Wednesday, August 13, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-44 YANG DISIARKAN PADA 13 OGOS 2008 RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-44 YANG DISIARKAN PADA 13 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta

Episod 44 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.

Bayu pergi berjumpa dengan Adel di kamarnya bersama Rona dan Adel mendapat tahu daripadanya bahwa Tatia masih belum mati. Fatimah pula risaukan Timo yang masih belum sampai di rumah. dia khuatir Bayu akan mendapat tahu hal ini. Tidak lama kemudian, Timo sampai dan dia meminta pertolongan daripada Fatimah untuk membantunya balik ke kamarnya semula.

Buat sementara waktu Tatia selamat bersama perompak (Robin Hood Moden) di Rumah Anak Yatim Pemberian Allah. Tatia memberitahu Robin Hood Moden (anak yatim di situ memanggilnya ayah) apa yang telah terjadi kepadanya.

Sewaktu Adel sedang berbincang mengenai Tatia, Adel telah menerima panggilan dari balai polis mengenai aduan yang telah dibuat oleh Adel mengenai ibubapanya terlebih awal. Adel panik dan terus mematikan panggilan tersebut. Apabila Bayu ingin tahu siapa yang menelefon Adel, dia menjawab bahawa talian itu telah terputus.

Dari air muka Bayu, dapat dilihat bahawa dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan mencurigakan. Dia terus menanyakan Adel kenapa mukanya kelihatan pucat. Sebelum Adel sempat menjawab, Nico memanggil Adel dari tingkat bawah dan memberitahunya bahawa dia sudah pulang.

Telefon bimbit Adel berbunyi lagi untuk kali yang kedua dan Bayu mengambil telefon bimbit tersebut daripada Adel. Adel berasa lega apabila Bayu berkata panggilan itu adalah daripada Luci.

Setelah Tatia menceritakan semua apa yang telah berlaku kepadanya, Robin Hood Moden faham kenapa penjahat-penjahat itu ingin menculiknya. Adel membuat penggilan kepada polis sekali lagi memberitahunya bahawa hidup keluarganya diancam oleh Rona dan Bayu dan meminta bantuan daripada polis untuk membantunya.

Robin Hood Moden tidak faham kenapa ibubapa Tatia sanggup membunuh anaknya sendiri. Mengikut kata Robin Hood, seorang bapa yang membunuh anaknya pasti mempunyai alasan yang jelas. Tatia juga tidak faham kenapa dia dilayan sebegitu oleh ibubapanya sendiri. Menurut Tatia lagi, kekejaman mereka semakin menjadi-jadi.

Tatia berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada melaporkan kepada polis tetapi Robin Hood memberitahunya polis tidak akan mempercayainya. Selepas itu Tatia berkata dia cuma dapat hidup dengan menderita sahaja selain daripada melaporkan kepada polis.

Robin Hood Moden ingin membantu Tatia kerana keadaan hidup masa lampaunya juga seperti Tatia yang telah diseksa oleh ibubapa tirinya juga. Tatia dan Robin Hood menelefon rumah Nico untuk bercakap dengan Vivian.

Nico terdengar telefon itu berdering tetapi dia meminta Faimah sahaja yang menjawab panggilan itu kerana dia ingin pergi melawat Vivian. Adel meminta Fatimah jangan memberitahu pemanggil tersebut bahawa Vivian berada di hospital tetapi Faitamah terlanjur dan memberitahu Robin Hood Moden bahawa Vivian sedang berada di ICU, hospital.





Tatia cemas mendengar perbualan Robin Hood Moden dengan Faitmah dan dia terus mengambil telefon bimbit itu daripadanya. Adel menggunakan telefon tingkat atas mendengar perbualan Tatia dengan Fatimah dan apabila dia ingin bercakap dengan Tatia, Tatia kelihatan panik dan Robin Hood Moden mematikan panggilan tersebut.



Adel memberitahu Bayu dan Rona mengenai Tatia yang masih selamat dan katanya kepada mereka lagi, Tatia pasti akan pergi menjenguk Vivian kerana dia sangat sayangkannya. Mereka bertiga bercadang untuk pergi ke hospital supaya dapat mengawasi Tatia sewaktu dia berada di situ.





Nico tiba di hospital dan ingin memberitahu berita gembira mengenai Tatia yang masih hidup. Tetapi sebelum dia sempat berbuat demikian, Vivian memberitahunya terlebih dahulu bahawa Tatia masih hidup. Nico terkejut kerana Vivian mengetahui hal ini sebelum dia memberitahunya.



Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 45 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by