Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Gerak tari yang telah dipersembahkan oleh kesemua pasangan selebriti Sehati Berdansa sebentar tadi dari jam 9.00 malam hingga 10.00 malam benar-benar di luar dugaan. Kehangatan studio malam ini masih lagi terasa kesan daripada kelincahan dan kerancakkan kesemua pasangan selebriti menyusun gerak tari mereka dalam Malam Sehati Berdansa yang baru selesai disiarkan di Astro Ria Saluran 104.
Secara keseluruhannya gerak tari yang telah dipersembahkan oleh kesemua pasangan selebriti ini nyatanya amat menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Walaubagaimanapun, pasangan Lisda & Fauzi sekali lagi menarik hati juri apabila mendapat peratusan markah tertinggi daripada juri profesional.
Malam ini mencipta sejarah apabila pasangan Khai & Rosma mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 99 markah bagi persembahan kedua mereka menerusi Linda Jasmin. Apa yang istimewa, markah tersebut bukan sahaja markah tertinggi pada malam ini, sebaliknya merupakan markah tertinggi yang pernah diberikan sepanjang program Sehati Berdansa musim pertama dan kedua disiarkan. Walaubagaimanapun mereka hanya mendapat peratusan markah kedua tertinggi daripada juri profesional.
Berikut adalah kedudukan pasangan selebriti Sehati Berdansa malam ini mengikut markah yang telah diberikan oleh juri-juri profesional.
Berdasarkan gerak tari yang telah dipersembahkan malam ini, tidak dapat dinafikan program Sehati Berdansa musim kedua ini telah berjaya melahirkan ramai penari profesional dan seterusnya menyukarkan proses untuk memilih juara Sehati Berdansa musim kedua.
Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat, pertandingan mesti berakhir dengan seorang pemenang. Juri sudah pun menjalankan kewajipan mereka, sekarang tanggungjawab penonton pula untuk mengangkat selebriti pilihan mereka sebagai juara.
Namun demi mencari seorang juara pastinya ada yang menangis hiba akibat kekalahan mereka. Minggu ini penyingkiran satu pasangan selebriti sememangnya sesuatu yang pasti. Jadi adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyelamatkan mereka.
Sila klik pada tajuk setiap tarian untuk tontonan video klip tarian mereka.
0 comments :
Post a Comment