Friday, January 16, 2009

ANUGERAH JUARA LAGU KE-23 DISIARKAN SECARA LANGSUNG PADA 18 JANUARI 2009, AHAD DI TV3 PADA JAM 9.00 MALAM


Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dikenali Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

Jangan lupa untuk mengikuti siaran secara langsung (AJL) Anugerah Juara Lagu Ke-23 di TV3 pada 18 Januari 2009, Ahad jam 9.00 malam

Acara istimewa "Karpet Merah" akan bermula dari jam 7.30 malam dan siaran secara langsung ini juga dapat diikuti melalui lawan web www.tv3.com.my


Tahun ini, AJL akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Malam yang dinanti-nantikan ini juga terdapat persembahan dari M Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’.

One Nation Emcees memulakan persembahan persembahan meeka sewaktu pembukaan Juara Anugerah Lagu Ke-23.

Sebanyak 14 buah lagu dipertandingkan. Lagu-lagu yang dicalonkan adalah seperti berikut:

1. Bukan Disini – Sofaz
2. Lagu Kita – Aizat
3. Dusta Berkalang – Aiman
4. Cuba – Faizal Tahir
5. Yang Pernah – Estranged
6. Bila Nak Saksi – Spider
7. Doa Dalam Lagu – Zahid & Heliza
8. Sampai Syurga – Faizal Tahir
9. Hanya Di Mercu – Ayu
10. Aku Stacy – Stacy
11. Dingin – Ziana Zain
12. Kalis Rindu – Elyana
13. Persoalan Cinta – Farawahida
14. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain

Pemenang akan bakal membawa pulang:

Juara Lagu ke 23 – trofi dan wang tunai RM25,000

Juara Etnik Kreatif – trofi dan wang tunai RM12,000

Juara Balada – trofi dan wang tunai RM12,000

Juara Pop Rock – trofi dan wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000

Vokal Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000

Sempena Anugerah Juara Lagu Ke-23, siaran radio HotFM akan mengadakan Nyanyian dari AJL pada jam 4.30 petang di tempat lokasi: Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penyertaan ini dibuka kepada orang ramai dan mereka hanya perlu menyanyikan lagu-lagu yang berjaya dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu dan sesiapa yang bertuah akan memenangi hadiah wang tunai bernilai sebanyak:
RM1,000, RM500 dan RM300.

Selain itu, pihak HotFM juga memberi 10 tiket Khas (VIP) untuk dimenangi bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang dinanti-nantikan orang ramai. Terus bersama shiny star untuk kemas kini yang akan datang.

Juara lagu pada tahun-tahun yang lalu:

Tahun: 1986:

Tajuk: Sekadar di Pinggiran
Artis: Francesca Peter
Gubahan: Manan Ngah
Lirik: Lukhman S.

Tahun: 1987:

Tajuk: Menaruh Harapan
Artis: Zaiton Sameon
Gubahan: A. Ali
Lirik: Habsah Hassan

Tahun: 1988:

Tajuk: Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu
Artis: Ramlah Ram
Gubahan: Ahmad Nawab
Lirik: Wielid

Tahun: 1989:

Tajuk: Isabella
Artis: Kumpulan Search
Gubahan: Kumpulan Search
Lirik: Bob Lokman

Tahun: 1990:

Tajuk: Janji Manismu
Artis: Aishah
Gubahan: Adam Ahmad
Lirik: Wan Aishah

Tahun 1991:

Tajuk: Takdir dan Waktu
Artis: Kumpulan Mega
Gubahan: Rahim Othman
Lirik: Juwie

Tahun 1992:

Tajuk: Pada Syurga di Wajahmu
Artis: Nash
Gubahan: Fauzi Marzuki
Lirik: Bob Lokman

Tahun 1993:

Tajuk: Teratai Layu di Tasik Madu
Artis: Fauziah Latiff
Gubahan: Adam Ahmad
Lirik: S. Amin Shahab

Tahun 1994:

Tajuk: Tanya Sama Itu Hud-hud
Artis: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Lirik: M. Nasir

Tahun 1995:

Tajuk: Cinta Beralih Arah
Artis: Aishah
Gubahan: Jari
Lirik: Habsah Hassan

Tahun 1996:

Tajuk: Jerat Percintaan
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hani M. J.

Tahun 1997:

Tajuk: Ghazal Untuk Rabiah
Artis: M. Nasir & Jamal Abdillah
Gubahan: M. Nasir
Lirik: S. Amin Shahab

Tahun 1998:

Tajuk: Cindai
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Pak Ngah
Lirik: Hairul Anuar Harun

Tahun 1999:

Tajuk: Andalusia
Artis: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Lirik: Loloq

Tahun 2000:

Tajuk: Balqis
Artis: Siti Nurhaliza
Gubahan: Pak Ngah
Lirik: Hairul Anuar Harun

Tahun 2001:

Tajuk: Mimpi Laila
Artis: Yassin
Gubahan: Yassin
Lirik: Yassin

Tahun 2002:

Tajuk: Keliru
Artis: Nurul & Ajai
Gubahan: Aidit Alfian
Lirik: Aidit Alfian

Tahun 2003:

Tajuk: Bunga-bunga Cinta
Artis: Misha Omar
Gubahan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Adnan Abu Hassan

Tahun 2004:

Tajuk: Rela Kupujuk
Artis: Kumpulan Spider
Gubahan: Tam
Lirik: Keon

Tahun 2005:

Tajuk: Gemilang
Artis: Jaclyn Victor
Gubahan: Aubrey Suwito
Lirik: Asmin Mudin

Tahun 2006:

Tajuk: Terlalu Istimewa
Artis: Adibah Noor
Gubahan: Azlan Abu Hassan
Lirik: Adibah Noor

Tahun 2007:

Tajuk: Itu Kamu
Artis: Estranged
Gubahan: Estranged
Lirik: Richael Lawrence

Kategori Khas:

Persembahan Terbaik

* 1986: Allleycats (Sampaikan Salam Cintaku)
* 1987: Sudirman Haji Arshad (Merisik Khabar)
* 1988: Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu)
* 1989: Kumpulan Search (Isabella)
* 1990: Kumpulan Wings (Sejati)
* 1991: Shima (Setelah Aku Kau Miliki)
* 1992: Tidak dipertandingkan
* 1993: Fauziah Latiff (Teratai Layu di Tasik Madu)
* 1994: M.Nasir (Tanya Sama Itu Hud-hud)
* 1995: Aishah (Cinta Beralih Arah)
* 1996: Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan)
* 1997: Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu)
* 1998: Noraniza Idris (Dikir Puteri)
* 1999: Noraniza Idris (Dondang Dendang)
* 2000: Noraniza Idris (Ngajat Tampi)
* 2001: Siti Nurhaliza (Ya Maulai) 30% SMS / 70 % juri
* 2002: Siti Nurhaliza (Nirmala)
* 2003: Siti Nurhaliza (Ku Milikmu)
* 2004: Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
* 2005: Mawi (Aduh Saliha) 50% juri / 50% SMS
* 2006: Hazami (Mungkir Bahagia)
* 2007: Mawi (Angan Dan Sedar) 50% juri / 50% SMS

Lirik Terbaik

* 1986: Sekadar di Pinggiran (Lukhman S.)
* 1987: Menaruh Harapan (Habsah Hassan)
* 1988: Cukuplah Sekali (Habsah Hassan)
* 1989: Isabella (Bob Lokman)
* 1990: Suci Dalam Debu (S. Amin Shahab)
* 1991: Tiara (M. Nasir)
* 1992: Pada Syurga Di Wajahmu (S. Amin Shahab)

Mulai tahun 1993, kategori ini tidak dipertandingkan secara berasingan tetapi dikira sekali dalam penciptaan sebuah lagu.

Vokal Terbaik

Kategori ini mula dipertandingkan pada tahun 2002 iaitu pada Anugerah Juara Lagu ke-17

Tahun 2002: Liza Hanim - "Gelisah Mimpi"

Tahun 2003: Misha Omar - "Bunga-bunga Cinta"

Tahun 2004: Misha Omar - "Pulangkan"

Tahun 2005: Hazami - "Kata"

Tahun 2006: Adibah Noor - "Terlalu Istimewa"

Tahun 2007: Jac dan Lah Ahmad - "Ceritera Cinta"


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv3.com.my, http://www.gua.com.my, http://ms.wikipedia.org dan semua pihak untuk sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by