Tuesday, January 13, 2009

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON INTAN EPISODE 148 DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA 12 JANUARI 2009 JAM 11.00 MALAM SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT



Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 31 Disember 2008 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Episode 148

Biodata/Profile Dude Harlino:

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Ringkasan sinopsis Intan selepas Rado terpaksa meninggalkan Intan disebabkan dia tidak sampai hati melihat Intan yang semakin tenat akibat penyakit gagal ginjal.

Dibintangi oleh:

* Naysila Mirdad sebagai Intan
* Dude Harlino sebagai Rado
* Glenn Alinskie sebagai Ello
* Ingka Noverita sebagai Lila
* Meriam Bellina sebagai Nadine
* Anwar Fuady sebagai Arman
* Mathias Muchus sebagai Ardi
* Ninok Wiryono sebagai Kasih
* Nani Widjaya sebagai Lastri
* Umar Lubis sebagai Dr. Frans
* Rico Tampatty sebagai Fajar
* Indah Indriana sebagai Rena
* Rama Michael sebagai Romi
* Manfreed sebagai Jemmy
* Nunu Datau sebagai Wina
* Ryan Maladi sebagai Rangga
* Salma Paramitha sebagai Bintang
* Alyssa Tardipa sebagai Tiara
* Kevin Julio sebagai Kevin
* Virgo Brody sebagai Mico
* Ricardo Senzienz sebagai Bobby
* Aura Crisitna Geithner sebagai Kassandra


Sinopsis sinetron Intan selepas Episode 140

Kisah sinetron Intan bersambung dengan babak yang mengisahkan Rado terpaksa meninggalkan Intan kerana dia tidak rela melihat keadaan Intan yang semakin tenat akibat penyakit ginjal yang dihidapinya.

Romi memujuk Intan supaya menerima ginjalnya dan menjalankan pembedahan pemindahan ginjal dengan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Akhirnya, Intan bersetuju setelah ibu mertuanya menelefonnya. Selepas pemindahan ginjal, tibalah waktu untuk Intan bernikah dengan Romi kerana syarat untuk menerima ginjal Romi adalah bernikah dengannya atas kehendak ibu mertua Intan.

Romi sedih dan tidak sampai hati melihat keadaan Intan yang kesedihan kerana terpaksa bernikah dengannya. Romi sedar bahawa Intan tidak mencintainya dan dalam hati Intan cuma ada Rado. Demi cinta Romi terhadap Intan, dia telah meminta Intan untuk melarikan diri dengan membawa Rangga bersamanya. Intan menuruti segala yang disuruh oleh Romi dan membawa Rangga lari bersamanya.

Pada waktu yang sama, Rado berasa amat sedih dan merana kerana terlalu merindui Intan. Intan pergi ke rumah neneknya dengan harapan supaya diterima untuk tinggal bersama-sama dengannya. Makcik Intan, iaitu ibu Rena tidak bersetuju Intan tinggal bersama-sama dengan mereka dan dia melarang Intan menumpang tinggal di rumah mereka.

Nenek Intan yang begitu menyayangi Intan berasa sedih apabila Intan dihalau oleh makciknya lalu bercadang untuk mengikut Intan dengan meninggalkan rumah itu. Menurut nenek Intan lagi, dia ingin meninggalkan rumah itu kerana selama ini dia hidup dalam sengsara dan tidak pernah gembira di situ.

Setelah itu, Intan, Rangga dan neneknya telah menyewa sebuah rumah dan menetap di sana. Ketika Intan mencari kerja di luar, neneknya akan menjaga Rangga. Namun, pada suatu hari, ibu mertua Intan terserempak dengan nenek Intan dan Rangga. Mujurlah neneknya sempat mengelak daripada ibu mertua Intan. Setelah Intan mendapat tahu bahawa neneknya telah membawa Rangga keluar dari rumah, dia berasa sungguh marah dan berpesan kepadanya supaya tidak lagi membawa Rangga keluar kerana semua orang sedang mencari mereka.
Akhhirnya, nenek Intan menjadi sedih dan pada suatu hari, dia tertidur. Hakikatnya, dia telah meninggal dunia dalam tidurnya.

Romi meminta Rado untuk mencari Intan kembali dan menurutnya dialah yang meminta Intan melarikan diri pada hari pernikahan. Tidak lama selepas itu, akhirnya Rado bersatu semula dengan Intan dan ibu mertua Intan juga merestui hubungan Rado dan Intan dan dia tidak menentang lagi perhubungan mereka.

Riview/sinopsis terbaru sinetron Intan:


Kisah sinetron Intan dalam Episode 148 Part 1 yang telah disiarkan pada 12 Januari 2009 jam 11.00 malam

Sambungan sinetron Intan Episode 148 Part 2

Sambungan sinetron Intan Episode 148 Part 3

Sambungan sinetron Intan Episode 148 Part 4

Sambungan sinetron Intan Episode 148 Part 5

Sambungan sinetron Intan Episode 148 Part 6

Rado dan Intan bersatu semula dan mereka hampir bernikah. Tetapi Rado dan Rangga terlibat dalam kemalangan. Rangga meninggal dunia sementara Rado menjadi buta.Ibu mertua Intan menuduh Rado lah punca kematian cucu kesangannya, Rangga. sehingga menyebabkan Rado sentiasa menyalahkan dirinya sebab tidak layak untuk menjadi seorang papa yang baik kepada Rangga.

Lebih menyedihkan lagi apabila setelah Rado buta, dia terlibat dalam suatu kebakaran pula dan ini menyebabkan Rado hilang ingatan(amnesia). Kisahnya bersambung...

Jangan lupa untuk menonton kisah selanjut sinetron Intan bersama-sama dengan shinystar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11 malam di Astro Prima Saluran 105 dan siaran ulangannya adalah pada hari keesokannya, pada jam 4.00 petang.

Sambungan terkini sinopsis sinetron Intan Episode 148 yang telah disiarkan pada 8 Disember 2008 jam 11.00 malam di Astro Prima:

Sinopsis sinetron Intan Episode 148

Kisah sinetron Intan bermula dengan Intan membawa Rangga untuk meminta ibu mertuanya, Nadine supaya dia dapat menjaga Rangga sementara dia pergi mencari kerja. Apabila ibu mertua Intan membuka pintu depan rumah, dia ternampak Intan bersama Rangga. Dia begitu gembira melihat mereka berdua hingga berlinangan airmata dan meminta maaf kepada Intan.

Intan begitu gembira kerana dia diterima oleh ibu mertuanya kembali. Rado menerima panggilan daripada Romi bahawa mereka telah menemui Intan dan kini Intan telah tinggal bersama-sama mereka. Rado memberitahu mamanya mengenai Intan dan mama Rado juga turut gembira mendengar berita mengenai Intan. Ibu mertua dan mama Rado juga merestui perhubungan Intan dengan Rado.

Rado dan Intan bersatu semula dan mereka hampir bernikah. Rado dan Rangga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Rado membawa keluar Rangga dari keretanya dan meminta pertolongan seseorang yang lalu di situ untuk membawa Rangga ke hospital sementara Rado masih berada di tempat mereka terlibat dengan kemalangan. Rado menelefon Intan dan memberitahunya tentang apa yang telah berlaku. Intan terkejut dan berasa cemas mendengar berita tersebut.


Penghujung Episode 148 sinetron Intan yang telah disiarkan pada 12 Januari 2009 jam 11.00 malam

Untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu, jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sambungan sinetron Intan dalam Episode 149 pada hari esok di Astro Prima jam 11.00 malam bersama shiny star.

Kisah sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 149 yang akan disiarkan pada hari Selasa, 13 Januari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemaskini daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by