
Berita terbaru Detik Sehati Berdansa:
Masih teringat lagi sewaktu bermulanya Akademi Fantasia di mana demamnya bermula sebelum setiap konsert mingguan. Kini tiba pula giliran Sehati Berdansa Musim Ke-2. Sapphire Blu tidak sabar menanti konsert pertama yang akan diadakan malam Sabut nanti. Degupan jantung telah mula dirasai. Pasangan manakah agaknya yang akan tersingkir nanti dan pasangan mana pula yang akan terus menuju ke peringkat seterusnya.
Khai Tiba-Tiba Diserang Sakit Belakang
23 Oktober 2008 - Konsert pertama belum lagi bermula dan pasangan dari Akademi Fantasia Musim Pertama, Khai dan Rosma terpaksa menghadapi situasi untuk berjaga-jaga apabila Khai tiba-tiba
mengalami sakit belakang setiap kali selesai latihan menari.
Berita mengenai sakit belakang yang dialami oleh Khai disahkan pengurus peribadi pasangan ini, Mohd Hafizi Mohamed Rihat atau Fizi yang sentiasa memerhatikan sesi latihan mereka.
"Baru masuk hari ke-2 berlatih, Khai tiba-tiba mengadu sakit belakang yang amat teruk. Namun, selepas saya tolong mengurutnya sakit itu hilang sedikit. Sebab itulah kami tidak membawanya ke hospital.
"Tapi... saya pelik sebab tatkala Khai menari sakit itu tidak menyerangnya. Setiap kali Khai tarik nafas, mesti dia rasa sakit. Apapun, semua ini berlaku mungkin atas sebab Khai yang sudah lama tidak menari. Setahu saya, kali terakhir dia menari waktu dia menyertai AF," menurut Fizi lagi.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada www.murai.com.my untuk maklumat mengenai pasangan Khai & Rosma)
Detik Sehati Berdansa 10 pasangan - Apakah tugasan mreka untuk minggu pertama ini?

Sepuluh selebriti bersama pasangan masing-masing akan menonjolkan bakat terpendam mereka untuk menari. Mereka 20 individu yang datang daripada latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Namun, hanya satu pasangan selebriti sahaja yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa Musim Kedua.
Detik Sehati Berdansa pada 20 Oktober 2008 - Apakah tugasan 10 pasangan Sehati Berdansa pada minggu ini?
DETIK SEHATI BERDANSA PADA 21 OKTOBER 2008
DETIK SEHATI BERDANSA PADA 22 OKTOBER 2008
DETIK SEHATI BERDANSA PADA 23 OKTOBER 2008
DI SEBALIK SEHATI BERDANSA BERSAMA KHAI & ROSMA

Pasangan Khai

Pasangan Ani

Pasangan Lisda

Pasangan Amyza

Pasangan Shah

Pasangan Sasha

Pasangan Mazin

Pasangan Rina

Pasangan Ashed

Pasangan Jamal
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my, http://www.murai.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment