SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-33 YANG DISIARKAN PADA 24 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Episod 33Nenek Taufan gembira melihat kepulangan Taufan dan Tatia(Nur). Tatia terus menceritakan suasana betapa gembiranya mereka ketika di restoran sewaktu dia keluar bersama Taufan.
Di kediaman mereka, Vivian mengintip secara senyap tentang apa yang dilakukan oleh Rona dan Bayu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan Adel dengan mereka. Sewaktu Adel sedang bercakap tentang Timo bersama ibubapa kandungnya, Rona dan Bayu dia ternampak seperti ada bayang di luar pintu dan mereka mengesyaki ada orang yang cuba dengar perbualan mereka.
Vivian memberitahu Nico bahawa dia ingin merempuh masuk sahaja ke dalam kamar Adel tetapi di larang oleh Nico daripada berbuat demikian kerana menurutnya semua hal ini bermula daripada Adel, anak mereka sendiri.
Adel, Rona dan Bayu mengesyaki Vivian cuba mendengar perbualan mereka dan bercadang untuk membuat sesuatu untuk mengusir Vivian dan Nico keluar. Vivian yang masih tertanya-tanya sebab Adel begitu memihak kepada Bayu dan Rona memngadu kepada suaminya mungkin Adel satu-satunya anak mereka telah dipengaruhi oleh kedua Rona dan Bayu.
Nico menjelaskan kepada Vivian bahawa Adel adalah penyebab bermulanya kekecohan keluarga mereka bermula daripada dia meminta Nico memberi separuh daripada hartanya kepada Bayu dan Rona. Oleh sebab mereka fikirkan bahawa Adel adalah anak kandung mereka, mereka terpaksa bersabar dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Mereka hampa kerana Adel sanggup berlaku sedemikan terhadap mereka setelah diberikan kasih sayang sepenuhnya. Nico dan Vivian juga tambah hairan kenapa anak daripada darah daging sendiri mempunyai sikap sebegitu.
Vivian terkenangkan masa silam sewaktu dia mengandung. Vivian begitu sedih dengan apa yang telah terjadi kepada Adel walaupun mereka telah memberi yang terbaik kapadanya sejak bayi lagi. Mereka terpaksa terus bersabar kerana mengikut mereka Adel adalah satu-satunya anak tunggal mereka.
Di rumah Taufan, Tatia menceritakan kepada nenek Taufan, sewaktu di restoran seorang pemain biola telah menyalah faham mereka adalah sepasang suami isteri. Tatia mengatakah bahawa dia tidak keberatan sekiranya Taufan menjadi suaminya. Edo masih belum putus asa dan memikirkan cara bagaimana untuk mendekati Tatia yang berada di kamarnya.
Taufan mengatakan hasratnya untuk bernikah dengan Tatia(Nur)kerana dia amat mencintainya. Kembali semula keadaan di halaman rumah Taufan. Bisikan syaitan mengatakan bahawa Edo adalah seorang makhluk yang buas dan liar. Tatia ternampak ada seseorang di balkoni kamarnya tetapi lari setelah Tatia ternampaknya. Tatia menjerit sekuat hati ketakutan dan dia khuatir sekiranya dia terus tinggal di situ, nyawa mereka akan terancam.
Edo berjaya memelarikan diri setelah mendengar jeritan Tatia. Pada waktu yang sama Badai juga berada di halaman rumah Taufan. Apabila Taufan berjaya menangkap Badai, Badai berkata buruk tentang Tatia tetapi Taufan tidak mempercayinya. Dia beredar meninggalkan tempat itu.
Taufan melamar Tatia dan Tatia menerimanya dengan hati terbuka. Nenek Taufan bersyukur dengan lamaran tersebut.
Vivian mengigatkan suaminya untuk menghubungi peguam mereka untuk temu janji. Mereka bercadang untuk mengusir Rona dan Bayu meninggalkan kediaman mereka. Tetapi yang lebih mengejutkan adalah Bayu telah bersiap sedia (pendapat sapphire tentang pakaian Bayu: Pakaian aneh dengan mamakai topi seperti "cowboy") untuk pergi ke pejabat bersama Nico.
Apabila ditanya oleh Vivian seiapa yang meminta Bayu untuk pergi ke pejabat, sudah tentu dia adalah Adel yang muncul pada waktu itu dan mengatakan keputusan ini adalah kehendaknya.
Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 akan bersambung pada minggu hadapan, Isnin, 28 Julai, 2008 pada waktu yang sama. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron ini yang telah tiba ke episod 33 hari pada hari ini. Kisah suka duka yang penuh dengan babak mencemaskan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pasti akan lebih menceriakan petang anda.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment