membunuh diri kerana beranggapan dia telah kehilangan segala-galanya akibat dari kematian Ara. Namun Christian telah diselamatkan oleh Marry Ann ( Angelika dela Cruz ) sewaktu beliau terjun ke dalam sungai. Tragedi itu telah membawa Marry Ann dalam hidup Christian. Christian telah membawa Marry Ann bersama-sama adiknya untuk tinggal bersama beliau atas rasa terima kasih beliau kerana telah menyelamatkannya. Christian juga menganggap Marry Ann adalah umpama Ara kerana sikap sungguh-sungguhya dan minatnya terhadap sesuatu bidang yang diceburinya. Christian juga turut merealisasikan impian Marry Ann selama ini iaitu untuk menjadi penyanyi dan mempunyai album serta studio record sendiri.
Sesungguhnya kehadiran Marry Ann dalam hidup Christian dan Leo dalam hidup Arabella telah membawa sinar dalam kehidupan mereka. Namun hati mereka tetap merindui kenagan-kenangan manis sewaktu bersama-sama dahulu. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali? Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga ruang kosong itu telah terisi?
Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 1 - 50
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 1 - 50
Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 51 - 80
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 51 - 90
Sanay Wala Nang Wakas Episode 91 - 101 ( With Malay Subtitles)
Sila klik di sini untuk mengikuti Telenovela Sanay Wala Nang Wakas mulai Episode 91 - 101 (Tamat
source: Thank you and credits to
http://www.astro.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/
http://sanaywalanangwakaslover.blogspot.com/
http://hanisbarbiedoll.blogspot.com/
azmitabalkis02 Channel
Malia1424 Channel
aftalentaesb Channel
and all sources for the information and pictures
4 comments :
thanks cik admin!
keep the episodes updated ya!!! love you!!! ^___^v
Br hari ni dpt taw y bella siarkan kembali drama yg pernah jadi fenomena ini.seronok yg tak terhingga bila admin upload kat sini.teruskan upload setiap episod ye....thx in advance really appreciate it! Ara's back! Yesss!
Mna eps 8
kat mana boleh saya beli dvd crita ni eh...kalu ada apa info inform saya...fiza3379@gmail.com
Post a Comment