Monday, October 27, 2008

BERITA TERKINI DETIK SEHATI BERDANSA PADA HARI ISNIN, 27 OKTOBER 2008 JAM 9.00 MALAM - APAKAH TUGASAN BARU MEREKA?


Berita terbaru Detik Sehati Berdansa:



Sembilan selebriti bersama pasangan masing-masing akan teruskan perjuangan dan cabaran mereka untuk menari pada hari Sabut ini, 1 November 2008 setelah pasangan Ashed dan Shima tersingkir semalam iaitu pada 26 Oktober 2008 .

Detik Sehati Berdansa pada 27 Oktober 2008 - Apakah tugasan 9 pasangan Sehati Berdansa pada minggu ini?

Detik Sehati Berdansa untuk minggu ke-2

Detik Sehati Berdansa pada 27 Oktober 2008

Detik Sehati Berdansa pada 28 Oktober 2008


Dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria Saluran 104 sebentar tadi, cabaran untuk minggu kedua telah diketahui. Tarian Melayu Kontemporari nyanyian Noraniza Idris menjadi tema untuk cabaran minggu kedua. Kali ini, semua pasangan nampak lebih yakin dan bersedia menerima tugasan yang diberikan.

Berikut adalah lagu tugasan yang mengiringi persembahan mereka minggu ini:


Pasangan Ani
Zapin Beradat


Pasangan Amyza
Layar Batuta


Pasangan Jamal
Hatinya Tak Tahan


Pasangan Khai
Ayuh Juragan


Pasangan Lisda
Hati Kama


Pasangan Mazin
Joget Mengidam Rindu


Pasangan Rina
Ngajat Tampi


Pasangan Sasha
Hala Timur


Pasangan Shah
Racau Sang Khalifah

Mampukah mereka menggalas cabaran ini? Jangan lupa untuk terus Detik Sehati Berdansa setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.00 petang dan 9.00 malam hanya di Astro Ria Saluran 104.


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by