Thursday, August 14, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-45 YANG DISIARKAN PADA 14 OGOS 2008 KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-45 YANG DISIARKAN PADA 13 OGOS 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta

Episod 45 Sinetron Anakku Bukan Anakku yang akan disiarkan pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang:

Episod 45



Adel bangun dari tidur apabila pintu kamarnya diketuk. Setelah Adel membuka pintu tersebut, Nico muncul dan terus memberi satu tamparan yang kuat ke pipi Adel. Nico menyesal kerana tidak menyangka anaknya, Adel sanggup bertindak sebegitu terhadap mamanya, Vivian.



Adel berpura-pura tidak tahu-menahu tentang apa yang berlaku ke atas Tatia. Nico enggan mendengar penjelasan daripada Adel dan memintanya memberi penjelasan kepada pihak polis. Adel menjerit lalu terjaga dan menyedari bahawa semua yang telah berlaku sebentar tadi merupakan satu mimpi.



Fatimah mengetuk pintu kamar Adel dan memberitahunya bahawa Nico ingin bertemu dengannya sekiranya dia masih belum tidur. Setelah mereka bertemu, Nico memberitahu Adel bahawa ujian makmal telah menunjukkan Vivian telah memgambil ubat penenang dalam dos yang berlebihan.

Nico juga telah memberitahu tentang apa yang telah dimaklumkan oleh Vivian kepadanya dan Adel mempertahankan dirinya serta menolak segalanya kepada Rona dan Bayu. Setelah Adel beredar dari situ, Nico berkata kepada dirinya bahawa ternyata Adel seorang yang licik. Kata-kata ini terdengar oleh Bayu yang mengintip dari luar tanpa disedari oleh Nico.

Robin Hood moden membantu Tatia menyamar sebagai orang lain dengan topeng supaya dia tidak akan dicam oleh sesiapa. Oleh itu, Tatia boleh melawat Vivian tanpa perasaan khuatir. Tatia membiasakan dirinya untuk memakai dan menanggalkan topeng buatan Robin Hood.

Rafli merempuh masuk ke bilik penyiaran dengan bantuan rakan-rakannya. Rafli memberi pengumuman dari studio penyiaran televisyen ditujukan khas untuk Robin Hood demi meminta pertolongannya. Rafli juga telah menunjukkan gambar Tatia kepada Robin Hood dari bilik penyiaran lalu mengatakan bahawa dia sangat mencintai gadis dalam gambar tersebut.

Bayu menceroboh masuk ke rumah anak yatim di mana Tatia tinggal. Dia ingin membunuh Tatia tetapi Tatia yang sedang berlatih memakai topeng pada mukanya telah menyelamatkan dirinya daripada dibunuh kerana mukanya yang telah menjadi berlainan. Bayu berpendapat bahawa dia nyaris-nyaris silap membunuh orang, oleh itu, dia pergi meninggalkan rumah itu.





Luci pergi melawat Vivian dan memberitahunya bahawa dia mendoakan supaya Tatia tidak akan kembali. Vivian begitu marah dengan kata-kata Vivian itu dan menghalaunya dari hospital.







Tidak lama kemudian selepas Luci pergi meninggalkan Vivian sendirian, Tatia menyamar sebagai seorang jururawat peribadi tetapi Vivian mengatakan bahawa dia tidak memerlukan seorang jururawat peribadi. Tatia terpaksa menunjukkan mukanya kepada Vivian dan Vivian terharu melihat Tatia lalu memeluknya dengan erat. Akan tetapi, Adel tiba-tiba muncul pada ketika itu.





Adakah Tatia sempat memakai topengnya semula supaya tidak dikenali oleh Adel?

Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada hari Isnin minggu hadapan pada waktu yang sama.



(Terima kasih kepada badaimimpi Channel untuk gambar-gambar dari petikan video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 45)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by