Thursday, August 21, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-49 YANG DISIARKAN PADA 21 OGOS 2008 KHAMIS PADA JAM 2.00 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-49 YANG DISIARKAN PADA 21 OGOS 2008, KHAMIS PADA JAM 2.00 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta

Episod 49 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.

Episod 49 bermula dengan Tatia berjumpa dengan datuk(peminta sedekah buta) dalam perjalanan mereka. Peminta sedekah itu memberi satu lagi gelang baru kepada Tatia supaya dia dapat perlindungan daripada ancaman orang jahat.

Adel dan Bayu pasti mereka telah ternampak Tatia dan merasakan bahawa hal Tatia dan bagaimana munculnya jururawat peribadi pasti ada hubungan dengan Nico. Adel menerima panggilan dan Bayu beredar dari bilik itu. Siapakah yang menelefon Adel?

Pemanggil itu adalah Luci rupa-rupanya. Luci memberitahu Adel, Rafli sudah hilang dari rumah. Luci mengadu tentang Vivian sewaktu menelefonnya. Rona masih ketakutan mengenangkan Tatia dan Bayu memberitahu Rona memang ada seseorang telah datang ke situ dan masih belum pasti dia adalah Tatia.

Bayu dan Rona nampak Nico mengambil lampu suluh di halaman rumahnya dan mereka pasti ia ada kaitannya dengan Nico. Adel terjumpa satu alat perakam suara terkeluar daripada jacket Bayu. Nico memberitahu Bayu seperti dia ternampak seseorang berada di halaman rumah dan manyambungkan percakapannya lagi bahawa dia kelihatan seperti Tatia. Menurut Nico lagi, Tatia mungkin masih berada di sekitar rumah.

Adel terkenang semula perbualannya melalui telefon bimbit sebelum dia pergi menemui polis (polis palsu). Rona mengintip di luar pintu kamar Adel dan Adel membuka pintu. Adel menanyakan kepada Adel kenapa dia telah mengintipnya.

Bayu pula menyakinkan Nico bahawa dia telah tersilap nampak dan sebenarnya dia telah ternampak kucing dan bukannya Tatia. Nico tergelak sendirian melihat keadaan cemas Bayu dan Rona dikerjakan oleh Nico. Nico menelefon Vivian, dan Tatia di hospital dan memberitahu mereka apa yang telah terjadi di rumahnya dan bagaimana dia telah membuat Adel, Bayu dan Rona ketakutan mengenai hal Tatia.

Vivian memberitahu Tatia dan Rafli dia malu sekali tentang sikap Adel dan Tatia berkata semua ini adalah kerana Adel telah dipengaruhi oleh ibubapanya, Bayu dan Rona. Sewaktu mereka sedang berbual mengenai Adel,seorang pakcik tua telah melawat Vivian. Mereka mengatakan pakcik tua itu telah tersilap wad tetapi menurut pakcik tua itu lagi dia adalah teman lelaki lama Vivian.

Setelah Tatia bercakap dengan pakcik tua tersebut untuk seketika, akhirnya Tatia dapat meneka siapakah pakcik tua tersebut keana dia panggilnya Tatia dan mengatakan lelaki itu adalah pahlawan sejatinya. Tatia dan Rafli memberitahu Vivian dan Rafli bahawa orang yang telah melawat Vivian bukannya pakcik tua tetapi Robin Hood moden. Vivian tersenyum dan memberitahu Robin Hood moden dia tidaklah sejahat yang disangkakan orang kerana dia telah menyelamatkan Tatia.

Muncul syaitan yang menyamar sebagai seorang jururwat dibelakang mereka dan bisikan syaitan mengatakan bahawa kebahagiaan Tatia tidak akan kekal kerana tidak lama lagi Vivian akan mati dan Tatia akan menangisi jenazahnya Selepas itu tiba giliran Tatia pula.

Adel, Rona dan Bayu berjaya menangkap orang yang disyaki mereka. Mereka terkejut melihat orang yang mereka ingatkan adalah Tatia sebenarnya Timo yang telah menyamar sebagai Tatia. Rona menanyakan kepada Timo bagaimana dia boleh keluar dari bilik air sedangkan bilik itu telah dikunci olehnya. Nico muncul memberitahu mereka bahawa dia yang mengeluarkan Timo. Nico memberi amaran kepada mereka bahawa itu adalah rumah mereka dan mereka tidak berhak mengurung seseorang seperti binatang di rumahnya.

Adel kembali ke kamarnya dan berasa amat terkejut mendengar perbualannya dalam pita rakaman. Dalam fikiran Adel: Ini bermakna Bayu telah mengetahui bahawa dia telah membuat laporan polis dan berpaling tadah terhadap Bayu dan Rona. Apakah agaknya yang akan berlaku kepada Adel setelah dia mendapat tahu bahawa Bayu telah mengetahui rancangan Adel terhadapnya.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 50 pada hari Isnin, 25 Ogos 2008, jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Kini cuma tingga 15 episod lagi dan sinetron Anakku Bukan Anakku akan tiba dipenghujung cerita. Aksi yang begitu mencemaskan dalam setiap episod. Adakah Vivian benar-benar akan mati sepertimana yang dibisik oleh syaitan itu dalam episod 49 tadi?


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by