Tuesday, October 27, 2009

EPISODE 18 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 27 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 26 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3 - Episode 17

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me

Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************
Sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18:

Tia menolong seorang kanak-kanak daripada lemas di sungai tetapi ibu kanak-kanak tersebut marahkan anaknya dan menuduh Tia yang melemaskan budak itu. Romy tanya Encik Marten adakah dia tidak yakin dengan Arjuna? Encik Marten tanya Romy sekali lagi adakah dia masih mahu kahwin dengan Tia walaupun Tia tidak dapat disembuhkan? Dalam hati Romy dia tidak akan mengahwini Tia yang bertangan bulu. Lalu Romy menjawab pertanyaan Encik Marten dengan mengatakan bahawa Arjuna pasti akan menyembuhkan Tia.

Tia ingin tahu sampai bila dia harus menderita tetapi dia bersyukur kerana adanya Arjuna yang masih menemaninya pada waktu begini. Arjuna menyesal dan sedih kerana orang yang dicintainya harus menanggung derita ini. Malaikat memberitahu Arjuna bahawa ada khabar baik untuknya. Malam esok, bulan purnama dan Arjuna harus menciumnya pada malam esok di bawah purnama dan Tia mesti memakai gaun putih. Cuma esok saja yang boleh membantu Tia mendapatkan wujudnya kembali. Arjuna minta izin untuk mencium Tia pada malam esok. Tia bersetuju. Tia minta Arjuna hantarkan dia pulang kerana menurutnya papa dan mamanya sudah pasti akan menunggunya.

Sewaktu menghantar Tia pulang, dua orang satpam berasa kurang selesa melihat keadaan tangan Tia. Arjuna minta Tia jangan ambil hati tentang hal itu. Tia memegang tangan mamanya tetapi mamanya cuba mengelaknya. Mamanya minta Tia jangan sentuhnya dengan tangannya yang berbulu dan dia belum biasa dengan keadaan Tia dan minta Tia masak sendiri saja. Tia sedih memikirkan kejadian tadi dan khuatir adakah mamanya sudah tidak sayangkannya lagi. Tia juga imbas kembali waktu siang tadi di mana dia tidak disenangi orang kerana tangannya yang berbulu. Sementara itu, Dr Jehan berencana menculik Tia untuk kepentingan penelitiannya. Dr Jehan memberikan uang yang sangat banyak kepada Romy untuk membantu rencananya.

Arjuna terus berdoa kepada Tuhan untuk melindungi ibunya walaupun di mana ibunya berada. Warti mendapati tangannya juga mengidapi penyakit seperti orang-orang dalam kurungan bersamanya. Tia terjaga pada keesokan hari dan dia pasti semuanya akan berakhir ketika Arjuna ciumnya. Kawan-kawan Tia yang melawat mama Tia pada pagi itu terus meminta diri apabila mereka melihat Tia. Mama Tia berasa kurang gembira melihat Tia pada waktu itu kerana kawan-kawannya pergi sejurus melihat Tia. Tia sedih kerana mamanya tidak menerima keadaannya seperti sekarang. Encik Marten harap Arjuna dapat membantu Tia. Tia minta Arjuna berangkat dengan segera. Dalam kereta, Tia katakan kepada Arjuna mamanya yang telah melahirkannya turut bencikannya. Arjuna menasihati dan memujuk Tia dengan berkata selepas malam itu semuanya akan berakhir. Encik Marten beritahu Romy dia tidak mahu Arjuna dekati Tia lagi selepas dia berjaya disembuhkan. Romy mengetahui rencana Arjuna untuk mengembalikan wujud Tia. Romy minta Dr. Jehan tangkap Tia sebelum tengah malam sekiranya dia masih perlukan Tia.

Puan Marten diberitahu bahawa suaminya mendapat kemalangan. Dia memberitahu hal ini kepada Romy yang pura-pura tidak tahu tentang Encik Marten. Puan Marten melaporkan kepada polis tentang suaminya dan juga memberitahu Tia. Tia dan Arjuna terus ke tempat kejadian dan di situ Tia diperangkap dan dijerat oleh Dr. Jehan. Bersambung dalam episode seterusnya pada hari esok...

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 18 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by