Thursday, October 22, 2009

EPISODE 16 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 22 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 16

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me

Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 pada 22 Oktober 2009

Kisahnya bersambung dari Episode 15 di mana Warti diberi ubat bius disaksikan oleh Encik Marten dan Romy. Warti tidak sedarkan diri lagi selepas itu. Romy kata biarkan Warti tidur dan minta orang-orang suruhannya mengupah doktor dan jururawat palsu untuk merawat Warti. Arjuna difitnah lagi kerana ingin membunuh Warti. Romy kata mereka sengaja tidak serahkan Arjuna ke polis kerana mereka pasti Arjuna akan larikan diri lagi. Romy cuba pastikan Tia Arjuna telah bunuh Kendil. Romy kata Tia ada di situ. Tia kata bagaimana apa yang dikatakan Arjuna adalah benar iaitu dia adalah Kendil. Romy membawa Tia bersamanya untuk menyaksikan sendiri.

Romy kata dia yang menyelamatkan Warti dari dibakar hidup-hidup. Tia sekali lagi percaya Arjuna adalah seorang yang merbahaya. Arjuna telefon Tia. Arjuna kata dia ingin bertemu dengan Tia. Tia setuju menemui Arjuna pada malam itu. Tia bingung dan tidak tahu untuk mempercayai siapa lagi. Tia pura-pura gembira melihat Arjuna sewaktu temu janji. Arjuna menjelaskan kepada Tia bahawa Romy membakar rumah ibunya jadi dia bakar rumah Romy.

Tia kata Arjuna adalah pembohong dan kata Arjuna cuba membunuh Warti dan membakar rumah Warti. Tia kata dia menyesal kerana telah menyelamatkannya. Tia mahu Arjuna buktikan dia adalah Kendil. Tia terus menerus kata Arjuna adalah pembohong. Arjuna gigit Tia dan larikan diri dari situ. Tia pengsan dan apabila dia sedar, tangannya berbulu. Tia terkejut melihat tangannya jadi begitu. Encik Marten minta Tia tenang kerana dia akan bantunya. Romy diminta untuk membawa Tia ke rumah sakit. Encik Marten menelefon isterinya membertiahu Tia dimasukkan ke rumah sakit dan minta isterinya pergi ke rumah sakit saja. Doktor kata sukar untuk dipercayai apa yang menyebabkan Tia jadi begitu. Orang-orang kampung berkata tangan Tia berbulu seperti Kendil setelah digigit Arjuna. Pak Lurah juga mendengar berita itu. Adakah mereka juga akan mengusir keluarga Encik Marten seperti mereka lakukan atas Kendil? Berita mengenai Arjuna adalah Kendil tersebar di kampung dan Encik Marten risaukan hal ini. Malaikat memberitahu Arjuna bahawa cinta sejati mereka harus diuji semula. Kisahnya bersambung...

Sinopsis penghujung Episode 16:




Tia: Kenapa jadi begini.. ma..
Encik Marten: Kamu dah sedar? Kamu rehatlah.
Mama Tia: Sabarlah sayang. Kami sedang berusaha untuk kembalikan kamu pada rupa asal. Sabarlah ya!
Tia: Arjuna mana? Saya mahu berjumpa dengan Arjuna.
Encik Marten: Tia... Tia... buat apa kamu cari dia lagi? Semua ini angkara dia. Arjuna sudah menghancurkan kehidupan kamu. Lupakan Arjuna.


Tia: Ini semua bukan salah Arjuna. Tia yang paksa dia. Arjuna lakukan semua ini untuk buktikan bahawa dia adalah Kendil. Arjuna itu Kendil, pa... Arjuna.. Kendil. Saya mahu cari dia, pa..

Sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa akan bersambung dalam Episode 17 pada hari Isnin, 26 Oktober 2009 pada waktu yang sama.

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 16 Part 5

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by