Tuesday, December 1, 2009

EPISODE 38 (Keris Bertuah) - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 1 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3


Sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38 pada 1 Disember 2009
Keris Bertuah:

Kendil dan Tia meminta tolong apabila mereka diburu dan cuba dibunuh oleh seseorang dengan keris bertuah. Sebuah keluarga membuka pintu dan membenarkan mereka masuk. Wanita itu berkata sebenarnya lelaki itu adalah abang Badu dan dia merupakan seorang yang baik.


Anggani menceritakan apa yang telah berlaku sebelum Badu menjadi begitu. Mereka hidup sangat bahagia tetapi pada suatu hari malapetaka menimpa kampung mereka. Sesiapa yang pegang keris itu akan menjadi gila dan akan membunuh siapa saja yang berdekatan dengannya. Ramai orang cuba hendak mendapatkan keris itu. Badu dan Damar tidak tahan ramai orang yang terkorban dan memutuskan untuk berjumpa dengan bomoh.



Satu-satunya untuk menghapuskan keris itu adalah dengan membuang di kawah gunung berapi. Tetapi akhirnya Badu terkena sumpahan dan dia telah membunuh abang kandungnya. Malah dia hampir membunuh Anggani. Hingga sekarang Badu terlus berkeliaran membunuh orang. Oleh itu dia berpindah ke rumah ibu bapanya dan bersembunyi di situ. isteri Badu amat merindui suaminya.

Kendil dan Tia diminta kunci pintu apabila mendengar loceng berbunyi kerana itu tandanya Badu telah mula mengamuk lagi. Tia diberi loceng untuk berjaga-jaga. Kendil kasihani penduduk di kampung itu, bagaimana mereka dapat hidup dengan tenang. Tia ternampak seorang anak gadis bermain layang-layang seorang diri. Loceng kedengaran dan ibu Nuri mencari anaknya yang masih bermain.

Nuri lari keluar seorang diri dan dia terserempak dengan Badu. Badu cuba membunuh Nuri tetapi sempat diselamatkan oleh Kendil. Ibu Nuri mendapat tahu Badu ingin membunuh Kendil dan Tia. Dia minta suaminya bahawa perkara itu diberitahu kepada Anggani. Ayah Nuri menemui Anggani di rumah dan berkata kepadanya bahawa Badu telah mengamuk dan hampir membunuh Nuri.

Anggani mohon suaminya agar tidak basahi tangannya dengan darah. Badu tidak mahu mendengar apa yang dikatakan oleh Anggani dan dia menikam Anggani dengan keris itu. Sebelum pengsan, Anggani memberitahu Badu dia amat mencintainya. Badu terasa kepalanya amat sakit dan imbas kembali bagaimana dia mendapatkan keris itu. Badu amat menyesal dengan perbuatannya terhadap isterinya. Badu menangis kesedihan kerana telah menikam Anggani. Anggani masih belum sedar. Badu terus berdoa agar isterinya terselamat. Badu minta Anggani bertahan. Kendil ingin mengambil keris itu dan dia memberitahu petunjuk telah membawa mereka ke situ jadi dia terpaksa menyelesaikan masalah itu. Kendil juga terkena sumpahan itu apabila dia memegang keris itu.




Tia mohon kepada Kendil agar tidak berudah. Kendil serba salah. Akhirnya Kendil berjaya melepaskan keris itu dan Kendil bersama bomoh membuang keris itu di kawah gunung berapi. Hanya orang yang tulus hati berjaya membuang keris itu. Bomoh itu berkata di sebalik wajahnya yang begitu dia mempunyai wajah yang berkasih sayang dan merupakan seorang yang mulia.

Badu sedih atas kematian Damar, abang kandungnya yang dibunuh dengan tangannya sendiri. Katanya kepada Anggani ramai orang yang terkorban di tangannya. Cinta Anggani telah membuatnya sedar dan dia amat bersyukur kerana Anggani masih hidup. Anggani percaya cinta dia terhadap suaminya boleh mengalahkan segalanya. Semua penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Kendil dan Tia kerana telah menyelamatkan mereka. Episode 38 berakhir di sini. Episode seterusnya akan mula siarannya pada keesokan hari, waktu yang sama.
***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 38 Part 4

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by