Wednesday, September 10, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-60 YANG DISIARKAN PADA 10 SEPTEMBER 2008 RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-60 YANG DISIARKAN PADA 10 SEPTEMBER 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Tema Anakku Bukan Anakku



Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 60 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku:

- Rona dan Bayu dipukul oleh Noni tanpa berhenti dengan tali.

- Rona dan Bayu tidak boleh tidur di kamar utama tingkat atas lagi. Mereka akan tinggal di kamar lama mereka.

- Tatia dan Taufan tiba di rumah Nico. Topeng Tatia dibakar oleh Jimbo.


Episod 60 - 1


Episod 60 - 2


Episod 60 - 3


Episod 60 - 4


Episod 60 - 5 (Penghujung Episod 60 sinetron Anakku Bukan Anakku)

Sinopsis Anakku Bukan Anakku Episod 60:



"Tatia, tamatlah riwayat anda. Anda telah menggali kurbur anda sendiri." Begitulah kata-kata syaitan pada permulaan episod 60 sinetron Anakku Bukan Anakku.

Syaitan: Sekarang awak ditimpa masalah besar.Bayu dan Rona akan menjadi pemenang.


Adel: Kenapa saya ketawa begini? Adakah saya harus gembira melihat keadaan ibu dan ayah begini? Ya saya harus gembira. Ayah cuma cakap saja nak bunuh Tatia. Nak buat ini nak buat itu. Nak siat kulit Tatialah. Nak patahkan leher Tatialah.
Adel: Cakap besar. Sekarang dia dikerjakan oleh Tatia. Sampai berlari bertempiaran begitu sekali. Sekarang dia yang merayu meminta pertolongan daripada Vivian dan Nico. Habis semua rancangan dia.
Adel: Mereka menyeksa Tatia 17 tahun tanpa melawan balik. Tapi sekarang dengan sekali sebatan mereka telah jatuh. Tatia memang patut melakukan semua ini. Tetapi kenapa pula saya gembira? Kenapa? Mungkin saya dah banyak buat kesilapan. Saya harus kembalikan semuanya.


Adel berasa kelakar terkenangkan semula bagaimana Tatia tidak pernah melawan sewaktu diseksa dan dimarahi oleh Rona dan Bayu. Akhirnya selepas 17 belas tahun dia mengerjakan mereka.

Topeng Tatia hangus dibakar oleh Jimbo. Jimbo memberitahu Taufan dia telah lama mengintai Taufan dan Tatia dan dia menyuruh jurujual di pusat membeli-belah.


Jimbo: Saya sedang fikir kenapa gadis baik seperti awak nak pakai topeng berwajah seorang penjahat. Nampaknya ada konspirasi yang menyangkut masalah lebih besar.
Taufan: Konspirasi apa? Mengarut.
Jimbo: Tidak. Ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kalau tak, kenapa kekasih saya, Noni datang ke sini dan menyamar sebagai awak? Apa nama panggilan Noni sekarang?
Rakan Jimbo: Tatia.
Jimbo: Tatia?
Jimbo: Bukankah Tatia itu nama dia?
Rakan Jimbo: Setahu saya mereka hanya menukar nama, bos.
Jimbo: Kalau begitu, Nonilah memegang kunci dalam permainan ini. Betul kan? Kau faham?

"Noni yang memegang kunci dalam permainan ini", kata Jimbo kepada Tatia dan Taufan. Rafli terdengar perbualan mereka dan dia menyedari bahawa Noni sebenarnya adalah teman wanita Jimbo. Dia hairan kenapa Noni berada di rumah Nico. Tatia pula menjelaskan kepada Jimbo bahawa tujuan Noni terus berada di situ adalah untuk menolongnya. Tatia meminta kebenaran supaya Jimbo pergi mendapatkan Noni semula pada hari keesokan sahaja. Jimbo bersetuju dengan syarat Tatia harus pergi bersamanya untuk satu malam.

Taufan tidak membenarkan Tatia pergi dan Jimbo mengeluarkan pistol mengugut mereka. Rafli ingin menolong Tatia tetapi dia telah diikuti oleh Adel dari belakang. Adel tidak membenarkan Rafli pergi menolong Tatia dan Taufan seorang diri dan dia telah meminta Rafli untuk membawanya bersama dengan menaiki kereta Rafli.

Vivian dan Nico terdengar seperti jeritan Tatia dan mereka keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Noni yang juga berada di situ memberitahu mereka bahawa dia ternampak Adel dan Rafli keluar bersama. Vivian dan Nico hairan mendengar berita itu daripada Noni.

Vivian terjumpa topeng yang baru hangus terbakar dan mengutipnya. Dari air muka Vivian dapat ditekakan bahawa Vivian dan Nico mengesyaki tentu Noni tahu sesuatu mengenai topeng itu. Tetapi Noni menafikannya dan beredar dari situ.

Bayu dan Rona menyapu ubat di belakang badan antatara satu sama lain setelah mereka teruk dikerjakan Noni. Rona berkata mungkin dia bukan Tatia atau mungkin juga topeng yang dipakai oleh Tatia adalah topeng sakti yang boleh membuatnya kuat. Bayu berkata sekiranya benar, mereka mahu mencuri topeng itu dan apabila Rona memakai topeng itu dia akan menjadi kuat.

Noni kembali ke kamarnya. Dia terus memikirkan kenapa topeng itu boleh terbakar dan siapa yang melakukannya. Noni mencurigai bahawa Rafli dan Adel ada kena mengena dengan hal ini.



Nico dan Vivian mengintai apa yang dilakukan oleh Noni. Vivian memikirkan mungkin Noni yang difikirkan oleh mereka adalah Tatia selama ini adalah orang lain. Noni khuatir akan keselamatan Tatia dan dia juga berasa bahawa Vivian telah mula curigakannya. Noni berhasrat untuk mencari Tatia dan menolongnya tetapi dia tidak tahu di mana Tatia berada.

Vivian hairan kenapa Rafli boleh keluar bersama Adel sedangkan Rafli selalu mengelak daripada Adel.


Vivian: Bang, bukankah ini nombor telefon Luci?
Nico: Kenapa dia telefon Adel? Larut malam begini lagi.
Vivian: Saya juga tidak tahu bang. Tapi nampaknya ada yang tak kena.
Vivian: Kita lihat saja.


Luci: Adel, ke mana awak pergi?
Luci: Dari tadi mak cik telefon awak.
Luci: Awak tahu, sampai cuping telinga mak cik dah panas. Tak tahu berapa lama mak cik tunggu awak menjawab telefon.
Vivian: Apa?
Luci: Adel sayang, mak cik fikir Rafli nak pergi ke rumah awak. Dia mahu jumpa awak.


Luci: Adel, mak cik mohon supaya awak tak ceritakan apa-apa pun dengan Rafli.
Luci: Maksud mak cik, tentang awak dan Tatia. Awak jangan ceritakan apa-apa pun dengan dia ya?
Vivian: Bagaimana kalau saya beritahu dia, mak cik?
Luci: Mak cik percaya awak berani beritahu hal itu, kan? Tapi, jika awak benar-benar nak beritahu hal sebenar yang terjadi awak perlu bersedia menerima kenyataan yang Nico dan Vivian akan tempatkan dan tendang awak ke bilik pembantu bersama ibu bapa awak.


Luci: Tatia akan segera tinggal dengan...





Telefon bimbit Adel berbunyi. Vivian mengambil telefon bimbit Adel dan mendapat tahu panggilan itu adalah nombor telefon Luci. Dia menjawab panggilan itu. Luci tidak menyedari bahawa Vivian telah menjawab panggilanitu dan dia terus berkata jangan ceritakan hal mengenainya(Adel) dan Tatia...

Episod 60 hari ini berhenti di mana Vivian berasa terkejut mendengar rahsia Adel adalah anak kepada Rona dan Bayu. Adakah Vivian dan Nico akan terus menerima Adel seperti anak kandung mereka atau sebaliknya? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah ini dalam episod 60 pada hari esok untuk mengetahui apakah yang sebenarnya telah berlaku.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by