Wednesday, October 21, 2009

EPISODE 86 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 21 OKTOBER 2009 PUKUL 3.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 86 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************
Sinopsis kisah sambungan kisah sinetron Sekar dalam Episode 86 pada 21 Oktober 2009


Rendra datang menemui Sekar dan mengatakan kalau ia ingin meninggalkan Talia dan kembali bersama Sekar tetapi sebaliknya Sekar rasa marah kepada Rendra kerana dengan begitu Rendra menghancurkan perasaan Talia. Rendra terus berusaha meyakinkan Sekar tetapi Sekar tidak mau dan Rendra terus memaksa, kemudian Rimba datang , Rimba langsung dipukul Rendra kemudian perkelahian terjadi hingga akhirnya Syifa datang dan melerai.

Sekar dan Rimba akan bekerja di tempat yang sama. Sekar pulang ke rumah dan Sekar membeli makanan kesukaan Syifa, murtabak untuknya. Tuti ingin makan murtabak Syifa dan dia membohongi Syifa supaya memberinya kepada peminta sedekah keana katanya sekiranya Syifa berbuat demikian, dia akan mendapat pahala. Syifa mendengar kata Tuti dan memberinya murtabak itu tanpa mengetahui Tuti sendiri yang ingin makannya.

Sekar bekerja di pasaraya dan Karina muncul lalu mengejek Sekar kemudian memaksa Sekar untuk mengambilkan biskut untuknya dan memilih yang paling belakang agar Sekar berasa sukar untuk mengambilnya dan Karina juga memintanya mengambil barang-barangnya. Rimba datang dan memarahi Rimba dan menyuruh Karina untuk membereskan barang-barang yang telah terjatuh di lantai dan mengambil barang-barangnya sendiri. Karina enggan berbuat demikian tetapi Rimba memaksanya dan menggantikan apa yang telah rosak.

Pada waktu yang sama, Mirta tanya apa yang telah berlaku. Apabila Rimba melihat Mirta dia mintanya tunggu dan mengejar Mirta tetapi Mirta terus naik teksi dan pergi dari situ. Syifa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai lalu dia pengsan. Sekar mendapat panggilan dari ibunya bahawa Syifa terjatuh dan kepalanya terhantuk. Syifa dimasukkan ke hospital tetapi doktor memberitahu Sekar anaknya pengsan disebabkan dia kekurangan zat. Yurika ingin membawa Syifa pulang bersamanya kerana menurutnya Sekar telah menyeksa anaknya. Yurika membawa Syifa pergi bersamanya secara paksa. Kisahnya bersambung dalam episode 87 pada keesokan hari.

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 3

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 86 pada 21 Oktober 2009


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 85 Part 5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by