Thursday, July 24, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-12 & 13 PADA 23 & 24 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod 12 & 13 Sinetron "Salah Mencinta" pada 23 & 24 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Dibintangi oleh pelakon:

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod 12

Aryo berhasrat untuk mengeluarkan Iwan dari syarikatnya, dengan adanya sahamn Iwan yang cuma ada 20 peratus Aryo boleh mengambil alih syarikat itu. Dalam perjalanan pulang dari pejabat, Aryo dipukul oleh sekumpulan penjahat . Fahri tiba pada waktu yang tepat untuk menyelamatkan Aryo daripada terus dipukul oleh mereka.

Aryo tidak menghargai jasa Fahri yang telah menolongnya sebaliknya mengatakan bahawa itu adalah cuma lakonan Fahri semata-mata . Kata-kata Aryo yang pedas itu ditegur balik oleh Fahri. Fahri berkata sekiranya itu adalah angkaranya bagaimana dia tahu jam berapa Aryo akan pulang ke rumah. Menyedari hal tersebut bukannya daripada Fahri, Aryo menelefon penolongnya untuk menyiapkan dokumen pembelian saham Iwan untuk keluarkannya dari syarikat.

Keesokan harinya di pejabat sebelum Aryo dapat meneruskan tujuannya untuk mengeluarkan Iwan dari syarikat, Iwan mengancam akan menyiarkan rakaman hubungan sulit Aryo dengan Sofi di internet. Aryo risau dan sewaktu tibanya di rumah, dia memberitahu keluarganya bahawa dia akan meneruskan perkahwinan Sinta dengan Dodi dalam masa dua hari lagi.

Untuk menyelesaikan masalah ini dan mengelakkan Sinta daripada mengahwini dengan Dodi, mama Sinta, Asti mempunyai satu cadangan iaitu meminta Sinta pergi ke rumah Fahri untuk menceritakan kesemuanya kepada Fahri. Dengan hati yang sedih, Sinta pergi berjumpa Fahri memberitahunya dia dipaksa oleh papanya untuk berkahwin dengan Dodi dalam masa dua hari.

Setelah mendengar masalah yang dihadapi Sinta, Fahri dan Sinta bercadang untuk bernikah pada hari esok. Santi ternampak mamanya menelefon sewaktu dia ingin naik ke tingkat atas tetapi tidak tahu hal yang sebenar.

Iwan khuatir rancangan perkahwinan Dodi dengan Sinta akan timbul masalah lagi. Fahri dan Sinta sempat bernikah sebelum Aryo, Santi, Dodi dan Iwan berjumpa dengan mereka. Dodi dengan marahnya mengugut bahawa dia tidak akan melepaskan Aryo.

Fahri berasa aneh kerana Aryo masih mahu teruskan perkahwinan anaknya, Sinta dengan Dodi walaupun dia telah tahu perangai sebenar Dodi. Tia pergi berjumpa dengan Dodi dan berharap Dodi akan pulang ke pangkuannya. Tia terhantuk dipintu didepan kediaman dodi dan dia pengsan. Dodi menghantar Tia ke hospital dan dia berasa lega dan gembira setelah mendapat tahu Tia keguguran.

Sofi turut terkejut mendengar berita bahawa Iwan mempunyai rakaman video dia bersama Aryo dalam kamar sewaktu bercuti di puncak(gunung).
Apakah yang akan terjadi dalam episod seterusnya dalam sinetron Salah Mencinta?

Episod 13

Teman lelaki Nina berjaya mengambil komputer riba dari kereta Dodi. Santi seperti naik gila setelah mendapat tahu sinta sudah berkahwin dengan Fahri. Dia berjanji akan menyebabkan sinta menderita walau dengan apa cara sekalipun.

Aryo meminta maaf kepada Fahri dan berterima kasih kepadanya serta merestui perkahwinan Sinta dengan Fahri. Asti begitu gembira melihat anaknya, Sinta dan Fahri menziarahinya . Santi cuba tikam kakanya, sinta tetapi dapat dielakkan oleh Fahri dan Aryo.

Aryo kecewa dengan sikap Sinta yang egois. Aryo menampar Santi yang cuba membunuh Sinta dan dia juga amat terkejut dengan sikapnya dan dia juga seperti tidak kenal lagi dengan Santi yang selama ini dia fikir adalah seorang anak yang baik. Santi menjawab papanya bahawa dia ingatkan mamanya teruk tetapi nampaknya papanya lebih parah dan teruk.

Tia memberitahu mamanya, Mira bahawa suatu hari nanti cintanya yang dalam terhadap Dodi akan memenangi kebencian dodi terhadapnya. Menurutnya lagi Dodi akan membalas cintanya. dodi berjanji kepada Santi dia akan sentiasa berada di pihaknya untuk membalas dendam dan menyebabkan mereka semua berlumuran darah.

iwan memberitahu Ferdi hubungan sulit isterinya, Sofi dan Aryo. Ferdi terkejut menegetahui hal ini. Ferdi mengikut gerak-geri isterinya hingga ke pangsapuri di mana Aryo selalu berjumpa dengan isterinya. Tetapi dia tidak dapat meneka nombor pangsapuri tersebut kerana keselamatan yang ketat.

Feri berjumpa dengan Mira dan menuntuk kembali semua wang yang dipinjam oleh suaminya dahulu. Mira diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikan hutang tersebut ataupun mereka terpaksa pindah ke rumah lain.

Aryo dan sofi bertembung dengan Ferdi yang sedang menunggu mereka di tingkat bawah di lobi pangsapuri dan rahsia hubungan sulit mereka terbongkar. Iwan meminta anaknya terus berjumpa dengan Santi untuk menghasut Santi lebih bencikan Sinta lagi. Santi pura-pura berbaik semula dengan Sinta. Tetapi apabila mama mereka diberitahu tentang hal ini dia teragak-agai adakah benar Santi boleh berubah baik dalam sekelip mata.

Episod ke-14 akan bersambung pada hari esok jam 1.00 hingga 2.00 petang di Astro Aruna Saluran 121 dan siaran ulangannya adalah pada jam 11.00 malam.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga kita bertemu lagi dalam kemaskini yang lain.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by