Friday, March 6, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 187 YANG BERSIARAN PADA 6 MAC 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 187


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 pada 6 Mac 2009 jam 11.00 malam:


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 187 Part 1

Wina mahu Intan membalas budinya dengan membenarkan anak dilahirkan dari rahim perempuan lain. Dr. Frans mendapat khabar bahawa Kasih terselamat. Intan menemani mama Kasih di hospital. Intan berasa amat berterima kasih kerana ibu mertuanya telah menolong mamanya dan telah menderma darah kepada mamanya tetapi dia tidak rela dengan kehendak Wina.

Rado bertanya kepada Intan kenapa dia menangis. Dia mengagak pasti adalah disebabkan oleh ibu mertuanya, Wina tetapi Intan menafikannya.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 187 Part 2

Part 2 - Wina bertanya kepada Intan apakah dia sudah buat keputusan. Intan berkata dia akan bersetuju untuk berbuat apa jua untuk membalas jasanya melainkan tentang "anak yang lahir dari perempuan lain "kahwin kontrak" kerana dia juga adalah seorang perempuan biasa. Wina begitu hampa dengan sikap Intan dan berkata Intan bersikap egois.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 187 Part 3

Part 3 - Rado sedih melihat keadaan mamanya yang agak serius mengikut doktor. Wina bertanyakan kepada doktor bagaimana keadaannya. Wina mengidap penyakit kanser. Wina tidak dapat menerima kenyataan dia mengidapi penyakit kanser peringkat ke-3 dan dia tidak dapat hidup lama. Menurut Rado walaupun mamanya sedang sakit tenat, itu tidak bermakna dia terpaksa mengikut kehendak mamanya untuk melahirkan anak dengan perempuan lain kerana dia tidak rela buat demikian demi cintanya kepada Intan.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 187 Part 4

Part 4 - Dr. Ardi memujuk Wina untuk makan tetapi Wina terus bersedih dan dia begitu inginkan cucu. Wina juga berkata sudah sedia maklum bahawa Intan tidak boleh mengandung lagi tetapi dia inginkan cucu jadi apa yang dapat dia lakukan untuk memenuhi hasratnya untuk menimang cucu. Intan bertanyakan keadaan ibu mertuanya. Dr. Ardi meminta Intan membeli ubat Wina kerana ubatnya sudah habis. Intan mencari ke mana Rado telah pergi. Rado dan Romi sedang berbual mengenai Rena. Dari perbualan Rado, Intan dapat meneka bahawa Rado juga begitu inginkan seorang anak.

Part 5 - Nadine hairan kenapa sudah sekian lama Intan tidak pulang ke rumahnya dan melawatnya. Nadine meminta Intan jangan dibenarkan Rado mengahwini perempuan lain untuk mendapatkan keturunan. Nadine diberitahu Intan bahawa Wina mengidap kanser. Nadine terkejut mendengar hal itu. Hampir semua orang mendapat tahu tentang penyakit Wina termasuk Kasih dan Dr. frans. Kasih melawat Wina dan memujuknya supaya terus berjuang untuk hidup kerana menurut suaminya, Dr. Frans ramai orang yang mengidap kanser berpeluang untuk sembuh.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 187 Part 5 - Part Akhir

Wina hampa dengan sikap Rado dan Intan yang tidak mahu mengikut kehendaknya dan tiba-tiba dia pengsan. Menurut doktor Wina pengsan kerana berasa tertekan. Kisahnya bersambung pada minggu depan, Isnin, 10 Mac 2009.


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 Part 1


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 Part 2


Klip video sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 Part 3


Video klip sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 Part 4


Video klip sambungan kisah sinetron Intan Episode 187 Part 5

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 188 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 10 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 186 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by