Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-48 YANG DISIARKAN PADA 20 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.00 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Episod 48 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.
Bayu memberitahu Rona bahawa dia telah merakam semua percakapan Adel dalam pita rakaman. Bayu juga mengatakan bahawa Adel ingin menghancurkan hidup mereka. Rona sudah tidak sabar lagi menunggu suaminya mendapatkan Tatia. Rona bertanyakan kepada Bayu kenapa Tatia tidak datang sahaja menemui mereka sekiranya Tatia masih hidup.
Rona ternampak bayang di pintu kamarnya. Rona membuka pintu kamarnya tetapi dia tidak kelihatan sesiapapun di situ. Rona hairan siapakah yang telah mengintip perbualan mereka tadi. Dia berasa lega apabila dia melihat kucing berlalu di situ dan dia berpendapat bahawa tiada sesiapa yang telah mengintip mereka tadi. Rona memberitahu Bayu bahawa bayang tadi adalah kucing sahaja.
Telefon bimbit Rona berbunyi dan apabila Rona bertanya siapakah pemanggil tersebut, pemanggil itu memberitahu Rona bahawa dia adalah Tatia dan dia masih hidup. Rona berasa takut dan gementar dan pemanggil itu terus berkata bahawa dia sedang berada diluar pintu rumah Nico. Rona seperti percaya apa yang telah didengarnya. Pemanggil itu seterusnya meminta Rona membuka pintu untuknya dan memeluknya. Siapakah agaknya pemanggil itu sebenarnya yang telah menakutkan Rona? Pemanggil itu berkata pintunya dikunci dan dia meminta ibunya membukakannya.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku Episod 48 bahagian ke-3
Rona membuka pintu kamarnya dan Tatia muncul di depan pintu dengan memegang sebilah pisau. Rona berasa amat takut dan terus menguncikan pintu kamarnya semula. Selepas itu Tatia yang sememangnya benar-benar berada di situ berpakat menakutkan Rona, tersenyum melihat wajah Rona yang takut. Nico yang berada di tingkat bawah juga turut tersenyum mendengar jeritan Rona dan meneruskan kerjanya.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku Episod 48 bahagian ke-4
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 48 bahagian ke-3 dan ke-4)
Adel pulang ke rumah dengan perasaan gembira dan ingatkan dia telah melaporkan tentang Bayu dan Rona kepada polis tanpa diketahuinya Bayu telah mengenakannya. Pada pendapat Adel, Rona dan Bayu adalah sampah sahaja dimatanya. Bayu muncul dan memberitahunya rumah Nico adalah memang mewah terutama sekali pada bulan purnama tetapi menurut Bayu malangnya rumah itu masih belum dapat dimilikinya sebelum Tatia dibunuhnya.
Bayu dan Adel mendengar Rona melaung-laung dari dalam rumah. Apabila mereka masuk ke dalam, kelihatan Nico sedang mengetuk pintu kamar Rona dan meminta Rona membuka pintu. Nico memberitahu Bayu dan Adel bahawa sewaktu dia sedang membuat kerjanya di tingkat bawah dia terdengar Rona menjerit. Bayu mengesyaki mungkin Nico telah membuat sesuatu terhadap isterinya tetapi sebaliknya ditegur kembali oleh Adel yang kononnya ingin membela papanya, Nico.
Kemudian, Bayu berkata mungkin Rona mendapat mimpi yang buruk dan menyebabkannya berkeaadan sedemikian. Nico meminta Adel menemani Rona di situ. Sewaktu Nico beredar dari situ, dia tersenyum dan berkata seorang diri bahawa ia merupakan satu permainan yang menyeronokkan.
Bayu dan Adel masuk ke kamar Rona dan dengan perasaan marah, Rona berkata Tatia telah kembali ke rumah itu dan dia telah melihatnya di luar pintu. Rona dan Bayu yakin Tatia benar-benar telah kembali. Tetapi Adel hairan kenapa Tatia tidak mahu bertemu dengan Nico sekiranya dia telah kembali.
Adel tidak percaya bahawa Tatia berada di rumah mereka dan dia memanggil Nico. Adel menanyakan kepada Nico samada ada ternampak sesiapa di rumah mereka. Nico menjawab bahawa dia tidak melihat sesiapapun yang pergi ke situ malah dia hairan kemana perginya semua orang sebentar tadi.
Adel bercakap seorang diri, siapa pula yang berani masuk ke sana dan memberitahu Bayu bahawa Tatia telah menconteng tulisan "Adel I Love You" di cermin kamarnya. Adel mengesyaki semua itu adalah perbuatan Tatia kerana hanya Tatia sahaja yang selalu menulis seperti itu. Adel percaya bahawa kata-kata ibunya adalah benar, Tatia memang berada di situ. Bayu pula berkata Tatia sudah mula menyelinap masuk ke rumah Nico. Adel berpendapat Tatia mahu menghancurkan hidup mereka.
Adel dan Bayu ternampak Tatia dari balkoni kamar dan Tatia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Bayu dan Adel terus mengejar Tatia. Apabila Bayu berjaya menangkap Tatia(sedang memakai topeng), Rafli (sedang memakai topeng)terus membelanya daripada diancam oleh Bayu.
Dia memberitahu Bayu bahawa dia adalah teman lelakinya. Bayu dan Adel mengesyaki sesuatu dan bertanyakan kepada Tatia(sedang memakai topeng) kenapa dia berada di kawasan rumah Nico.
Nico sampai dan berkata kepada Bayu dan Adel bahawa Vivian telah meminta Tatia(memakai topeng)untuk tinggal disitu sebagai jururawat peribadi Vivian sendiri. Selepas mereka semua beredar, Tatia memberitahu Rafli bahawa Bayu seperti dapat mengenali suaranya.
Di penghujung episod 48, syaitan muncul dan berkata bahawa Tatia mungkin boleh mengaburi orang lain tetapi bukannya dan dia akan menghancurkan Tatia dengan senjatanya sendiri iaitu topeng yang boleh mengubah wajah seseorang.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 49 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment