Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 31 Disember 2008 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Episode 149
Biodata/Profile Dude Harlino:
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
Ringkasan sinopsis Intan selepas Rado terpaksa meninggalkan Intan disebabkan dia tidak sampai hati melihat Intan yang semakin tenat akibat penyakit gagal ginjal.
Dibintangi oleh:
* Naysila Mirdad sebagai Intan * Dude Harlino sebagai Rado * Glenn Alinskie sebagai Ello * Ingka Noverita sebagai Lila * Meriam Bellina sebagai Nadine * Anwar Fuady sebagai Arman * Mathias Muchus sebagai Ardi * Ninok Wiryono sebagai Kasih * Nani Widjaya sebagai Lastri * Umar Lubis sebagai Dr. Frans * Rico Tampatty sebagai Fajar * Indah Indriana sebagai Rena * Rama Michael sebagai Romi * Manfreed sebagai Jemmy * Nunu Datau sebagai Wina * Ryan Maladi sebagai Rangga * Salma Paramitha sebagai Bintang * Alyssa Tardipa sebagai Tiara * Kevin Julio sebagai Kevin * Virgo Brody sebagai Mico * Ricardo Senzienz sebagai Bobby * Aura Crisitna Geithner sebagai Kassandra
Sinopsis sinetron Intan Episode 141 hingga 148
Kisah sinetron Intan bersambung dengan babak yang mengisahkan Rado terpaksa meninggalkan Intan kerana dia tidak rela melihat keadaan Intan yang semakin tenat akibat penyakit ginjal yang dihidapinya.
Romi memujuk Intan supaya menerima ginjalnya dan menjalankan pembedahan pemindahan ginjal dengan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Akhirnya, Intan bersetuju setelah ibu mertuanya menelefonnya. Selepas pemindahan ginjal, tibalah waktu untuk Intan bernikah dengan Romi kerana syarat untuk menerima ginjal Romi adalah bernikah dengannya atas kehendak ibu mertua Intan.
Romi sedih dan tidak sampai hati melihat keadaan Intan yang kesedihan kerana terpaksa bernikah dengannya. Romi sedar bahawa Intan tidak mencintainya dan dalam hati Intan cuma ada Rado. Demi cinta Romi terhadap Intan, dia telah meminta Intan untuk melarikan diri dengan membawa Rangga bersamanya. Intan menuruti segala yang disuruh oleh Romi dan membawa Rangga lari bersamanya.
Pada waktu yang sama, Rado berasa amat sedih dan merana kerana terlalu merindui Intan. Intan pergi ke rumah neneknya dengan harapan supaya diterima untuk tinggal bersama-sama dengannya. Makcik Intan, iaitu ibu Rena tidak bersetuju Intan tinggal bersama-sama dengan mereka dan dia melarang Intan menumpang tinggal di rumah mereka.
Nenek Intan yang begitu menyayangi Intan berasa sedih apabila Intan dihalau oleh makciknya lalu bercadang untuk mengikut Intan dengan meninggalkan rumah itu. Menurut nenek Intan lagi, dia ingin meninggalkan rumah itu kerana selama ini dia hidup dalam sengsara dan tidak pernah gembira di situ.
Setelah itu, Intan, Rangga dan neneknya telah menyewa sebuah rumah dan menetap di sana. Ketika Intan mencari kerja di luar, neneknya akan menjaga Rangga. Namun, pada suatu hari, ibu mertua Intan terserempak dengan nenek Intan dan Rangga. Mujurlah neneknya sempat mengelak daripada ibu mertua Intan. Setelah Intan mendapat tahu bahawa neneknya telah membawa Rangga keluar dari rumah, dia berasa sungguh marah dan berpesan kepadanya supaya tidak lagi membawa Rangga keluar kerana semua orang sedang mencari mereka. Akhhirnya, nenek Intan menjadi sedih dan pada suatu hari, dia tertidur. Hakikatnya, dia telah meninggal dunia dalam tidurnya.
Romi meminta Rado untuk mencari Intan kembali dan menurutnya dialah yang meminta Intan melarikan diri pada hari pernikahan. Tidak lama selepas itu, akhirnya Rado bersatu semula dengan Intan dan ibu mertua Intan juga merestui hubungan Rado dan Intan dan dia tidak menentang lagi perhubungan mereka.
Ayah Rado terus mencari Rado di tempat kemalangan dan membawanya ke hospital di mana dia bekerja untuk dirawat. Di hospital yang lain, Rangga masih dalam keadaan kritikal dan koma dan menurut doktor dia mempunyai peluang yang tipis untuk hidup.
Semua orang berasa sedih dan amat cemas mendengar berita itu terutama sekali Intan dan Nadine, nenek Rangga. Nenek Rangga mengatakan semua ini berlaku berpunca dari Rado dan dia tetap menyalahkan Rado. Dengan kecewa dan perasaan marah dia berkata Rado adalah seorang pengecut dan kerana telah menghilangkan diri sementara Rangga masih dalam koma dan kritikal.
Intan cuba menghubungi Rado dengan menelefon telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya dan dia berasa amat sedih kerna Rado tidak berada disampingnya dan tidak tahu di mana Rado menghilangkan diri.
Rado yang masih berada di hospital di mana ayahnya bekerja terus menyalahkan dirinya kerana berlakunya kemalangan tersebut dan menyebabkan Rangga tercedera (shinystar terfikir sendirian apakah yang akan berlaku kepada Rado dan bagaimana perasaannya sekiranya dia tahu bahawa Rangga masih berada dalam keadaan koma).
Intan sedih berterusan dan khuatirRangga akan meninggalkannya seperti Ello dan neneknya. Intan tidak pasti samada dia akan dapat meghadapi semua ini. Ayah Rado cuba menghubungi Wina dan Wina diberitahu bahawa Rado sedang dirawat di hospital tempat dia bekerja. Wina, mama Rado seperti tidak percaya dan sedih apabila mendapat tahu tentang keadaan Rado yang akan menjadi buta.
Apabila Wina tiba di hospital, ayah Rado tidak membenarkannya memberitahu Rado keadaan yang sebenar berlaku kepada Rangga. Ayah Rado juga meminta Wina untuk merahsiakan di mana Rado berada daripada Intan kerana sekiranya Intan tahu di mana Rado berada sudah tentu Intan akan memberitahu keadaan Rangga kepada Rado. Wina berasa bersalah kerana terpaksa membohongi Intan tentang Rado.
Rado bertanya kepada doktor kenapa dia masih tidak dapat melihat walaupun pembalut di matanya telah dibuka. Rado diberitahu doktor bahawa kornea matanya telah rosak akibat kemalangan tersebut. Rado berasa sukar untuk menerima dan menghadapi kenyataan bahawa dia telah buta. Kisah sinetron Intan yang semakin mencemaskan ini akan bersambung dalam Episode 150 esok di mana Rangga akan meninggal dunia. Jangan lupa untuk terus bersama shiny star dalam kemas kini yang akan datang..
Untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu, jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sambungan sinetron Intan dalam Episode 150 pada hari esok di Astro Prima jam 11.00 malam bersama shiny star.
Kisah sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 150 yang akan disiarkan pada hari Selasa, 13 Januari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemaskini daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
1 comments :
i love rado in INTAN!
Post a Comment