Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sambungan sinopsis Episode 46 pada 7 Januari 2013
Dana pada omanya: Oma, Dana minta maaf.
Kata Dana apa yang dibilang omanya benar. Dana khawatir papanya akan menyerahkan hotel itu pada Gisha nanti.
Dita pergi menemui Galang membawa makanan kesukaannya utnuknya tetapi Galang tidak mahu diganggu.
Marina sedih kerana Galang semakin jahat sama dia kerana dia masih mencintai Galang. Anin menelefon Marina. Dita mahu memberitahu Marina tetapi katanya terlalu penting untuk dibilang dalam telefon. Dita buat temujanji dengan Marina. Dita sampai dan menyewa kafe itu seharian. Kata Dita, Marina telah terjatuh dalam perangkapnya. Marina telah memberi minuman penggugur kandungan dan untuk mendapatkan penawarnya, Dita harus mengakui pada Galang yang dia telah menculik Aliya. Marina cuba merampas penawar itu daripada Dita. Marina minum minuman (yang dikatakan penawar) Dita beritahu Marina ternyata dia itu memang bego. Dita menjelaskan pada Marina minuman yang baru diminumnya adalah minuman penggugur kandungan yang sebenarnya dan Marina tidak ada alasan lagi untuk menikahi Galang dan dia harus mengucapkan selamat tinggal dengan cita-citanya untuk menjadi isteri Galang.
Marina harus ke rumah sakit untuk menyelamatkan kandungannya. Dita melambai-lambaikan tangannya pada Marina. Marina menemui Faris di jalan dan dia minta agar Faris hantarnya ke rumah sakit kerana katanya Dita, mantar pacarnya Galang ingin menggugurkan kandungannya namun apabila Marina sampai di rumah sakit, dokter memberitahunya pada Marina bahawa kandungan Marina baik-baik saja. Faris sangkakan Marina cuma memburuk-burukkan nama Dita agar Galang bencikan Dita. Marina bercadang untuk mengerjakan Dita. Dita menelefon Marina dan tanya apa yang sedang Marina buat dan tanya keadaan kandungannya. Jawab Marina itu tidak lucu tetapi Dita minta Marina jangan garang begitu, Dita cuma mahu ingatkan Marina harus berhati-hati kerana dia boleh lakukan apa yang dia mahu jadi lebih baik sekiranya Marina mengakui tentang dia adalah pelakunya atas penculikan Aliya. Marina tetap enggan. Dalam fikiran Marina dia terfikir kenapa Anindita tetap membela Aliya. Pasti Aliya juga berhasil mencuci otak Anindita. Begitulah yang disangkakan Marina.
Babak seterusnya
Galang menjenguk Aliya. Pada waktu itu Faris juga berada di situ namun Faris tidak bersuara. Galang tanya apakah Faris mahu pulang memandangkan dia baru sampai di situ. Tetapi Faris tidak terburu-buru. Galang kata Faris kelihatan letih dan dia perlu istirahat. Faris minta Galang tolong suapkan Aliya saja sementara Faris pamit untuk pulang. Faris cuma dapat berdiam diri apabila dia melihat Galang suapkan bubur kacang buat Aliya. Dita ternampak Faris dan Dita tanya Faris apakah dia suka sama Aliya dan secara sindiran kata Dita kasihan Faris cintanya cuma bertepuk sebelah tangan. Dita memperkenalkan dirinya pada Faris. Sambung Dita lagi dia ada tawaran buat Faris iaitu dia akan bantunya dapatkan Aliya tetapi dia harus janji akan jaga Aliya dengan baik dan jangan sampai Aliya ketemu dengan Galang lagi. Namun Faris tidak tertarik dengan tawaran Dita. Tanya Dita bukankah mereka harus saling membantu untuk mendapatkan orang yang disayangi mereka. Faris menolak tawaran Dita lalu pergi. Menurut Dita cepat atau lambat pasti Faris akan menerima tawarannya.
Gisha menelefon Hendri memberitahunya tentang di mana dia berada. Ruben tanya Gisha apakah Hendri ayahnya tetapi kata Gisha dia adalah omnya. Gisha menjelaskan pada Ruben bahawa ayahnya masih hidup tetapi mereka sudah berpisah. Hendri pergi ke rumah rumah Ruben dan dia ingin menjemput Gisha pulang. Ruben memegang tangan Gisha dan dia minta Gisha tunggu dulu. Apabila Gisha ingin tanya kenapa, Ruben tidak dapat memberitahu sebabnya. Setelah mereka beredar, Ruben kata pada dirinya dia harus cari tahu bahawa Galang adalah saudaranya atau bukan.
Babak seterusnya
Shinta minta dokter untuk mencari pakar saraf buat Aliya tetapi menurut dokter, biayanya tinggi. Shinta bersedia bayar semua biaya tersebut. Anjar menerima panggilan Shinta. Kata Shinta dia tidak tahu kenapa dia risaukan keadaan begitu. Shinta mahu membayar semua biaya rawatan Aliya. Kata Shinta dia juga tidak tahu kenapa dia sayang banget sama anak Anjar itu. Shinta minta Anjar beritahu Mutia soal itu.
Marina mahu menemui Aliya dan memberi amaran keras padanya. Aliya tidak tahu kenapa Shinta begitu baik sekali padanya. Kata Anjar Aliya harus bersyukur dengan semua itu. Menurut Aliya dia senang banget dekat sama Shinta.
Mutia mengikut jejak Shinta dan dia tidak ingin melihat Shinta menjenguk Aliya. Mutia marah melihat Aliya bersama Shinta. Shinta memberitahu Aliya dia sayang Aliya seperti ananknya sendiri. Mutia tanya kemana Shinta mahu bawa Aliya. Tanya Mutia Shinta itu siapa untuk membawa anaknya. Mutia tidak mengizinkan Shinta untuk membawa Aliya ke pakar saraf. Mutia menuduh Shinta menindas keluarganya dengan semua budinya. Mutia memarahi Aliya jangan ikut campur dengan urusan orang dewasa. Mutia ingin menampar Aliya tetapi dicegah Shinta. Tiba-tiba kerusi roda Aliya bergerak hilang kawalan. Shinta dan Mutia terus mengejar Aliya. Aliya cemas apabila kerusi rodanya tidak dapat berhenti. Aliya terjatuh dan terkena mobil yang dipandu Anjar hingga terjatuh. Aliya pengsan dan berdarahan. Anjar terus mengendong Aliya ke mobilnya. Mutia kata itu semua gara-gara Shinta hingga anaknya jadi begitu. Shinta shock atas kejadian yang menimpa Aliya.
Marina berkata bahawa dia belum buat apa-apa lagi dan Aliya sendiri sudah terluka. Marina senang kerana dia tidak perlu kotorkan tangannya sendiri, begitulah kata suara hati Marina.
Babak akhir Aliya dalam Episode 46
Anjar terus menghantar Aliya ke ruangan darurat. Mutia menunggu di luar dengan perasaan panik tentang keadaan yang menimpa Aliya. Anjar memarahi Mutia tentang apa yang dia telah lakukan hingga Aliya jadi begitu.
Mutia: Tapi bukan salah saya. Ini salah perempuan ini. Berani-beraninya kamu bawa Aliya tanpa pengetahuan aku.
Kata Mutia semua itu bukan salahnya tetapi salah Shinta. Mutia tanya pada Anjar kenapa Shinta selalu terlibat dalam urusan rumah tangga mereka. Tetapi menurut Anjar tidak bersalah dan Shinta mahu membawa Aliya ke pakar saraf. Mutia tidak ikhlas dan tidak mahu Aliya dibawa oleh perempuan seperti Shinta. Anjar hampir terlanjur mengatakan Aliya bukan anak Mutia. Mutia tanya apakah Aliya anak mereka berduakan dan yang pasti Aliya bukannya anak Shinta. Yang jelas Aliya anak dia dan Anjar dan dia tidak mahu Shinta ganggu Aliya lagi. Dokter memberitahu mereka bahawa biaya rawatan Aliya berjumlah 30juta. dan kondisi Aliya harus dirawat dengan segera. Shinta bersedia untuk membayar semua biaya rawatan Aliya tetapi Mutia berdegil tidak mahu menerima bantuannya. Shinta minta Mutia buangkan egonya dan bencinya sama dia demi Aliya. Kata dokter, Aliya tidak mempunyai masa yang mencukupi lagi.
Shinta janji dia tidak akan sebutkan hal itu lagi tetapi dia mohon Mutia menerima bantuannya. Akhirnya Mutia mengalah dan dia terpaksa menerima pertolongan Shinta. Namun menurut Mutia Shinta masih orang yang paling dia benci. Kata Shinta walaupun Mutia bawa kebenciannya dalam kubur dia juga tidak peduli.
Marina senang melihat Aliya dioperasi gara-gara kejadian tadi. Aliya digesakan ke rauangan oerpasi. Operasi dimulakan. Shinta dan Anjar terus berdoa untuk Aliya.
Marina tersenyum sinis dan dia menuangkan kerosen dan menghidupkan api menyebabkan kebakaran pada pencawang elektrik yang menyalurkan elektrik ke rumah sakit itu agar Aliya tidak dapat diselamatkan.
Episode 46 terhenti di sini dan akan bersambung dalam Episode 47 nanti.
(Terlebih dahulu sapphireblu ingin meminta maaf kerana tidak dapat menulis sinopsis mulai Episode 47 - 50 kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun link video untuk episode-episode tersebut akan terus di kemaskinikan dari Isnin - Khamis. Sinopsis mulai Episode 51 akan sambung tulis lagi. Sekian dari sapphireblu hingga bertemu lagi dalam sinopsis Episode 51)
Sinetron Aliya Episode 46 pada 7 Februari 2013
Sinetron Aliya Episode 46 Part 1
Sinetron Aliya Episode 46 Part 2
Sinetron Aliya Episode 46 Part 3-3
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment