Thursday, October 23, 2008

DRAMARIA SELASA: SOFEA ZAHRA MULA BERSIARAN DI ASTRO RIA PADA 21 OKTOBER 2008 PADA JAM 6:00 PETANG DAN SIARAN ULANGAN JAM 9:00 MALAM - EPISOD 1 - 2


Kisah ketamakan keluarga tiri melalui slot DramaRia Selasa Sofea ZAHRA sebuah drama bersiri yang mengadungi 13 episod kesemuanya pasti menggamit perhatian penonton mula disiarkan di Astro Ria Saluran 104 setiap hari Selasa pada jam 6.00 petang dan siaran ulangan pada 9.00 malam selama setengah jam. Episod 1 hingga 2

Dibintangi oleh pelakon-pelakon baru dan lama:

Sari Yanti
Dya Khalid
Tasha Aziz
Farish Aziz
Iqbal Mazlan
Amar Ibrahim
Ridhwan Hashim
Wan Nor Azlin.


Sinopsis:

DramaRia Selasa: Sofea Zahra sebuah drama bersiri tentang Sofea yang terpaksa bergantung kasih terhadap ibu tirinya iaitu Datin Qistina dan kakak tirinya, Zahra selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Nasib Sofea berubah selepas kematian bapanya apabila ibu tirinya telah memperlihatkan sikap angkuh dan tamak serta kemaruk untuk mengecapi kesenangan dan harta pusaka arwah suaminya. Ibu tirinya juga berusaha untuk merentap segala kemewahan yang diwarisi oleh Sofea.

Sementara menunggu keputusan SPM, Sofea telah mengambil keputusan untuk bekerja di kedai muzik dan memberinya peluang untuk berkenalan dengan Alfie.

Zahra yang sentiasa mempunyai agenda tersendiri pula telah memikat Alfie dengan mengaburinya dengan personaliti palsunya.

Di kedai muzik itu juga, Sofea kagum dengan sikap kasih-sayang yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut, Amar dan isterinya Rafidah. Di sebalik itu, Sofea juga memiliki kelebihan apabila dia dapat membaca fikiran seseorang melalui sentuhan.

Apakah kesudahan hidup Sofea yang sering diperkecilkan oleh ibu dan kakak tirinya dan adakah sikap tamak akan terus menghantui hidup Datin Qistina. Adakah kelebihan yang ada pada diri Sofea dapat membantunya mengharungi pelbagai cabaran hidup?.


Untuk mengikuti kisah Sofea ZAHRA Episod 1 sila klik di bawah ini:

Sofea ZAHRA Episod 1 Part 1

Sofea ZAHRA Episod 1 Part 2

Sofea ZAHRA Episod 1 Part 3

Untuk mengikuti kisah Sofea ZAHRA Episod 2 sila klik di bawah ini:

Sofea ZAHRA Episod 2 Part 1

Sofea ZAHRA Episod 2 Part 2

Sofea ZAHRA Episod 2 Part 3

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sharimie1 Channel)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.utusan.com.my dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by