Tuesday, May 27, 2008

STACY, RIZ, NUBHAN, TOI DAN NADIA @ PAGI DI ERA - SEDETIK BERSAMA 6 BINTANG BARU AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 SELEPAS KONSERT AKHIR PADA 24 MEI 2008


Impian Menjadi Realiti


Bintang Baru Akademi Fantasia Musim Keenam: Toi, Riz, Stacy, Nubhan dan Nadia. Tahniah di atas kejayaan cemerlang mereka. Semoga mereka sukses selalu.



Selepas undian ditutup di penghujung Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam,Stacy (Stacy pernah menyertai Gang Strarz dan One In A Million musim pertama), diumumkan sebagai Juara Akademi Fantasia yang baru. Tetapi keseluruhan undian SMS bagi Akademi Fantasia musim keenam ini menunjukkan penurunan yang agak ketara iaitu sebanyak 3.8 juta berbanding 6.6 juta pengundi tahun lalu di mana Mila dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia Musim Kelima.

Sebanyak 879,000 jumlah undian SMS diterima sewaktu lima pelajar membuat persembahan, sementara bagi sepanjang konsert mingguan diadakan hinggalah ke konsert kesepuluh, jumlah keseluruhan undian adalah sebanyak 3.8 juta.

Walau bagaimanapun jumlah penonton yang telah menonton konsert mingguan Akademi Fantasia musim ke-6 tetap ramai dan konsisten. Konsert Akhir yang telah disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil diiringi oleh persembahan muzik orkestra pimpinan Pengetua Ramli MS.



Juara baru Akademi Fantasia Musim Keenam, Stacy membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah lebih RM700,000 termasuklah sebuah rumah banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka, yang bernilai RM550,000, sebuah kereta Peugeot 307 XS yang berharga RM139,535, wang tunai sebanyak RM25,000 serta pakej percutian ke Itali.

Menurut sumber yang telah dibaca, Stacy anak kelima dari enam adik-beradik yang berasal dari Sabah bukan datangnya dari keluarga yang senang. Stacy telah menempuh hidup susah sebagai seorang anak buruh binaan yang tidak dapat meneruskan pembelajarannya sebelum sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Hasratnya adalah untuk membawa keluarganya untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.


Video klip Sejenak Bersama Bintang Baru Akademi Fantasia Musim Keenam Bahagian 1 @Pagi Di Era


Video klip Sejenak Bersama Bintang Baru Akademi Fantasia Musim Keenam Bahagian 2 @Pagi Di Era


Video klip Sejenak Bersama Bintang Baru Akademi Fantasia Musim Keenam Bahagian 3 @Pagi Di Era

(Terima kasih kepada: sharimie Channel di atas sumber video klip dan sumber gambar dari di Top 6 AF6@Pagi Di Era)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by