Monday, April 28, 2008

KINI TINGGAL 7 PELAJAR DI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6.DIARI MINGGU KETUJUH HARI PERTAMA PADA 28 APRIL 2008







Carta kedudukan peratusan AFundi terkini 7 pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia 6 pada 28 April 2008. Kedudukan pelajar sentiasa berubah-berubah dari masa ke semasa. Adakah pelajar yang tidak disangka akan tersingkir dalam konsert minggu ke-7 yang akan diadakan di Istana Budaya,Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2008,jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104?

NUBHAN 18%
ALIF 18%
STACY 18%
NADIA 15%
RIZ 12%
TOI 9%
STANLY 9%


Carta kedudukan selepas undian ditutup dalam konsert minggu ke-6 pada hari Sabtu lalu.


Ke mana agaknya Nadia, Toi dan Nubhan hendak pergi? Jom kita saksikan dengan lebih lanjut.


Jauhke tempat yang mereka hendak tuju? Mereka sendiripun tidak tahu ke mana mereka dikehendaki pergi. Sepertimana Hos Sarimah Ibrahim kata "Suspend Aje"


Sebenarnya mereka dibawa ke Sabak Bernam untuk belajar memancing. Seronokkan!



Nadia memancing buat pertama kalinya. Berjayakah dia mengumpan ikan di laut?

Ikan-ikan di dalam bekas tersebut adalah hasil daripada tangkapan Nadia, Nubhan dan Toi


Sementara 3 pelajar Akademi pergi memancing, yang ditinggal di Akademi juga berasa seronok menjalankan aktiviti mereka bersama dengan dua orang Residen di Akademi dan Cikgu Puan Fatimah.


4 pelajar di Akademi begitu seronok dengan aktiviti mereka untuk melapangkan fikiran mereka sebelum diberi tugasan baru.


Begitu lucunya melihat Alif menghisap puting botol susu


Nadia dapat mengumpan ikan. Bestnya.


Stacy memberi Alif puting bayi. Begitulah gelagat mereka.








Saat-saat bersama Mama Rina sebelum berakhirnya Diari Akademi Fantasia 6 bahagian pertama untuk minggu ke-tujuh di hari yang pertama.




Dalam bahagian kedua diari malam ini, Stanly dipilih untuk membaca wasiat Mama Rina.

Lagu Tugasan untuk tujuh orang pelajar bagi minggu ketujuh telahpun diberikan oleh Pengetua. Pengetua begitu mengharapkan sesuatu yang berlainan dapat ditonjolkan melalui 7 pelajar yang akan membuat persembahan dengan susunan muzik Okestra Simfoni Kebangsaan yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Sabtu ini.

Lagu-lagu tersebut adalah seperti berikut:

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Dealova (Once)
Riz : Memburu Impian (Kaza)
Stanly : Footloose (Kenny Loggins)
Alif : Rozana (Search)
Toi : Syakilla (Rahim Maarof)

PELAJAR WANITA

Nadia : One Night Only (Dreamgirls)
Stacy : Hati (1957) (Datuk Siti Nurhaliza)

LAGU BONUS

The Music Of The Night - Phantom of The Opera (Barbra Streisand)

Medley Songs - Nasi Goreng (Black Dog Bone), Apek & Marjiana (P.Ramlee), Terbang Burung Terbang (P.Ramlee), Obat (P.Ramlee), Cik Kecik Keboom (Saloma), Lagenda (Sheila Majid)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by