Tuesday, July 22, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-31 YANG DISIARKAN PADA 22 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-31 YANG DISIARKAN PADA 22 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan



Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-4


video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian ke-5 (2.49 minit sebelum berakhirnya episod ke-31)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 bahagian 1 - 5)

Episod 31

Rakan-rakan di sekolah menanya Rafli kenapa dia berjanji untuk keluar bersama Adel setelah apa yang Adel telah lakukan terhadap Tatia. Rafli menjelaskan bahawa dia cuma mencintai Tatia seorang sahaja dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya.

Rafli menceritakan bagaimana maminya, Luci bersungguh -sungguh inginkan Rafli mengahwini Adel tetapi ditolak oleh Rafli. Apabila Rafli enggan menurui hasrat maminya, Luci minum racun dengan cubaan untuk membunuh diri.

Walau bagaimanapun, pembantu rumah mereka pecah tembelang Luci dengan memberitahu mereka bahawa racun yang disangkakan mereka adalah air sirap sahaja. Luci terus mengugut/mengancam akan betul-betul membunuh diri sekiranya Rafli masih degil dan enggan menurut kehendaknya. Oleh itu Rafli tiada pilihan lain.

Vivian dan Nico risau Adel akan dipergunakan Rona dan bayu dan mereka bercadang untuk memindahkan kamarnya ke bawah bersama mereka. Oleh sebab Taufan mencintai Tatia dia berjanji tidak akan minum arak lagi dan dimintanya salah seorang daripada pembantu mereka menanam semua botol arak di halaman rumah.

Bayu yang bersikap kejam mendera anaknya, Timo dengan mamatahkan tangannya menggunakan "motar" batu lesung dan membutakan matanya dengan serbuk cili. Bukan sekadar itu sahaja, Rona juga mengambil air panas dan menuangkannya ke dua belah mata Timo yang masih kesakitan. Ini memudaratkan mata Timo.(kasihan Timo didera begitu)Timo melaung kesakitan.

Vivian dan Nico tidak terdaya untuk membuat apa-apa kerana menurut Bayu dan Rona mereka bukan lagi pembantu mereka sewaktu kunci tingkat atas kediaman mereka diserahkan kepada mereka.





Edo terserempak dan terlanggar Tatia tetapi Tatia yang telah hilang ingatan tidak mengenalinya. Edo kelihatan marah dan sudah tentu dia akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap Tatia lagi.

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 akan bersambung pada hari esok, 23 Julai, 2008, Rabu. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang pasti akan lebih mencerikan petang anda.


Gambar pelakon sinetron Anakku Bukan Anakku

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by