Thursday, March 5, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 186 YANG BERSIARAN PADA 5 MAC 2009,KHAMIS DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 185


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.

Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.

Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.

Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.

Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.

Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.

Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.

Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.

Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!

Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.

Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)


Video Klip Pembukaan Tema Baru Untuk Sinetron Intan

Pusi Rado Kepada Intan

Orang di Utara bilang gunung itu indah, aku diam
Orang di Selatan bilang laut itu indah, aku diam
Orang di Timur bilang bintang itu indah, aku diam
Orang di Barat bilang permata itu indah, aku diam
Orang di Utara, Selatan, Timur, Barat diam,
Aku bilang Intan yang indah.

Sambungan sinopsis/Review Episode 186 pada 5 Mac 2009, Khamis yang bersiaran pada jam 110.00 malam di Astro Prima Saluran 105:


Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 1

Rado memberitahu mamanya memang benar dia ingin mempunyai anak tetapi dia tidak mahu "Kahwin Kontrak". Rado mengajak Intan pergi bersiar-siar, ke mana saja pun boleh. Rado menerima panggilan daripada mamanya tetapi Rado dimatikan hpnya kerana dia masih marahkan mamanya. Rado yakinkan Intan bahawa walaupun apa yang berlaku dia akan terus dan tetap menjaga Intan dan dia meminta Intan usah bersedih lagi dan inginkan dia bahagia.

Intan berkata itu adalah tangisan kebahagiaan, Rado ingin Intan sentiasa bersama-sama samada mereka mempunyai anak atau tidak. Wina bertanyakan kepada Rado kenapa handfonenya tidak diaktifkan (apakah agaknya jawapan Rado? Semuanya terjawab video Episode 186 Part 2)


Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 2

Rena yang sedang mengandung teringin makan sushi dan dia meinta Romi mendapatkannya. Rado masih marahkan mamanya. Wina menemui Rado di pejabatnya. Dia meminta Rado berbincang dengan Intan mengenai "Kahwin Kontrak" dan dia pasti Intan akan bersetuju tetapi Rado enggan berbuat demikian kerana cintanya cuma untuk Intan dan dia inginkan anak dari rahim Intan dan bukannya dari perempuan lain. Intan terdengar perbualan Wina dan kawannya. Intan bertanyakan kepada Rado adakah benar Rado dikehendaki kahwin kontrak. Intan tidak rela tentang cadangan Wina. Rado memberi kepastian kepada Intan bahawa dia adalah satu-satunya isteri yang amat dicintainya dan dia tidak akan menurut kehendak mamanya. Intan.

Rado menyesal mamanya memaksanya Kahwin Kontrak dan katanya kepada papanya bahawa Intan semakin sedih memikirkan hal itu. Wina tetap berdegil dengan cadangan Kahwin Kontrak walaupun dinasihati oleh Dr. Ardi. Dr. Ardi memberitahunya Rado cuma mahu anak yang lahirkan oleh Intan.


Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 3

Rena mengadu kepada Intan kenapa dia harus rasa mual dan mengidam. Intan berkata dia harus bersyukur kerana boleh mengandung. Intan menziarahi pusara Rangga. Wina berjumpa dengan Intan dan dia memberitahu Intan yang dia amat harapkan keturunan dalam keluarganya. Wina mohon supaya Intan setuju dengan "Kahwin Kontrak" yang telah dicadangkannya. Intan berkata dia tidak dapat memenuhi hasrat ibu mertuanya kerana dia juga adalah perempuan juga. Wina berasa marah dan menyesal kerana Intan enggan mendengar nasihatnya untuk membenarkan Rado berbuat demikian dan dia terus beredar dari restoran itu.

Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 4

Intan terkenangkan semula apa yang ibu mertua katakan kepadanya sebentar tadi di restoran dan dia terus menangis kesedihan. Intan menangis dalam pelukan Nadine. Nadine terkejut mendengar apa yang telah dicadangkan oleh Wina dan dia pergi berjumpa dengan Wina. Apabila dia berjumpa dengan Wina dia menamparnaya dan seterusnya mereka bergaduh kerana hal itu.

Nadine kesal dengan sikap Wina dan dia memberitahu Arman dan Arman turut terkejut mendengar hal itu. Nia, Rena dan Romi turut mengetahui hal itu dan mereka semua kasihankan Intan. Kasih menyalahkan dirinya lagi apabila Nia memberitahunya tentang hasrat Wina. Mereka memikirkan cara semoga Wina dapat membatalkan cadangannya itu.


Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 5

Intan menerima panggilan bahawa mamanya jatuh. Intan pergi ke hospital bersama bersama Rado dan setibanya mereka di sana, mereka mendapat tahu Wina telah menderma darahnya kepada Kasih. Intan amat berterima kasih kepada Wina dan bertanyakan kepada Wina, ibu mertuanya apa yang harus dilakukannya untuk membalas budinya.


Gambar Wina dan Intan sewaktu di hospital. Adakah Intan akan bersetuju?

Wina inginkan persetujuan daripada Intan untuk mengizinkan anaknya Rado teruskan dengan cadangannya bagaimana keluarganya boleh mendapat keturunan lagi. Adakah Intan akan menurut kehendak Wina? Kisahnya bersambung dalam episode 187 yang akan bersiaran di Astro Prima pada hari esok, waktu yang sama.


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 186 Part 1


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 186 Part 2


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 186 Part 3


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 186 Part 4


Klip video Sambungan kisah sinetron Intan Episode 186 Part 5

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 186 yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 6 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 185 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by