Tuesday, October 27, 2009

EPISODE 90 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 27 OKTOBER 2009 PUKUL 3.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 90 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Gambar dan Biodata/Profile Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://id.wikipedia.org)

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************
Sinopsis sinetron Sekar Episode 90

Rendra ingin meninggalkan Talia tetapi Talia terus merayu agar Rendra tidak tinggalkannya. Rendra tetap dengan pendiriannya dan ingin bawa Syifa bersamanya dan berkata kepada Talia dia akan teruskan penceraiannya. Talia sedih dan terus menangis. Yurika telefon Tuti tentang hal ini dan kata Rendra tidak sedarkan diri. Yurika tidak mahu Tuti memberi kebenaran untuk Rendra dan Syifa tinggal di situ. Tuti tidak mengizinkan Rendra dan Syifa tinggal di rumah mereka lagi. Rendra rela mereka tidak ada tempat tinggal daripada harus pindah pulang semula ke rumah mertuanya. Rendra mengajak Syifa tinggal di hotel saja. Syifa kata daripada tinggal di hotel adalah lebih baik tinggal di rumah pak cik Rimba saja. syifa mohon pada ayahnya supaya mereka pergi ke rumah pak cik Rimba saja.

Rendra memberitahu Risma bahawa Talia pura-pura hamil dan Rendra kata dia benar-benar yakin dia akan ceraikan Talia. Rimba minta Risma buka pintu tetapi yang membukanya adalah Rendra. Rendra tidak suka Rimba gendong Sekar. Sekar terjaga dan tanya kenapa Rendra berada di situ. Syifa memberitahu Sekar mereka tidak lagi tinggal di rumah neneknya dan mereka akan tinggal di rumah Rimba. Rimba terkejut mendengar tentang Rendra juga akan tinggal di situ bersama mereka. Syifa meminta izin Rimba dan akhirnya Rimba terpaksa bersetuju. Rimba beri amaran kepada Rendra kalau dia berani cairkan hati Sekar, dia akan tendang Rendra keluar dari rumahnya. Kisahnya bersambung...

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 5


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 90 Part 6

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by