DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca. -
EPISODE 4Dibintangi oleh:Ellyas Abdullah
Zahiril Adzim
Dira Abu Zahar
Tania Zainal
Nadia Aqilah
Sinopsis ringkas sambungan Lagenda: Merah Puteh Episode 4 pada 13 April 2009, Isnin:June rasa kecil hati kerana Merah tak hadir ke partinya. Dia mengejek Merah kerana telah bertemu dengan Anggun kerana sebelum ini Merah kata dia tak minat langsung untuk menemui Anggun. Merah dengan kurang senang hati dengan kata-kata June, beredar dari situ. Puteh memberitahu Iman sebenarnya Anggun ada senyum padanya. Iman meminta Puteh menceritakan semua apa yang berlaku semalam kepadanya.
Iman menasihati Puteh agar "be strong", seterusnya Puteh menjelaskan kepada Iman ibunya telah meninggal dunia dan dia tidak pernah tahu bagaimana rupa ibunya. Puteh meminta maaf kerana terlalu emotional. Sebenarnya Puteh tidak berjumpa dengan Anggun. Puteh dengan sedih memberitahu Iman sebenarnya ibu tirinya ingin menjodohkan Merah dengan Anggun dan yang merisaukan Puteh ialah Puteh rasakan yang Merah telah jatuh hati dengan Anggun. Iman minta Puteh bertanya kepada Merah siapa yang Merah sukakan. June atau Anggun.
Mastura berterima kasih kepada Mulan kerana dia dapat rasakan bahawa minuman yang diberikan Mulan berkesan dan kini Merah sudah tertarik dengan Anggun. Merah membeli sejambak bunga. Untuk Anggun? Puteh juga beli bunga. Iman kata lain kali beli bunga ros lebih baik warna merah sebab warna Puteh tidak berapa sesuai. June jumpa Ana dan Ana kata dia nampak June peluk Beebo. June menjelaskan kepadanya bahawa dia buat begitu kerana ingin mendapatkan Merah. June fikirkan Merah telah membeli bunga untuk dihadiahkan kepadanya.
Di rumah, Puteh memberitahu ikannya yang bernama K tentang bunga yang dibelinya untuk Anggun. Merah masuk ke bilik Puteh dan Merah memberitahu Puteh bunga itu adalah untuk Anggun. Puteh terdiam seketika mendapat tahu Merah juga telah membeli bunga untuk Anggun. Merah fikirkan bunga yang dibeli oleh Puteh adalah untuk K tetapi menurut Puteh, bunga ros berwarna Puteh itu adalah untuk seni lukisannya. Sebelum keluar dari bilik, Merah memberi bunga ros Merah itu kepada Puteh untuk lukisannya. Siapakah pilihan Anggun? Merah atau Puteh?
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.budiey.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment