
Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa:
Debaran Sehati Berdansa bahagian pertama
Debaran Sehati Berdansa bahagian kedua
Debaran Sehati Berdansa bahagian ketiga - Pasangan Ani dan Zairi tersingkir

Enam pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Ani dan Zairi yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang pada 15 November 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.
Dalam episod Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, pasangan Ani Mayuni dan Zairi telah meninggalkan pentas Sehati Berdansa musim kedua apabila menjadi pasangan keempat yang tersingkir.
Pasangan yang dipimpin oleh koreografer Akmal ini telah menunjukkan peningkatan yang jelas dari minggu ke minggu. Walaupun gerak tari mereka mampu menarik perhatian juri profesional, namun jumlah undian sms tidak memihak kepada mereka untuk beraksi di minggu-minggu seterusnya.
Mereka yang mewakili Majlis Kanser Nasional turut menyampaikan cek berjumlah RM4000 kepada wakil badan amal tersebut.
Selepas penyingkiran yang dilakukan sebentar tadi, kini hanya tinggal enam pasangan yang kekal dalam Sehati Berdansa dan meneruskan cabaran Sehati Berdansa di minggu kelima.
Jalan lupa untuk menonton Sehati Berdansa minggu keliama.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://astro.com.my/sehatiberdansa)

Pasangan Khai

Pasangan Amyza

Pasangan Lisda

Pasangan Mazin

Pasangan Rina

Pasangan Sasha
Kini cuma tingga 6 pasangan yang akan kekal dalam minggu kelima. Untuk mengetahui apakah tugasan baru mereka dalam Malam Sehati Berdansa yang akan disiarkan pada 17 November 2008, jangan lupa untuk terus mengikuti Detik Sehati Berdansa bersama shinystar pada malam esok, 17 November 2008. Sekian, daripada shinystar. Selamat malam.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria/www.astro.com.my, http://mistakeninsanity.blogspot.com dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment