Thursday, February 26, 2009

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON INTAN EPISODE 180 YANG BERSIARAN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA 25 FEBRUARI 2009 JAM 11.00 MALAM



Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 180


Gambar-gambar Dude Harlino sebagai Aditya dalam sinetron Intan

Biodata/Profile Dude Harlino:

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.

Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.

Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.

Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.

Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.

Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.

Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.

Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.

Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!

Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.

Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)

Video klip Intan - Pembukaan Tema Baru

Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 180 bersiaran pada 25 Februari 2009 jam 11.00 malam

Kisah selanjut sinetron Intan Episode malam ini bermula dengan:

Nadine marahi Intan kerana tidak makan malam bersama. Intan menjelaskan dia terpaksa berbuat begitu kerana Dewa pengsan dan tidak sihat. Nadine kata kalau itu adalah alasannya tidak mengapa, Intan dimaafkan kerana tidak makan malam bersama. Nadine begitu berharap Intan akan menjadi isteri Dewa.

Rosa mengadu kepada kakaknya kerana Aditya nampaknya selalu cuba menghindari daripadanya. Rosa juga kata kini Aditya sudah tidak memanggilnya dengan panggilan sayang, cuma dengan panggilan "Rosa" sahaja. Dia berasa terdapat sesuatu yang tidak kena pada Aditya.

Rado mendapat tahu bahawa Intan sedang merawat Dewa yang sedang sakit oleh pihak security apabila Rado ingin menemui Intan di pejabat Dewa. Rado tiba di rumah Dewa dan tiada orang menjawab ketukan di pintu. Rado terus memasuki rumah tersebut secara diam-diam. Intan menyiapkan makanan untuk Dewa dan Intan menyuap Dewa. Rado nampak dan berasa cemburu.

Rado terkenangkan bagaimana mesra dan gembiranya ketika Intan menyuap makanan kepada Dewa yang masih sakit. Nadine menyediakan soup ayam kepada Intan pada keesokan harinya untuk diberikan kepada Dewa. Suaminya menegur Nadine kerana ayam adalah makanan yang mahal untuk diberikan kepada orang lain. Rado ingin menebuskan kesalahannya dengan membawa Intan ke rumah Dewa. Rado bertanya apakah yang Intan bawa bersamanya. Intan berkata itu adalah soup kari ayam untuk Dewa. Rado berfikir sendirian, dulu apabila dia sakit, ibu mertua Intan tidakpun memberikan makanan seperti itu kepadanya.

Rado mengambil alih untuk menyuapkan Dewa makan dan dia tidak membenarkan Intan merawatnya kerana dia cemburu. Rado menemani Intan di dapur. Intan memberitahu Rado/Aditya dia mahu masak bubur untuk Dewa. Rado ingin menolong Intan mop lantai. Dewa nampak mereka berdua di dapur dan cuma dapat berdiam diri sahaja. Apakah Dewa juga cemburu? Dewa terjumpa foto Intan yang Rado tertinggal.

Dewa membaca puisi yang tercatat di belakang foto Intan.

Pusi Rado Kepada Intan

Orang di Utara bilang gunung itu indah, aku diam
Orang di Selatan bilang laut itu indah, aku diam
Orang di Timur bilang bintang itu indah, aku diam
Orang di Barat bilang permata itu indah, aku diam
Orang di Utara, Selatan, Timur, Barat diam,
Aku bilang Intan yang indah.

Dewa terpaksa akur bahawa cinta Intan dan Rado tidak pernah pudar walaupun Rado telah hilang ingatan.


Rado hairan foto Intan berada di tangan Dewa apabila Dewa ingin memulangkan kepadanya. Rado terkenangkan kata-kata Dewa kepadanya sewaktu dia berada di rumah. Rado rasa kata-kata Dewa adalah benar dan Rado bercadang untuk menjelaskan siapa dirinya yang sebenar apabila dia menemui Intan nanti.


Gambar Dude Harlino sebagai Rado/Aditya dan Naysila Mirdad sebagai Intan dalam sinetron Intan Episode 180 di mana Rado telah membuat temujanji dengan Intan untuk pergi ke sebuah restoran kerana dia bercadang untuk berterus terang dengan dia bahawa dia sebenarnya adalah "Rado". Berjayakah Rado memberitahu Intan?

Rado membuat temujanji dengan Intan di sebuah restoran dan dia meminta Intan supaya pergi. Intan memberitahu hal ini kepada Dewa dan Dewa bertanyakan apa jawapannya. Intan berkata dia bersetuju untuk menemui Rado. Dewa memberi hadiah kepada Intan kerana telah merawatnya selama dia sakit. Dewa meminta Intan memakai gaun hadiah darinya sewaktu bertemu dengan Rado/Aditya nanti.

Rado bersiap sedia untuk menemui Intan dan sewaktu dia hendak keluar, Rosa berada di luar pintu dalam keadaan sakit. Dia dibawa ke hospital dan Rosa berada dalam keadaan tenat. Intan menunggu Rado/Aditya di restoran tetapi dia tidak muncul. Dewa juga berada di situ pada ketika itu dan melihat dari jauh. Intan kecewa dan sangkakan itu semua adalah permainan semata-mata dan dia berfikir bahawa apabila Rado melihatnya dalam keadaan sedih, Aditya pula akan ketawa dan berasa gembira. Intan hampa dan terus fikirkan Aditya hanya mahu mempermainkannya dan semua itu adalah dasar bodoh dirinya sendiri untuk mempercayai Aditya.

Dewa menghantar Intan pulang apabila Aditya memungkiri janjinya. Rado sedih dan kecewa kerana Intan sudah meninggalkan restoran itu. Dia tidak tahu caranya bagaimana untuk memberitahu hal yang sebenarnya kepada Intan bahawa dia adalah Rado. Dewa memukul Rado kerana dia tidak menghargai Intan dan mungkir janji.

Dewa memberitahu Rado/Aditya bahawa dia akan membahagiakan Intan kalau dia tidak mahu berbuat demikian. Rado tidak mahu kehilangan Intan. Rosa muncul di depannya sewaktu dia sedang memikirkan tentang Intan.


Gambar Rado kecewa kerana Intan tidak mahu mempercayainya lagi dan dia sedih kerana Intan telah salah faham tentangnya dan fikirkan bahawa dia cuma ingin mempermainkan Intan semata-mata.

Rado meminta maaf kepada Intan tetapi Intan berkata dia cuma adalah seorang playboy dan memintanya agar tidak berlakon di depannya lagi. Kisah yang semakin menarik ini berhenti di sini dan akan bersambung pada hari esok.


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 5


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 180 Part 6

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 181 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 26 Februari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 180 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

4 comments :

Anonymous said...

hai shinny..
boleh tak shinny kasik tahu,bila rado dgn intan bisa bersatu? terima kasih ya shinny muaaahhhh

sapphire blu said...

saya pun seperti niza juga kena tunggu tapi yang saya tahu mereka akan bernikah dalam episode 190.

Anonymous said...

wah bagus sekali info diberiiii terima kasihhh yaaa ada yang bilang mereka akan bersatu pd eps 182 dan nikah eps 183

betulkah?

-win-

Anonymous said...

kasihannye RADO..x sempat nak jelaskan ke INTAN..ikut-ikutan sedih aku kalau tengok rado nangisss

Online Visitors

Thank you for dropping by