Sunday, November 2, 2008

PASANGAN SHAH DAN NORAINI TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA 2 OKTOBER 2008


Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa:

Lapan pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Shah & Noraini yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang baru selesai ditayangkan sebentar tadi pada 2 November 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.


Pasangan Shah & Noraini

Pasangan Shahril Arsat dan Noraini Morat diumumkan sebagai pasangan yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan di Astro Ria Saluran 104 di penghujung rancangan sebentar tadi.

Sepertimana Sehati Berdansa musim pertama, Azman Adnan dan Az juga merupakan pasangan kedua yang telah tersingkir. Mereka tidak akan bersama-sama dengan lapan pasangan Sehati Berdansa musim kedua mulai esok dalam Detik Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada jam 9.00 hingga 9.05 malam.

Pasangan Shah dan Noraini mewakili Yayasan Jantung Malaysia berjaya mengumpulkan cek berjumlah sebanyak RM2000 kepada wakil badan amal tersebut.

Mulai hari esok dalam Detik Sehati Berdansa cuma tinggal lapan pasangan sahaja yang akan meneruskan perjuangan mereka. Jangan lupa untuk terus menonton rancangan yang pasti mencerikan hari-hari anda ini setiap hari Isnin hingga Ahad yang disiarkan di Astro Ria Saluran 104 pada jam 9.00 malam setiap hari.

Untuk mengikuti Debaran Sehati Berdansa pada 2 November 2008 sila klik di bawah ini:

Debaran Sehati Berdansa Part 1

Debaran Sehati Berdansa Part 2

Debaran Sehati Berdansa Part 3

Debaran Sehati Berdansa Part 4


Pasangan Khai


Pasangan Amyza


Pasangan Lisda


Pasangan Mazin


Pasangan Ani


Pasangan Jamal


Pasangan Rina


Pasangan Sasha


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria/www.astro.com.my, http://mistakeninsanity.blogspot.com dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by