Tuesday, July 22, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-32 YANG DISIARKAN PADA 23 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-32 YANG DISIARKAN PADA 23 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian ke-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 32 bahagian pertama hingga ke-4)

Episod 32

Edo bertembung dengan Tatia pada episod yang lalu. Dia tidak percaya bahawa Tatia masih lagi hidup. Edo tertanya-tanya tentang sebab Tatia tidak pulang ke rumahnya walaupun masih hidup. Taufan dan Tatia makan di sebuah restoran dan Taufan berkata bahawa dia tidak pernah berasa begitu bahagia. Taufan termenung seketika kerana bimbang Tatia akan dirampas oleh orang lain pada suatu hari nanti kerana dia begitu cantik sekali. Seorang pemain biola di restoran tersebut menyalahfahamkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri, maka Tatia berkata bahawa dia tidak akan menyesal jika Taufan menjadi suaminya.

Rafli menghantar Adel pulang ke rumah dan mencium pipi Adel (hanya kerana diminta oleh Adel). Ternyata Rafli melakukannya dengan langsung tidak rela. Sewaktu Adel tiba di hadapan pintu rumahnya, kedengaran bunyi muzik yang amat kuat yang dipasang oleh Bayu dan Rona.Nico berasa sangat marah sehingga ingin memarahi mereka tetapi Adel menawarkan diri untuk melakukannya. Sebenarnya, mereka memasang muzik dengan begitu kuat hanya untuk mendera Timo sehingga mukanya melecur dengan amat parah. Bayu menjelaskan kepada Adel tentang apa yang sedang berlaku. Vivian terlihat dari jauh cara Bayu dan Adel bercakap den berasa amat hairan tentang hubungan mereka. Bayu dan Rona terus mendera Timo yang menangis kesakitan. Bayu menyapu garam pada muka Timo untuk memburukkan lagi lukanya.

Kembali ke tempat di mana Tatia dan Taufan sedang makan, Edo yang tidak percaya bahawa Tatia masih hidup mengikuti Tatia sewaktu dia hendak ke tandas. Edo menunggu Tatia di luar tandas dan berpura-pura untuk mengemop lantai. Apabila Tatia ingin lalu, dia tidak membenarkannya. Mujur Taufan muncul tetapi dia juga ingin ke tandas lalu meninggalkan Tatia di luar. Sementara itu, Edo memberitahu Tatia bahawa dia tahu Tatia bukannya bernama Nur. Selepas Taufan keluar, mereka meninggalkan tempat itu. Tatia berasa amat takut dan Taufan berjanji untuk melindunginya.

Luci meminta suaminya untuk mendapatkan telefon untuknya kerana ingin menelefon Nico. Suaminya enggan berbuat demikian, malah membuat Luci tersungkur. Vivian memberitahu Nico bahawa Adel membelai-belai Bayu seperti ayah kandungnya. Mereka berasa amat hairan dan pelik. Luci menelefon Nico untuk memberitahu tentang hubungan Adel dan Rafli serta cuba meminta wang daripada Nico untuk membuka syarikat Rafli. Luci mengajak Nico untuk keluar untuk berbincang tentang hal tersebut dan meminta wang cek sebanyak 10juta rupiah. Nico terperanjat apabila mendengarnya. Vivian berasa amat marah setelah mengetahuinya.

Adel tiba-tiba muncul dan menyuruh Nico untuk menurut kehendak Luci. Apabila Tatia dan Taufan tiba di rumah mereka, Tatia risau dan takut Edo akan mengikutinya pulang ke rumah. Taufan cuba meyakinkan Tatia bahawa walau roh Edo pun tidak akan ke rumah mereka.

Pada pengakhir episod ini, syaitan itu muncul dan seterusnya Edo keluar dari belakang "jeep" Taufan. Apakah yang akan berlaku setelah Edo berjaya mengetahui tempat tinggal Tatia?



Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 33 akan bersambung pada hari esok, 24 Julai, 2008, Khamis. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang pasti akan lebih menceriakan petang anda.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by