Sunday, February 1, 2009

ONE YEAR HAS PASSED AND ONE IN A MILLION IS BACK ONLY ON TV8 EVERY FRIDAY AT 9.30PM - OIAM MUSIM KE-3 SETIAP HARI JUMAAT JAM 9.30 MALM HANYA DI TV8



One In A Million (Musim Ke-3) atau juga dikenali sebagai OIAM telah kembali menemui penonton lagi di TV8 setiap hari Jumaat jam 9.30 malam. Kali ini, One In A Million juga terbuka kepada mereka yang berumur 16 – 32 tahun; dan masih mengalu-alukan kedatangan artis-artis yang mahukan pengalaman dan pendedahan yang lebih mencabar di kaca televisyen!

One in a Million ialah pertandingan realiti nyanyian pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah tunai sejuta ringgit kepada juaranya. Sempena musim ketiga, Awal Ashaari dan Marion Caunter, dan Syafinaz Selamat dan Paul Moss kembali menyandang tugas masing-masing selaku pengacara dan pengadil OIAM.

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November 2008 di lima bandaraya di Malaysia.One in a Million:

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November 2008 dan 1 Disember 2008, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.

Pada kali ini ramai artis yang juga turut mencuba nasib mereka untuk pertandingan OIAM (One In A Million Musim Ke-3) dan mereka adalah:

Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3)
Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor)
Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz)
Sazrin Ainul, Mior Ahmad Zulkifli, Simon Michaels, Mohd Yusof
Siti Elizad Mohd Sharifudin, Mimie, Rehana
Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan Shafiq


(Thank you and credits to http://ms.wikipedia.org, http://www.8tv.com.my dam semua pihak untuk sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by